Skip to main content

#Cabaran20Hari Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Cabaran20Hari Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa. Amalan ini sememangnya di amalkan oleh umat Islam di Malaysia. Ianya merupakan amalan yang baik dan boleh dikategorikan sebagai sedekah. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Amalan berbalas juadah di bulan puasa sememangnya sangat unik dan mengelakkan pembaziran. Tetapi amalan ini kadangkala disalahgunakan. Bagaimana disalahgunakan itu?

amalan berbalas juadah di bulan puasa, egg tart, kuih tart telur, makanan, arzmohadotcom, kuih sedap,
Egg Tart gambar sekadar hiasan

aRz kalau boleh tidak mahu mengulas kebaikan amalan berbalas juadah di bulan puasa ini, sebaliknya ingin mengupas isu disalahgunakan amalan ini. Sudah pasti amalan ini jika diniatkan kerana Allah SWT maka ianya menjadi satu ibadah. Beruntung bagi mereka yang berebut-rebut melakukan kebaikan di bulan puasa. Apatah lagi jika amalan berbalas juadah ini dikongsikan bersama jiran yang kurang kemampuan dan tidak mengharapkan balasan.

Bagaimana Disalahgunakan Amalan Berbalas Juadah

Penyalahgunaan amalan ini kebiasaannya berlaku pertamanya dengan mengharapkan balasan daripada jiran yang mungkin masakannya lebih sedap, atau jiran ini rajin membeli juadah di bazaar ramadhan atau lain lain sebab dan bukan ikhlas kerana Allah SWT. Sebagai contoh dia buat 'cokodok' tetapi mengharapkan kurma kambing. Sedap pula kurma kambing.

Kedua. Amalan berbalas juadah dilakukan ketika sudah berbuka. Ini bermaksud pemberian selepas juadah tidak habis dimakan. Rasa macam tak habis baru nak bagi pada jiran. Ini satu amalan yang juga tidak baik. Bukankah sebaik-baik pemberian adalah dari apa yang kita sayang.

Terakhir adalah segelintir peniaga bazaar ramadhan menjadikan masjid tempat menghabiskan juadah atau makanan yang tidak habis dijual. Padahal sebelum waktu berbuka tak terniat pun nak sedekah pada masjid untuk Umat Islam berbuka. Tetapi selepas waktu berbuka kuih masih banyak barulah nak diletakkan di masjid. Jadi kalau nak sedekah pada mereka yang berbuka di masjid sedekahlah lauk atau kuih yang baru masak dan bukannya yang tidak habis dijual.

Amalan berbalas juadah di bulan puasa ini satu amalan yang baik tetapi jangan sesekali disalahgunakan. Mudah-mudahan kita berolehi pahala dan diterima oleh Allah SWT sebagai satu ibadah. 

Selamat Berpuasa

Jumpa Lagi.

#Cabaran20Hari #Day8

Comments

  1. Replies
    1. lama tak makan kurma kambing tu saja sebut...

      Delete
    2. arwah abah kita suka makan kambing

      Delete
  2. betul tu an...

    tukar sebab juadah tak habis.... ish2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa itu lah yang saya nak sampaikan. bertukar juadah biar ikhlas bukan kerana tak habis

      Delete
  3. ha ah kan..betul jugak tu, makanan yang tak habis tu tak payah rasanya nak kasi dekat orang tapi kan, kalau buang membazir ulak,,macam mana tu?

    ReplyDelete
  4. sllu kena tipu ngan gambar sekadar hiasan tu tau
    igtkan balas juadah ngan egg tart tu sabau je lah ekekeke


    mmg seronok dpt berbalas juadah ni
    ni lau el msk lebih2 sure bg kt jiran2..xkisahlah jiran bls ke x..niat tu nak bg diorg tu ikhlas
    tp kita pulak rs xsedap bila jiran bg kita makanan kita lak xde ape nk bg sbb xmsk ape pun hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe itu egg tart berbalas juadah dengan bazaar ramadhan.

      memang betul kekadang rasa malu tak balas tapi esoknya kita ganti la semula. kongsi makanan.

      Delete
  5. Indahnya Ramadhan ini jika amalan berbalas juadah ini dikekalkan sampai bila-bila...

    ReplyDelete
  6. dulu masa sekolah rendah selalu buat mcm ni skrg jiran2 pun dh tak bagi.. sedihnya

    ReplyDelete
  7. tu dah kira bagi lebihan juadah..bukan berbalas juadah.. hihihi...mcm2 gelagat boleh kita nampak bila bulan puasa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai KG jangan berbalas juadah dengan air yang dicelup handphone ya

      Delete
  8. Akak pantang sekali nak hulurkan sisa2 makanan kepada sesiapa selepas kita kekenyangan.

    Kalau nak bagi, sebaik selesai masak, terus agihkan..

    ReplyDelete
  9. ingatkan arz berbalas juadah bagi tart,baru nak berhajat nak pegi berbalas juadah dengan arz

    ReplyDelete
  10. tulah, dalam pada nak buat pahala, tak sedar perbuatan tu kurang proper.tapi melampau la bagi cekodok, nak kurma kambing..hihi

    ReplyDelete
  11. buat kena Ikhlas nak beri barang juadah tu

    ReplyDelete
  12. ada juga perangai macam tu eh. macam kasi sisa dekat orang je. ish x baik betul. kat sini macam susah nak tngok amalan balas juadah. x pastilah mmg dah x wujud atau saya yg x nampak

    ReplyDelete
  13. Assalam arz,
    haaaaaaaaaaaaa
    part antor juadah lepaih berbuka memang xbrapa manes kan3

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...