Skip to main content

Apom Balik Pisang???

Apom Balik Pisang 

Apom balik pisang. Biasanya apom balik dijual pada waktu petang. Dari resepi asal apom balik biasanya diisi dengan jagung dan kacang serta gula. Tetapi sekarang ini aRz lebih menyukai Apom Balik Pisang dimana ada potongan buah pisang diletakkan didalamnya. Memang menyelerakan. Ada juga menu lain seperti coklat dan lain-lain. Tetapi menu ini lebih menjadi pilihan aRz di waktu petang. 

apom balik pisang, gambar apom balik, gambar apam balik, makanan petang, penang, arzmoha,
Apom Balik Pisang

Kenaikan Harga Apom Balik

Sebelum ini aRz biasa membeli dengan harga 60sen satu. Sekarang sudah naik ke 70sen. Walaubagaimanapun apom balik pisang juga menerima nasib yang sama mungkin kesan daripada GST bilamana barang semakin naik harga. 4 belahan apom balik pisang berharga RM 4.40

Cumanya aRz teringin juga ingin tahu bagaimana negeri lain. Apakah panggilannya sama? Menu pisang seperti ini ada di tempat anda? atau hanya di Pulau Pinang? Kalau belum cuba jangan lupa mencuba ok.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. sedapnya tengok....ni pertama kalinya yaya dengan apam bailk pisang...
    yaya dah follow arzmoha :)

    www.yayacendana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa bahejabella.com ye cik yaya

      Delete
  2. tak pernah rasa lagi aRz, tapi ikutkan gabungannya pasti sedap kan :)

    ReplyDelete
  3. yum yum... gebu elok je.... nampak dh sedap....

    ReplyDelete
  4. aik tak pernah jumpa la bro...rare ni...hee3...

    ReplyDelete
  5. sedap ea..??

    ada pisang..??

    rasa macam kek pisang tak..???

    ReplyDelete
  6. belum pernah try perisa pisang mesti rasa manis kan..skrg Rm4.40 seikit hari lagi satu slice tu RM5.00..aduhh!!! msia oh msia

    ReplyDelete
  7. APOM ke namanya or salah eha hehe..Kag teganu nsmanya apam balik..Mmg suka jugak apam balik tp tak biasa lg mkn yg pisang punya..biasa mkn yg kacang ngan jagung ..

    ReplyDelete
  8. errr...errr...dap ke?suka yg original tp jagung mau byk :p

    ReplyDelete
  9. bertuah betul peniaga apom balik nih.. pndai cari peluang berniaga.. dulu fenomena pisang goreng cheese, skarang siap ada inovasi plak kat apom balik ye.. so far husna tak jmpa lg lah.. kalau jmpa inshaAllah boleh try..:)

    ReplyDelete
  10. Pisang x perasan pula.. tapi kalau yg tambah coklat tuh ada jumpa..
    Tapi x rasa lagi.. Belum tergerak nak beli.. hehehe...

    ReplyDelete
  11. Assalam arz,
    nak cobaaaaaaaaa
    tang mana niiiiiii????????

    ReplyDelete
  12. ore pineng panggil apom ke...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...