Skip to main content

Awesome Food : Merlin Nasi Kandar Pulau Pinang

Awesome Food | Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang

Awesome Food Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang. Nasi kandar Merlin di Pulau Pinang antara salah satu nasi kandar terbaik. Awesome Food kali ini ingin berkongsi mengenai Nasi Kandar Merlin yang menjadi pilihan orang-orang disini. Di Pulau Pinang memang terdapat banyak gerai dan restoran nasi kandar yang berlainan rasa dan menu istimewa. Alang-alang dan singgah di pulau pinang jangan lupa merasai aroma Nasi Kandar Merlin ini.

Nasi kandar merlin pulau pinang, nasi kandar, gambar nasi kandar, nasi kandar hotel merlin, nasi kandar pulau pinang,
Nasi Kandar Merlin

Kenapa Di Panggil Nasi Kandar Merlin?

Kenapa dikenali sebagai Nasi Kandar Merlin? Mesti ada yang tertanya-tanya sebab setiap nasi kandar pasti ada 'trademark' tersendiri. Trademark ini sudah pasti akan membuatkan mudah untuk peminatnya mengingati. Namanya berasal daripada kedudukan nasi kandar ini di bawah Bangunan Hotel Merlin Pulau Pinang. 

Merlin, Merlin hotel, Merlin hotel penang, hotel di Penang.
Merlin Hotel Penang

nasi kandar merlin, nasi kandar hotel merlin, pulau pinang, nasi kandar merlin terbaik,
Nasi Kandar Merlin

Kenapa Mesti Mencuba Nasi Kandar Merlin

Setiap Nasi Kandar di Pulau Pinang terdapat keunikan dari rasa dan menunya yang tersendiri. Susah untuk mengatakan yang mana paling terbaik dan sedap. Nasi Kandar Merlin ini hanya dibuka sebelah pagi sehingga tengahari sahaja. Walaubagaimanapun nasi kandar ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dengan tidak membuatkan perut terasa terlalu kenyang atau muak, sebaliknya rasa seakan makan pagi nasi lauk biasa. Kuahnya yang tidak terlalu pekat pastinya akan memberi sedikit keselesaan buat pengunjung yang bukan orang pulau pinang mahupun utara yang sudah biasa dengan nasi kandar. Mengenai harga tidaklah terlalu mahal memang anda patut mencubanya.

Merlin nasi kandar, food lover, nasi kandar merlin pulau pinang, best curry,
Merlin Nasi Kandar Penang

Lokasi Nasi Kandar Merlin

Lokasi bangunan hotel merlin dan nasi kandar Merlin ini terletak di Lebuh Penang. Buat mereka yang bukan orang pulau pinang jangan terkeliru antara Lebuh Penang dan Jalan Penang. Lebuh Penang terletak berhampiran Padang Kota Lama atau Esplanade. Kemudahan parking dikawasan ini janganlah dirisaukan kerana bersebelahan bangunan ini terdapat bangunan parking bertingkat. Bagi memudahkan anda, sila rujuk peta dibawah.



Semoga anda semua dapat menemui Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang, memang rugi jika tidak mencuba. Memang rugi jika ke Pulau Pinang tidak mencuba semua nasi kandar yang ada. Setiap nasi kandar pastinya mempunyai berlainan rasa dan menu. 

jangan lupa baca Awesome Food yang lain.

Jumpa Lagi

Comments

  1. memang sedap sesekali pekena nasi kandar ni kan aRz, selera tengok hat dalam pinggan aRz tu.

    ReplyDelete
  2. owh.. area tu.. pernah dengar jugak ada member ajak makan kat situ tapi tak berkesempatan... tak tau plak nama dia nasi kandar merlin.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Bila cerita pasal nasi kandar... terbayang2 kuah campur... ada kuah manis sikit.... sayur... ayam goreng.... ahhh itu dah cukup ! thanks sharing Bro Arz... semoga ada rezeki Sha ke Penang nanti....

    ReplyDelete
  4. oooo xnah rasa nasi kandar merlin ni lagi
    nti mtk suami terjah sini
    sllu weols makan kat nasi kandaq deen
    terbaik dari ladang haha

    ReplyDelete
  5. Nasi kandar melin best nasi kandaq in penang town... Selalunya dlm seminggu 2-3 kali jugak la mai sini..😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya susah nak cakap mana yang terbaik boleh kata banyak juga yang terbaik

      Delete
  6. Dari hari tu tengok, terlioq... haihhh

    ReplyDelete
  7. kena cuba la suatu hari nanti.. penang ni byk sgt kdai nasi kandaq..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang banyak dan rasa lain lain

      Delete
  8. Fuhh..dah lama x makan nasi kandar ni...kuah melimpah..kari meletup!!! baru menilat jari...wahh..byk tempat makan best di PP

    ReplyDelete
  9. tertanya gak..pesal pilih nama Merlin? sebut merlin teringat cerita bersiri si sihir Merlin tu...rupanya!!! kiranya Owner Hotel dan owner kedai nasi kandar tu orang yg sama?

    ReplyDelete
  10. Ehh tak. Owner nasi kandar sewa bawah hotel merlin ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pegi PP..boleh stay di hotel merlin..mlm2 lapar keluar terus terjah kedai mkn ni x perlu nk merayap jauh..harap2 bau nai kandar x masuk sampai ke blik nghe ngeh ngeh

      Delete
  11. Blanje kak lya sepinggan boleh tak Arz..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepinggan ja tau jangan minta lebih hehe

      Delete
  12. Owh.. melin tuh nama hotel e..
    Boleh masuk list nie kalau g pulau pinang..

    ReplyDelete
  13. Assalam arz,
    orang penang soper ni laaaaaaaaaa
    punggaaaaaahhhhh he3

    pssttt : entry merlin iols dok tak up lagi :P

    ReplyDelete
  14. member gtaw ..dia bukak lunch saja..night tak dak..so kene tunggu sabtu atau ahad je la..bukak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabtu ahad tak pasti....kalau saya ada info saya maklumkan semula

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...