Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Merdekakah Kita Sebenarnya?

Erti Kemerdekaan  Erti Kemerdekaan. Hari ini Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58. Syukur negara sudah 58 tahun merdeka dari penjajah. Persoalannya apakah erti kemerdekaan sebenar? Mengapa suatu masa dahulu penjajah menjajah negara kita? Untuk apa sebenarnya? arzmoha. Gambar perarakan di Hari Kemerdekaan. Sebenarnya ini bukanlah satu entri untuk ceritakan tentang sejarah bagaikan buku teks sekolah menengah. Sememangnya di masa sekolah aRz antara yang tidak meminati sejarah. Rasa agak bosan. Tetapi mula meminati selepas berada didalam kelas Tamadun Islam. Tanah Melayu antara wilayah yang berada dibawah kuasa Islam Turki Uthmaniyyah suatu masa dahulu. Benar atau tidak? Anda kena cari jawapan sendiri. Keduanya sebelum aRz berleter lebih panjang mengenai erti kemerdekaan,  mengapa Indonesia juga diserang. Jawapan ini mungkin ada di dalam filem Sang Kiai. Rasanya mungkin ada yang dah tahu dan ada juga belum tahu. Cumanya fakta inilah yang akan membuatkan k...

Transformers Mengamuk Di Pulau Pinang

Transformers Mengamuk Di Pulau Pinang Transformers mengamuk di Esplanade, Padang Kota Lama Pulau Pinang. Keadaan semakin menggemparkan dengan munculnya kereta Chevrolet Camaro. Tunggu entry berikut untuk cerita sepenuhnya. 

PRAMLEE THE MUSICAL TOUR Dari Penang Ke Singapura 2015

P.Ramlee The Musical Tour " Dari Penang Ke Singapura " August-September 2015 Allahyarham Tan Sri P.Ramlee adalah seorang Seniman Lagenda tanah air yang sentiasa di hati para peminatnya. Samaada lagu ciptaannya atau persembahannya pasti menawan hati siapa yang mendengar dan menontonnya. Sehingga kini ia masih diminati dan tidak jemu-jemu. Kini Seniman Lagenda Allyarham Tan Sri P.Ramlee dilakonkan semula dan bakal bertemu peminat serta mengembalikan nostalgia. Teater "P.Ramlee The Musical" telah pun berjaya dipersembahkan di Kuala Lumpur, Kuching dan Singapore. Teater "P.Ramlee The Musical" ini berjaya membuatkan 81,500 penonton ketawa dan menangis menghayati teater ini. Teater ini juga telahpun memenangi 8 anugerah di Boh Cameronian Arts Awards for Musical Teater temasuk Pengarah Terbaik, Rekabentuk Pentas Terbaik, Muzik dan Bunyi terbaik, Pelakon Tambahan Terbaik, Skrip Asal Terbaik, dan Persembahan Keseluruhan Terbaik. Teater kali ini bakal bertemu pem...

Pagi Bermadu Malam Berkungfu

Pagi Bermadu Malam Berkungfu Sudah menjadi kebiasaan kita mendengar apabila ada saja isu "bermadu" pasti akan diikuti dengan isu "berkungfu". Memang Bermadu sesuatu yang sensitif bagi majoriti mereka yang bernama isteri. Walaubagaimanapun bermadu dalam bahasa sebetulnya adalah poligami. Jika silap percaturan... Ya pagi kau bermadu malam kau berkungfu.  Pagi Bermadu Malam berkungfu Maaflah jika sejak kebelakangan ini aRz banyak cerita mengenai madu atau poligami. Ini sekadar perkongsian untuk semua. Jangan terlalu marah bab madu. Apapun aRz syukur isteri amat memahami kehendak aRz yang memang berkeinginan bermadu. Madu al-shifa Pagi Bermadu Ya... Syukur setiap pagi isteri sentiasa ingatkan.  "abang dah bermadu belum? " Biasalah pagi-pagi kalut hampir terlupa. Pengambilan madu secara konsisten mampu memberi kesan yang baik pada sistem badan. Carilah sedikit info mengenai pemakanan sunnah ini. Banyak khasiatnya.    ...

Terima 10 Jahitan Bawah Dagu

Ibubapa Perlu Mengawasi Permainan Anak-anak Ibubapa perlu mengawasi semua permainan anak-anak . Permainan anak-anak ini pada awalnya sudah pasti kita membeli mainan yang selmat untuk dimain. Permainan yang tidak tajam, merbahaya, mempunyai barang kimia dan sebagainya. Tetapi setelah dimakan usia kemungkinan sesuatu permainan yang selamat itu boleh jadi merbahaya. Langkah-langkah membaiki atau membuang barang yang telah rosak adalah satu langkah terbaik. google image Keperluan Untuk Bunag/Baiki Mainan Rosak Semalam aRz sambil layan movie, Cik Puteri ajak main. Bila tak layan mula dia marah dan baling-baling bear kesayangan dia. Setakat movie tak apalah hari lain boleh layan lagi kan atau tunggu Cik Puteri tidur saja. Tengah-tengah main aRz nampak sesuatu pelik di bear Cik Puteri. Ruapanya bear dah semakin lusuh dan koyak di bahagian dagu. Jika dibiarkan mungkin akan menyebabkan bulu seperti kapas ini memberi kesan tidak baik buat Cik Puteri. Jadi pembedahan kecil terpaksa d...

Tempat Cantik Photoshoot Di Penang

Tempat Cantik Photoshoot di Penang Tempat cantik untuk photoshoot di penang. Mungkin ada yang ingin membuat photoshoot di sekitar Penang tetapi masih tercari-cari tempat yang sesuai. Sama ada photoshoot untuk pretending, post wedding atau family photoshoot mungkin boleh pertimbangkan tempat ini.  Boleh juga jika ingin bergambar bersama rakan.  Tempat cantik Lokasi tempat Cantik Photoshoot  Lokasi yang aRz maksudkan dan akan kongsikan gambar ini terletak di Persiaran Karpal Singh. Minggu lepas aRz sempat untuk mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera Redmi Note 4G sahaja. Jom kita sama-sama saksikan.  Jambatan khas buat basikal dan jogging Maaf tiada gambar #cikputeri  Maaf dalam entry ini tiada #cikputeri. Ini masa untuk aRz pula menonjolkan diri. Mana tidaknya ada yang kata "saya singgah ke blog ini hanya untuk tengok gambar cik puteri" ohhhh tidak.... Kredit buat rakan yang tolong ambil gambar Wala...

17 Tahun Dirimu Tiada Pengganti

Kehilangan Insan Tersayang 17 Tahun Dahulu Kehilangan insan tersayang. Insan tersayang biasanya mempunyai banyak makna. Boleh jadi ibu, bapa, isteri, anak, kekasih, rakan, teman ataupun seorang yang dihormati dan begitu bermakna didalam hidup kita. Kehilangan insan tersayang ini memang perit. Mengambil masa yang lama untuk dilupakan. Terpisah jarak sekali pun sudah rasa rindu dan sukar untuk melupakan kenangan bersama apatah lagi terpisah alam. Tetapi disebalik kesedihan jangan kita lupa semuanya sudahpun tertulis sebaiknya. "Setiap yang bernyawa pasti merasai mati" Gambar sekadar hiasan. aRz dan Cik Puteri ketika menunggu bot ke Pulau Aman 21 OGOS 2015. JUMAAT . Terasa lain hari ini tatkala facebook menghantarkan peringatan hari kelahiran anak sedara yang kedua. Hari jadi Faiz kebetulan hari ini Jumaat 21 Ogos 2015. 17 tahun lepas Faiz baru berusia setahun. Setiap kali hari lahir Faiz seakan ada sesuatu merobek isi-isi jantung mengenangkan rindu pada insan yan...

Wawa Zainal Selamat Lahirkan Anak Kedua

Wawa Zainal Selamat Lahirkan Anak Kedua Wawa zainal mengumumkan di Instagram mengenai kelahiran anak keduanya. Kenapa tetiba cerita mengenai wawa zainal? Sebenarnya dalam aRz jalan-jalan di Instagram sambil melihat foto-foto menarik ternampak mengenai gambar bayi. Bila tengok rupanya akaun Instagram Wawa Zainal. Seronok tengok gambar bayi. Comel. Teringat pula waktu kelahiran Cik Puteri. Wawa Zainal Lahir anak kedua Tahniah buat wawa zainal dan airiel zafrel diatas kelahiran cahaya mata kedua. Memang indah saat melihat cahaya mata baru lahir. Siapa yang tidak teruja melihat insan yang tiada dosa buat pertama kalinya. Teringat pula ketika kelahiran Cik Puteri. aRz sendiri pun bagai tergamam. Nak dukung pun tak reti. Terpaksa panggil jururawat Hospital Bersalin Pulau Pinang tolong angkatkan. Pasti perasaan yang sama dirasai buat wawa zainal dan suami. Bayi kedua Wawa Zainal dan Aeriel Zafrel Perasaan Menyambut Kelahiran Anak Buat Pertama Kali Perasaan menyambut anak...

Wordless Wednesday | Logo #BloggerUtara

Wordless Wednesday Logo BloggerUtara  Logo #bloggerutara  BloggerUtara Logo Kredit buat realiticikpin.blogspot.com

Wordless Wednesday | Pisang Di Pagi Hari

Wordless Wednesday Pisang Di Pagi Hari  Pisang.  Pisang

Tips Mengesan Unfollow Di Instagram

Tips Mengesan Unfollow di Instagram Tips mengesan unfollow di Instagram. Instagram adalah salah satu media sosial yang penting dan popular ketika ini. Follower dan unfollower biasanya perkara yang sering dibincangkan kerana masing-masing mengejar untuk menambah kenalan atau pengaruh. Bagi mereka yang pandai mengambil peluang Instagram mampu dijadikan pendapatan sampingan. Tips ini memang sangat membantu sebab itu aRz kongsikan disini. ARZMOHA™ Instagram Kenapa Perlu Tahu Siapa Unfollow Yelah.. Pemilik akaun Instagram ni ada bermacam-macam jenis. Jenis-jenis ini aRz akan kongsikan dil ain masa. Disebabkan ada bermacam-macam jenis inilah yang membuatkan aRz rasa nak tahu siapa yang unfollow aRz. Paling sakit hati bila dia follow, kita follow dia kemudian dia unfollow kita. perghhh menyirap rasa. Tapi agak susah nak check satu persatu siapa unfollow kita kan? Jadi apps ini mampu membantu anda. Aplikasi Crowdfire Kesan Unfollow di Instagram Bermacam apps yang boleh diguna...

Tol Eletronik Sepenuhnya Jambatan Pulau Pinang 9 September

Tol Elektronik Sepenuhnya Jambatan Pulau Pinang Bermula 9 September Tol secara eletronik sepenuhnya beroperasi di Jambatan Pulau Pinang mulai 9 Setember ini. Tol elektronik bermaksud tiada lagi tol tunai. Anda hendaklah menggunakan kad 'touch n go', PLUSmiles atau Smart tag sahaja untuk memasuki Pulau Pinang bermula 9 September. Selain itu 4 lagi plaza tol juga akan berkuatkuasa pada tarikh yang sama adalah Jitra, Bukit Kayu Hitam ( Lebuhraya Utara-Selatan ) Lunas dan Kubang Semang ( Lebuhraya Butterworth-Kulim ). kredit to arenakereta.com Khas buat penduduk Pulau Piang sila pastikan mempunyai kad 'touch n go' sekurang-kurangnya untuk mengelakkan kesulitan. Sekiranya belum membuat kad 'touch n go' anda boleh baca lagi panduan di bawah. Cara Membuat Kad 'Touch n Go' serta Rebat Untuk Penduduk Pulau Pinang Khas buat penduduk Pulau Pinang anda mendapat rebat 20% dan dengan rebat ini anda hanya perlu membayar RM 5.60 di Jambatan Pulau Pinan...

Setia Aku Demi Dirimu

Video dan Lirik Setia Nyanyian Elizabeth Tan dan Faizal Tahir Setia lagu terbaru nyanyian Elizabeth Tan dan Faizal Tahir. Lagu ini memang kena bila anda sudah membaca kisah Telur Untuk Abang . Jom layan Video dan lirik Setia Elizabeth Tan feat Faizal Tahir Lirik Lagu Setia Elizabeth Tan feat Faizal Tahir Selamat pagi sayangku Apa khabar dirimu Maafkan andai mengganggu lenamu Andai pernah melukakan Maafkanku tak sengaja Harus kau dan aku selalu bicara Kau Tahu kau satunya Ku mahu selamanya Kau dan aku mungkin tak sempurna Kau dan aku tahu tak semudah Kau dan aku mahukan sempurna Kau dan aku mengharap bahagia Setia aku demi dirimu Setia aku hanya padamu Andai hatimu berubah Pastiku cuba fahami Tetapku melangkah terus berani Kau tahu kau satunya Ku mahu kita selamanya Kau dan aku mungkin tak sempurna Kau dan aku tahu tak semudah Kau dan aku mahukan sempurna Kau dan aku mengharap bahagia Setia aku demi dirimu S...

Chen Long Gagalkan Datuk Lee

Datuk Lee Chong Wei tewas Final Kejohanan Dunia Indonesia  Datuk Lee Chong Wei gagal menewaskan Chen Long dalam FInal Kejohanan Dunia Indonesia semalam. Impian menjulang gelaran dunia terkubur selepas tewas 14-21, 17-21 dalam perlawanan 65 minit kepada Chen Long. kredit Awani online "saya akui Chen Long bermain dengan luarbiasa pada hari ini. Saya tidak dapat berbut apa-apa walaupun telah melakukan yang terbaik dan mengubah rentak permainan" kata Datuk Lee Chong Wei dimana ketangkasan Chen Long tidak dapat disangkal olehnya. Walaubagaimanapun ia tidak menjatuhkan semangat Datuk Lee Chong Wei untuk memburu satu lagi Kejuaraan Utama yang belum pernah dimiliki iaitu pingat emas Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil tahun hadapan. Semoga Datuk Lee Chong Wei akan dapat apa yang diinginkan dan secara tidak langsung kembali mengharumkan nama negara di pentas dunia. Jumpa Lagi.

Kopi Untuk Abang

Kopi Bukan Penahan Mengantuk Kopi. Kopi sekarang ini adalah minuman yang sangat popular dan diminum oleh semua peringkat umur. Ada kopi mahal ada kopi murah. Kopi juga dikatakan mampu menahan dari rasa mengantuk atau ubat berjaga mata. Sebenarnya itu fakta yang salah. Kenapa? Teruskan membaca.  Codi Coffee. Cikpinz Belanja Kopi Untuk Abang Kopi untuk abang. Ini ayat isteri sebelum masuk tido. Memang isteri memahami kegemaran aRz sebelum tido mesti pekena kopi. Tak kira apa jenis kopi. Sama kopi, Coffee, ataupun nescafe, atau juga neslo. Baik sebelum tu ini bukan sambungan kisah "telur Untuk abang". Itu cerita orang. Nasib baik tak bagi telur setengah masak kosong kan? Ok berbalik pada cerita kopi.  Jika setiap malam aRz minum kopi, dan boleh bermimpi dalam hanya beberapa saat ini bermakna kopi tidak mampu menahan rasa mengantuk.  Kedua, arwah abah aRz juga seorang peminum kopi O tegar hampir setiap malam, dan arwah abah adalah seorang yang tidur awal....

Telur Untuk Abang

Telur Untuk Abang Telur untuk abang. Awas ini sebuah perkongsian yang agak seram. Awal-awal lagi nak beritahu sebab takut ada pembaca yang tidak boleh baca kisah seram-seram ni. Mungkin boleh baca entri lain yang agak kurang seram. Baik ini bukan cerita 18 tahun ke atas. Sekadar berkongsi.  Telur untuk abang Teringat semalam semasa atas kereta, tiba-tiba isteri bertanya.  "Best ka poligami? "  Ahhh sudah. Bisik hati kecil ku. Tarik nafas fikir sejenak sambil perlahankan radio.  "Mana ada istilah best dalam poligami"    Sunyi sepi seketika. Lalu aku menambah.  "poligami umpama ubat, kalau sakit demam, makanlah ubat demam, kalau sakit kepala makan ubat sakit kepala bukan makan ubat kencing manis atau bukan kolestrol" Fuh. Aku ingat lagi ayat ni. Ayat Ustaz Haslin Bollywood kalau tak silap. Sunyi sepi tanpa sebarang perbualan.  "Kalau tak poligami umpama apa? " tanya isteri. Amik kau. Pandai-pandai menjawab....

Tips Menghias Ruang Makan Pada Ruang Kecil

Tips Menghias Ruang Makan Pada Ruang Kecil Tips Menghias ruang tamu yang kecil. Kebiasaan ruang tamu sebegini boleh didapati pada rumah jenis pangsa kos rendah dan sederhana rendah. Walaubagaimanapun rumah teres kos rendah dan sederhana rendah juga tidak terlepas dari ruang tamu yang agak kecil. Mungkin tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua supaya memiliki meja makan di ruang tamu yang kecil tetapi tidak menjejaskan pergerakan didalam rumah. Google Image Kerusi DIY Sudah hampir 10 tahun bekerja dalam bidang menyediakan lukisan senibina atau mudah difahami bahagian Arkitek. Adakala ada rakan-rakan bertanya bagaimana nak buat susunatur bilik didalam rumah yang sesuai ketika mula-mula bina rumah, idea menghasilkan susunatur yang baik, tips menghias ruang bilik utama dan sebagainya. Jadi adakala idea memang susah untuk keluar. Cara yang terbaik kena buat sedikit pemerhatian dengan mencari di laman web yang berkaitan. Ia amat membantu. Ada juga yang bertanya bagaim...