Skip to main content

Cik Puteri in L.O.V.E

Cik Puteri in LOVE

Cik Puteri in Love. Sebenarnya bukan Cik Puteri jatuh cinta tetapi gambar Cik Puteri dimasukkan ke dalam perkataan L.O.V.E. Memang niat asal, niat agak lama nak bukukan semua gambar Cik Puteri dalam satu photobook. Tetapi belum berjaya. Asal duduk depan PC, dia pun mula nak duduk juga sambil menaip di keyboard. Bukan nak jadi 'Keyboard Warrior' mungkin sebab selalu nampak aRz mengadap PC sambil menaip. Jadi dia rasa nak buat juga. Memang kanak-kanak cepat belajar daripada pemerhatian dia. Dalam masa yang sama kena tunjuk teladan yang baik, supaya dia ikut perkara yang baik.

kids in love, picture in word, love cik puteri, cik puteri in love, kids, kids fashion, kids photography,
Cik Puteri in L.O.V.E

Sebelum pergi jauh, gambar diatas terhasil disebabkan oleh Instagram August Photo A Day Challenge by Safurara. Ini juga merpakan gambar hari ke 6. Dah lama nak mencuba buat gambar macam ni tetapi tak tergerak tangan untuk memulakan. Alhamdulillah adanya challenge macam ni memberi sedikit suntkan semangat untuk menyiapkan juga dengan sentuhan Photoshop CS5.

Kenapa Mesti Buat Photobook

Kenapa aRz kata nak buat photobook. Bukan wajib tetapi semua tu sebagai satu kenangan sebagaimana aRz ada juga gambar kenangan di atas Jambatan Pulau Pinang setahun selepas pembukaannya yang diambil oleh arwah Abah. Boleh tengok DISINI. Bukan juga wajib buat photobook, cukuplah kalau nak print biasa pun dan simpan semua kepingan gambar tu dalam kotak kasut. 

Satu lagi sebab utama nak buat photobook ( hardcopy) kerana risau external hardisk yang menyimpan semua gambar Cik Puteri buat hal, atau 'corrupted'. Insyaallah ada masa, nak siapkan juga. Bagi ibubapa lain jangan biarkan segala memori berlalu begitu saja. Rakam, cetak dan simpan. Nanti sekurang-kurangnya anak-anak dapat melihat memori dia ketika kecil dulu.

Atau mungkin sebagai simpanan hari tua tatkala anak-anak mula ke Menara Gading masa itu akan mula merindui celoteh anak-anak. Ini bukan pengalaman saya tapi diceritakan dan dikongsikan oleh arwah mak dan kakak saya yang sudah merasainya.

Seandainya kita rasa, membuat sebuah buku, atau mencetak gambar lama sebagai satu perkara yang tidak penting atau membuang masa tidak mengapa. Zaman dahulu ramai juga yang tidak ada gambar kenangan dimasa kecil, tetapi membesar dan berjaya. Ianya adalah PILIHAN.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. nak buat photobook yg murah.. dah banyak sgt memori phone ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada di groupon kalau tak silap beberapa blogger buat.

      Delete
  2. SA kan..dr dulu nk buat photobook...tp x buat2 lagi...cantik plak hasilnya kan...

    ReplyDelete
  3. wah bagus baguss saya pon dah lama bebeno tak print gambo

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa setiap peti simpanan macam hardisk , pendrive boleh rosak bila bila masa

      Delete
  4. Dulu masa kamera lama.pasti akan pi print gambar pastu simpan dalam album..siap label lagi.

    ReplyDelete
  5. bagus laa Arz buat HARDCOPY..akak pon ada sejarah hitam dengan Ext-Hardisk akak corrupted tak boleh buka lansung..silap besar semua gambar/video Alysa masa kecil ada dalam tu. yang paling sayang gambar/Video dia dari masa dia lahir sampai laa dia boleh berjalan ada dlm tu. Dah la ms tu syndrome anak pertama setiap hari amik gambar & video dia. Akak sedih sangat smpai harini akak simpan Hard Disk tu. Harap2 suatu hari nanti dapat buka. Mujur husband nasihatkan akak, katanya buat ape kita nak sedih perkara dah jadi..yg penting Alysa masih ada depan mata kita..Biarlah gambar/video hilang asalkan dia masih ada bersm kita..( sori terEmosi plok)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada masa saya cuba bantu masalah ini

      Delete
  6. Ingatkan Arz nak dapat menantu dah. Hehe ^-^
    Cantiknya... zumal sokong buat hardcopy sbb pernah terkilan gambar banyak dalam pendrive pastu hilang pendrive tu maka lenyap memori bersamanya...

    ReplyDelete
  7. Ok nnt nk buat gak..aritu ada usha kat groupon ..hehe

    ReplyDelete
  8. ohh ini lah love nya...cantikk

    ReplyDelete
  9. idea yang bagus aRz, kak ana dulu memang akan pi print gambar di kedai, laa ni jadi malas dah, sayang sebab satu hari nanti akan kekal menjadi kenang-kenangan bila anak2 mula dewasa :)

    ReplyDelete
  10. hm..groupon selalu adekn photobook..murah2 plak tu.xnyempat nk bust lg.ada kwn kak ummul da byk photobook dia buat kt groupon

    ReplyDelete
  11. Sha pun nak buat tapi masa selau mencemburui sha..hehehe..yg selebihnya, bila duk je ngadap pc anak2 dara pun mula menyebok.. terus stop.. hehe..

    ReplyDelete
  12. Assalam arz,
    dah laaaaaaamaaaaaaaaaa tak buat photobook
    macam teringin balik jaaaaaaaa
    he3

    ReplyDelete
  13. nak buat gak photobook tu dari anak kecil sampai skrg masih tggal niat saje.. tak terbuat2 lagi....

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...