Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Topup Mini Giveaway By Cik Mimie

Topup Mini Giveaway By Cik Mimie Hari ini tak sempat nak menaip entry jadi untuk pastikan blog sentiasa update adalah dengan sertai giveaway. Jadi kepada yang belum sampai mood rajin nak update boleh sertai giveaway yang masih berlangsung sehingga 4 Ogos 2015 ini oleh Cik Mimie Topup Mini Giveaway Semoga berjaya

Awesome Food : Merlin Nasi Kandar Pulau Pinang

Awesome Food | Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang Awesome Food Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang . Nasi kandar Merlin di Pulau Pinang antara salah satu nasi kandar terbaik. Awesome Food kali ini ingin berkongsi mengenai Nasi Kandar Merlin yang menjadi pilihan orang-orang disini. Di Pulau Pinang memang terdapat banyak gerai dan restoran nasi kandar yang berlainan rasa dan menu istimewa. Alang-alang dan singgah di pulau pinang jangan lupa merasai aroma Nasi Kandar Merlin ini. Nasi Kandar Merlin Kenapa Di Panggil Nasi Kandar Merlin? Kenapa dikenali sebagai Nasi Kandar Merlin? Mesti ada yang tertanya-tanya sebab setiap nasi kandar pasti ada 'trademark' tersendiri. Trademark ini sudah pasti akan membuatkan mudah untuk peminatnya mengingati. Namanya berasal daripada kedudukan nasi kandar ini di bawah Bangunan Hotel Merlin Pulau Pinang.  Merlin Hotel Penang Nasi Kandar Merlin Kenapa Mesti Mencuba Nasi Kandar Merlin Setiap Nasi Kandar di Pulau Pinang terdapat ke...

Wordless Wednesday #32 | Roti Canai KL Menjerit

Wordless Wednesday | Roti Canai KL Menjerit Apa yang menarik wordless wednesday hari ini? roti canai kl menjerit

Riangnya Raya | Blogger Di Hari Raya

Riangnya Raya Blogger Malaysia Riangnya Raya Blogger Malaysia . Raya sebagai seorang blogger di Malaysia tidaklah sehebat raya sebagai seorang artis dapat dilihat serta membuat ucapan di kaca tv mahupun radio. Riangnya raya blogger Malaysia samada blogger sepenuh masa mahupun separuh masa tetap sama meraikan bersama kaum keluarga. Sebagai seorang blogger bukanlah beerti sentiasa 24jam dengan gadjet tetapi sempat merakamkan kegembiraan tatkala bersama keluarga yang jauh mahupun dekat. Selain dari itu memberikan contoh kepada masyarakat supaya sentiasa menghargai atuk nenek, ibubapa, keluarga dan sanak sedara. Riangnya Raya Blogger Malaysia. google image : Selamat Hari Raya Gambar Blogger Berhari Raya Meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga membuatkan masing-masing ingin merakamkan gambar kenangan bersama moga dengna kenangan itu menjalinkan hubungan yang erat selamanya. Tidak kira jauh mahupun dekat, tua atau muda, baik atau buruk, semuanya dieratkan. Kosong-ko...

Tolong Jangan Baca...

Tolong Jangan Baca Mood Raya Belum Habis Tolong jangan baca. Mood raya masih belum habis. Sejak balik dari Kuala Terengganu mula rasa tak berapa sihat. Selesema dan rasa nak demam. Terima kasih buat yang sudi singgah ke sini. aRz lanjer satu dua tiga gambar khas buat semua pembaca Blog arzmoha.com  Cik Puteri : Raya pertama Bear disisi

Blues Nasi Kandar

Blues Nasi Kandar Imuda Moro Record Blues Nasi Kandar. Lagu ini menceritakan mengenai nasi kandar di Pulau Pinang. Ada juga disebut beberapa gerai nasi kandar terbaik di Penang. Sebenarnya bila jauh dari Pulau Pinang mesti teringat Nasi Kandar. Nasi kandar ooo nasi kandar jom layan. Tajuk Lagu : Blues Nasi Kandar Artis : Imuda Lagu : Art Fadzil

#Cabaran20Hari Pengalaman Main Mercun

Cabaran20Hari Pengalaman Main Mercun Pengalaman main mercun . Sebut saja hari raya pasti ada waktu kita main mercun. Pengalaman main mercun kebiasaannya masa waktu kanak-kanak dan remaja. Pengalaman main mercun mungkin juga berlainan pada setiap individu. Ia bukan tradisi kita tetapi mungkin juga disebabkan berkongsi raya dengan masyarakat lain itu membuatkan ada yang terpengaruh dengan main mercun. Pengalaman main mercun aRz juga tidak lari dari pengalaman bermain mercun. Macam-macam pengalaman. Kalau dibandingkan tahun 90an dan sekarang, mercun di tahun 90an lebih pelbagai. Sekarang ini mercun pula lebih merbahaya dan lebih kuat impaknya. Kalau dulu ada mercun katak, yang melompat-lompat. Pernah juga dikejar mercun tu, padahal kalau belok ke arah lain tak dikejar pun. Kemudian ada juga mercun lebah, seperti lebah juga, mercun gasing. Dua mercun ini tidak berbahaya. Berbanding mercun bom yang ada pada hari ini yang boleh membuatkan hilang jari dan kecederaan melampau. Te...

#Cabaran20Hari Senarai Kuih Raya Pilihan Hati

Cabaran20hari Senarai Kuih Raya Pilihan Hati Senarai kuih raya pilihan hati . Senarai kuih raya pilihan hati bukan berbentuk hati. Kalau nak disenaraikan kesemua kuih raya pilihan hati memang banyak mungkin memerlukan beberapa hari untuk habis menaip. Kuih raya pilihan hati, bagi aRz semua kuih raya adalah pilihan hati aRz sebabnya adalah kuih raya hanya ada setahun sekali. kredit to darikelatekecopenhagen Jika ada sekalipun kuih raya yang tidak pilihan hati, tetap akan habis di hujung bulan Syawal. Mesti korek juga bekas kuih raya. Jadi untuk cabaran kali ini aRz sudah pun menjawab di entri cabaran lepas. Kalau nak tahu juga kuih raya pilihan aRz kenalah klik link yang diberikan dibawah. KUIH RAYA PALING BEST DAN PILIHAN HATI Jumpa Lagi Selamat Hari Raya #Cabaran20Hari #Day19

#Cabaran20Hari Menu Wajib Pagi Raya

Cabaran 20 Hari | Menu Wajib Pagi Raya Menu wajib pagi raya Aidilfitri. Cabaran semakin mencabar. Baik, menu wajib pagi raya sememangnya ada lain kawasan lain rumah lain keluarga lain menunya. Mungkin ada yang sama menu wajib pagi raya dengan aRz. google image : Ketupat Pulut Ketupat Pulut Ketupat pulut. Menang menu wajib yang aRz akan cari di pagi raya. Jika tidak aRz akan cari lemang. Kalau tak ada juga makan nasi jawabnya sebelum pergi solat sunat hari raya. Kenapa aRz cari ketupat pulut? Sebenarnya aRz kurang sikit makan nasi himpit. Sejak dari kecil memang jarang sentuh. Mungkin sebab nasi himpit tawar rasanya. Kalau tak ada pilihan baru sentuh tapi rendang atau kuah kacang kena letak banyak-banyak (banjir gitu) Nasi Tomato Nasi Tomato. Kebiasaan juga dipagi raya di sebelah utara ada nasi tomato. ( ker rumah aRz saja ada? ) Nasi tomato dengan ayam masak merah. Kalau ada memang kena makan juga. Kalau tak pernah rasa nanti singgah la ke Penang. Cuma rasa tahun ini ...

Selamat Hari Raya AidilFitri 1436H/2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015 . Dikesempatan yang ada ingin aRz mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin. Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri khas buat semua umat Islam yang menyambut di seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan buat umat Islam yang berjuang di bulan Ramadhan.  Ucapan Raya  aRz ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap bahasa, kata yang mana menyinggung atau melukakan hati sesiapa sahaja, tidak kira secara nyata atau di media sosial ataupun laman blog ARZMOHA.COM  dan juga khas paling utama buat pembaca blog yang setia, rakan blogger yang saling bantu membantu walaupun ada yang tidak pernah bersua muka, rakan-rakan pejabat, rakan-rakan senegeri, sekolah dan semua yang mengenali diri ini. aRz juga merupakan manusia biasa yang tidak mampu lari dari membuat kesalahan dan kesilapan sepanjang mengenali diri anda. Terima kasih juga buat mere...

Esok Raya Ke?

Esok Raya Ke? Esok Raya ke? Jom tonton video ini. Sekadar mengisi waktu dan masa dikampung halaman isteri.  Selamat Hari Raya.

#Cabaran20Hari Nostalgia Kad Raya

Cabaran20hari Nostalgia Kad Raya Nostalgia kad raya .Nostalgia ni sebenarnya membawa maksud apa? Kenangan la ye kot. Nostalgia kad raya aRz rasa tak ada yang istimewa sangat. Tradisi bertukar kad raya sememangnya sangat meriah di Malaysia. Cumanya mungkin agak berkurangan sekarang kerana perubahan teknologi. Kalau dulu memang agak sukar untuk berhubung dan Kad Raya adalah sebagai peganti diri dan suara kepada seseorang yang kita ingati dan kasihi. Nostalgia Kad Raya Dari zaman sekolah lagi memang aRz agak kurang berbalas kad raya. Sebabnya masa sekolah tulisan agak buruk. Jadi aRz jarang balas kad raya. Kalau balas adakala minta kakak atau abang tuliskan.  Kad Raya kalau di Malaysia ni biasanya dan jadi macam satu tradisi bila semakin dekat hari raya maka kita akan lekat di dinding mahupun letak di kawasan atau sudut tertentu. Bila orang datang beraya, rileks ja baca kad raya yang tergantung. Mungkin kalau ada kad raya yang istimewa sedikit di letakkan gam supaya t...

#Cabaran20Hari Aktiviti Di Pagi Raya

Cabaran 20 Hari | Aktiviti di Pagi Raya Aktiviti di pagi raya. Bermacam aktiviti yang biasa dapat dilakukan di pagi raya Aidilfitri. Aktiviti aRz sekeluarga di pagi raya juga sama seperti orang lain. Antara aktiviti aRz di pagi raya adalah : arzmohdhaniffa photography | Bersalam Di Pagi Raya 1. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Keluar Menunaikan Solat Sunat Idul Fitri. Ya, perkara ini adakala teringat adakalanya terlupa. Terlupa biasanya bila ramai-ramai berebut nak mandi. Jangan lupa na pagi raya nanti. 2. Menjamah Makanan Sebelum Keluar Dulu masa arwah mak masih ada, memang mak selalu suruh makan dulu sebelum gi solat raya. Paling selera kalau ada ketupat pulut + rendang ayam.  Perghhh. 3. Bermaaf-maafan Pagi raya sudah semestinya bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bersama kedua ibu bapa, mana tahu ada salah dan silap kita yang tak pernah kita sedari, atau dah lama sangat tak balik raya sehingga tak sedar kita dah lupakan hati kedua ibu bapa kita. Jadi ...

Rilek Raya Raya Rilek

Rilek Raya | Art Fadzil feat Imuda Rilek Raya lagu nyanyian Art Fadzil feat Imuda . Raya dah nak dekat pastinya lagu raya dipasang di corong radio dan televisyen. Jadi lagu Rilek Raya ini pun menarik banyak nasihat yang cuba disampaikan. Ala Rilek laaa dengar lagu ni dulu.

Senarai Pemenang Giveaway EFG Mega Raya 2015

Senarai Pemenang Giveaway EFG Mega Raya 2015 RM3100  Senarai pemenang giveaway EFG Mega Raya 2015. Hari ini kami umumkan pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 yang Exchange Feed Group (EFG) lancarkan pada 10 Jun sehingga 9 Julai.  Giveaway EFG Mega Raya 2015 Pemenang SEO Giveaway EFG Mega Raya 2015 1.  http://tengkubutang.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM300) 2.  http://www.blogparihh.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM200) 3.  http://suriaamanda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100_25.html (RM100) Pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 (RM100) 2 - AZLINDA AZMAN http://pinky-lynn.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html 27 - AIN ATHIRAH ANUAR http://theathra.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html 43 - LIN AZLINA http :// www.linazlina.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html 47 - AMY J http://...

#Cabaran20Hari Gambar dan Ucapan Raya

#Cabaran20hari Gambar dan Ucapan Raya Gambar dan ucapan raya. Ini adalah entri cabaran paling best. Mana tidaknya gambar dan ucapan raya memang menjadi kebiasaan dipagi raya semua orang akan update. Tetapi kali ini lebih awal. Jadi gambar dan ucapan raya aRz juga tidak ketinggalan terutama buat pembaca setia blog ini, rakan blogger, rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari masa ke semasa. Tidak lupa buat sifu blogger dan semua. Gambar Raya Setiap tahun pasti ada gambar raya. Jadi aRz ada beberapa keping untuk dikongsikan bersama. Ini juga adalah untuk memberikan motivasi kepada semua agar menghargai masa dan waktu bersama keluarga. Waktu akan terus berjalan meninggalkan kita tetapi gambar akan menyingkap memori dari zaman ke zaman. Rakam. Cetak dan Simpan. Salam Aidilfitri : Raya Sebelum Kehadiran Cik Puteri Gambar raya diatas sebelum kehadiran Cik Puteri. Ini juga gambar raya pertama sebagai suami isteri. Memang lain raya sebelum kahwin dan selepas kahwin. Yang dah kah...

#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak

#Cabaran20Hari Memori Raya 90an Zaman Kanak-Kanak Memori raya 90an Zaman Kanak-kanak. Semakin hari semakin susah nak kemaskini entri Cabaran. Raya Zaman kanak-kanak serta memori. Setiap orang ada cerita masing-masing yang terpahat di ingatan. Ada memori raya zaman kanak-kanak dengan di kejar lembu, ada keluar dengan kawan-kawan, dan mungkin ada juga disapa oleh orang yang tak dikenali dengan sapaan "hai sayang" opsss.... google image Memori Raya Zaman Kanak-kanak, kebiasaannya zaman kanak-kanak syok kutip duit raya saja. aRz biasanya tak sabar nak beraya dengan kawan-kawan. Macam biasa dengan target kutipan duit raya mengharap melebihi target tahun-tahun lepas. Disebabkan abang aRz guna basikal jadi terpaksa satu group kami tak naik basikal jalan kaki saja. Mana berani nak minta kat abang, silap haribulan boleh kena 'flying kick'. Nama pun adik beralah jela.  Satu lagi yang menjadikan azam untuk mengumpul sebanyak mungkin sebab nak lawan jumlah kutipan ...

Mohon Maaf Tidak Disengajakan

Mohon Maaf Buat Teman Baik Jun 2015 Teman Baik Bulan Jun . aRz memohon sepuluh jari diatas kelewatan mengumumkan teman baik Jun 2015. Sebabnya pengomen terbanyak minima 15 komen setiap bulan akan dimasukkan didalam bloglist tegar . Ianya adalah disebabkan oleh widget Top Komentator di blog aRz mempunyai sedikit masalah selepas menukar template blog.  google images  | i'm sorry Alhamdulillah ianya sudah kembali pulih. Barulah boleh aRz umum Teman Baik Jun 2015 atau pengomen terbanyak di blog aRz. Maaf buat pembaca dan teman baik yang setia di blog aRz.  Teman Baik Jun 2015 Senarai Teman Baik Dimasukkan Kedalam Bloglist Komen Tegar 1. Nik Ainaa 2. Kak Ain Dramticuniq 3. Nizam Bahejabella 4. Bonde Kumahuitu 5. Kak Sha Kisah Kasehku 6. Rahim Aim 7. Mia Zain 8. Salbiah M Blognisalpunya 9. Adik Dayah Kanvas Kehidupan 10. Siti Yang Menaip 11. Anajingga 12. Aswaleyla 13. Yanie Yusuf Jumpa Lagi.

#Cabaran20Hari Kuih Raya Paling Best

Cabaran 20 Hari Kuih Raya Paling Best Kuih Raya paling best. Dari dulu sampai sekarang aRz ada satu kuih paling suka. Kuih raya ini juga aRz rasa paling best. Tak tahulah sebab apa best. Kalau jumpa mesti nak makan. Kadang-kadang tak puas makan. Kuih Raya paling best tu adalah Kuih Tart Jem Nenas Kuih tart jem nenas ni macam ada dua wajah. Dulu berwajah lain, dan sekarang lebih banyak kuih tart jem nenas gulung. Kenapa sedap? Entah...Anda pun kena cuba juga. Memang sedap dari gigitan pertama. Dulu arwah mak memang rajin buat sendiri. Resipi pun ada. Cuma tak sempat nak masukkan dalam entry ini. Insyaallah di lain masa. kredit to emmymazli.blogspot.com | Wajah lama kredit to inamurni.com | Wajah Baru

Peluang Hanya Datang Sekali Rebut Sebelum Menyesal

Giveaway EFG Mega Raya 2015 Giveaway EFG Mega Raya. Untuk pengetahuan semua ini adalah panggilan terakhir untuk menyertai giveaway EFG Mega Raya yang bakal tamat pada hari ini. Peluang ini hanya datang sekali sahaja. Kita tidak tahu akan rezeki kita. Mungkin percubaan di hari terakhir ini membuahkan hasil kerana hadiah bernilai RM 3100 untuk direbut. Paling minima RM 100 menanti 25 orang pemenang. google image : Peluang hanya datang sekali Jangan tunggu lama-lama, giveaway efg mega raya sangat mudah untuk disertai. Rugilah kalau lepaskan peluang keemasan ini. Jom......sekiranya berminat untuk sertai klik pada gambar dibawah . Semoga anda berjaya memenangi hadiah minima RM 100.  Giveaway EFG Mega Raya

Iklan Kreatif Mercedez vs Jaguar

Iklan Kreatif Mercedez vs Jaguar Iklan kreatif Mercedez vs Jaguar. Susah nak tengok iklan yang kreatif seperti ini. Di Malaysia rasa macam tidak ada. Iklan kreatif seperti ini sangat baik dalam persaingan dan juga mampu menaikkan kedua-dua jenama ini. Sudah pasti kedua-duanya mendapat kesan secara tidak langsung. google image : Mercedez vs Jaguar Dalam iklan ini menceritakan bagaimana Mercedez mengumpamakan produk milik mereka seperti kepala ayam yang sentiasa stabil walaubagaimana keadaan sekalipun dan mengatakan juga "magic body control". Ini menampakkan kualiti dan mutu produk mereka di tahap yang sangat baik dan mampu menarik minat pelanggan. Walaubagaimanpun dibalas oleh Jaguar "magic body control? We prefer cat-like reflexes" Iklan ini tidak pernah rasanya ditayangkan di Malaysia. Jangan lupa lihat caption dari iklan Mercedez ke iklan Jaguar dimana Mercedez dengan caption "The best or Nothing" dan kemudian dibalas oleh Jaguar "Go...