Skip to main content

#Cabaran20Hari Budget Raya

Budget Raya 2015

Budget raya. Kalau sebut pasal budget raya mungkin ramai yang rasa malas nak fikir. Bila raya banyak perbelanjaan nak digunakan. Kalau nak disenaraikan sudah tentu banyak. Jangan sampai ada yang meminjam hanya untuk sambut raya dengan meriah. Dalam entri kali ini aRz ceritakan sedikit mengenai budget raya dan cara mengatasi masalah ketika raya yang mana mungkin mampu membantu sedikit di masa hadapan.

budget raya, cabaran 20 hari, tips kewangan raya, bersederhana,
Budget Raya | Cabaran dan tips

Budget Raya 2015

Tahun ini agak sama seperti tahun-tahun lepas juga. Selepas berkahwin kebiasaannya budget lebih tinggi dari zaman bujang. Ketika bujang apalah yang hendak difikirkan sangat. Tapi bila sudah berkahwin budget bujang ditambah budget isteri ditambah budget anak. Memang agak tinggi. Benarlah orang kata "pengalaman mengajar erti kematangan". Jangan diharap pada bonus raya, dan gaji berdekatan raya. Budget aRz tidaklah semewah mana. Cukuplah untuk berhari raya dalam meraikan Hari Raya Puasa. Bagaimana memastikan budget mencukupi ketika hari raya?

Tips Budget Raya

Disini aRz selitkan sedikit cara aRz memastikan budget raya tidak lari atau kekurangan wang selepas hari raya. Kalau semua nak diharap pada duit gaji memang tak lepas. Walaubagaimanapun kalau ada yang boleh dijimatkan sudah tentu perlu berjimat. Antara cara mengatasi budget raya adalah

1. Main kutu

Kebanyakkan pejabat ada main "kutu", bukan kutu rayau tapi kumpul duit secara berjemaah dan diagihkan mengikut bulan cabutan. Main kutu adalah cara terbaik memastikan budget raya anda. Tapi kalau cabutan selepas raya itu adalah wang untuk selepas raya. Kalau bukan untuk budget raya mungkin boleh digunakan untuk tujuan lain, wang kecemasan, budget percutian atau lain lain.

2. Berbelanja Raya Awal

Ini bermaksud beli atau tempah baju raya lebih awal. Tak payah tunggu design terbaru sangat. Kalau untuk wanita yang suka sutera tak semestinya dekat raya baru keluar design baru. tempah lebih awal menggunakan wang gaji setiap bulan. Cara ini juga mengurangkan bebanan kewangan ketika menghadapi raya.

3. Bersederhana

Bersederhana adalah cara yang terbaik. Kalau boleh baju yang masih elok dan boleh dipakai pakai sajalah. Bukannya orang hafal semua baju raya kita. Cukuplah sepasang dua. Bukan artis sangat pun. hehe...

aRz rasa setakat ini saja dulu Budget raya dan tips menghadapi raya dengan tenang dan aman. Jangan boros dihari raya. Bulan puasa mendidik kita menjadi insan yang mengenang kesusahan orang lain kenapa mesti boros dan lalai di hari raya? Jom ubah cara perbelanjaan kita.


Jumpa Lagi.

#Cabaran20Hari #Day11



Comments

  1. Bersederhana tu yang paling pentingkan arz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersederhana sebaiknya barulah poket tidak merana

      Delete
    2. bersederhana bagus. cuma kadang2 pempuan suka something new dan ikut trend. lelaki mmg x kisah sangat

      Delete
  2. akak dh 2,3 th tak beli baju raya..anak2 yg dah besar pun mcm tu jugak..cuma beli utk si bongsu ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang baju pun masih elok lagi kan? pakai hanya di pagi raya klau beli lain nampak sangat membazir

      Delete
    2. kami adik beradik main swap2 je baju. senang, jimat sikit

      Delete
  3. Kutu.. perancagan yang bijak... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kutu adalah perancangan yang baik dah dua tahun gunakan tips ini.

      Delete
    2. Main jugak ea.. ohhh i see~~~

      Delete
    3. perghh bila turn abg arz? nak pau duit suh belanja mkn ni kihkih

      Delete
    4. tak dapat la pau. dah dapat bulan 5 ritu

      Delete
    5. best juga main. tapi xde member nk buat sama.

      Delete
  4. beli ikut kemampuan bukan ikut org.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau orang lebih bergaya macammana? hehe

      Delete
    2. kena kurangkan lah sikit gayanya tu :p

      Delete
    3. mana bole kurang gaya, nnti x kacak. biar sederhana asal bergaya. eh

      Delete
  5. main kutu pun ok jugak,tapi kena giliran tak kena masa tue yang merana jiwa..ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat lepas raya itu kira budget lepas raya la Kak Khaty

      Delete
    2. kannn. dah lama tak main duit kutu. :p

      Delete
    3. jangan main kutu di kepala ya

      Delete
    4. ada pula nak main kutu dekat kepala.

      Delete
  6. Ada lagi satu tip bro.. Cuba jangan balik kampung tahun ni.uhuhuhuhu..

    ReplyDelete
  7. Hadoi, kalau pasal bajet ni kite selalu lari... kali ni kena cut duit raya bagi kat bebudak! hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian budak-budak. hehe

      Delete
    2. abg arz nak duit raya hihihiii

      Delete
    3. bila dah kawen mmg kena agihkan sikit duit untuk budak2 kan

      Delete
  8. bersederhana itu perlu..Alhamdulillah, kerperluan semua da siap..sebab awal2 dah beli :)

    ReplyDelete
  9. takpe.. nanti Cik Puteri dapat duit raya juga.. rezeki anak-anak... :)
    Ikhlas memberi, InsyaAllah banyak yang diterima semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak ain insoofff hahahhaha

      Delete
    2. ye betul. seronok la nanti cik Puteri dapat duit raya. harap2 bapa nya x mnx jugalah duit raya.

      Delete
  10. Nice tips arz..tpi tue la pasal nak tunggu design baru la selalu terlari bajet..hehehe

    ReplyDelete
  11. bersederhana dalam menanti Raya Alhamdulilah

    ReplyDelete
  12. membazir itu amalan syaitonnn. thanks for the tipsss abg arz :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama kakcik napisah

      Delete
    2. KC jangan membazir k. KC keje bank. kena pandai menabung

      Delete
  13. akak blanja awal & sderhana...bl time bln posa rilek ja x pi sopim mana2...dh x kalut & duit pon x rs laju ja mcm air keluar

    ReplyDelete
  14. sederhana tu mmg digalakkan. jangan sampai lebih2 berbelanja. nnti merana di kemudian hari

    ReplyDelete
  15. bersederhanalah dalam apa juga kan, Cik Puteri diutamakan hihi.. frust sangat kad raya untuk Cik Puteri tak sampai kan :(

    ReplyDelete
  16. yelaaa ikut saranan.. hehe spasang dua saja tahun ni..
    kalo ikut cikta memang banyak le..60 helai =D

    ReplyDelete
  17. Assalam arz,
    akak tetiap tahun memang part anak yang setel dulu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...