Skip to main content

Tips Kejayaan : Minda Kaya vs Minda Miskin

Minda Kaya vs Minda miskin

Salam. Tips Kejayaan dari Irfan Khairi. Minda Kaya vs Minda Miskin

Tips Kejayaan, minda kaya vs Minda miskin, berusaha,
Credit To Wildlife instagram

Untuk seseorang berjaya ia perlu ada minda yang sentiasa berfikiran positif. Mereka yang berjaya biasanya mempunyai minda kaya berbanding minda miskin. Bukannya tidak ada minda miskin yang berjaya tetapi keadaan minda kaya akan membuka peluang yang terdapat di sekeliling kita. Tetapi minda miskin akan merasakan peluang di sekeliling kita seperti tertutup. 

Minda Kaya akan fikir besar minda miskin fikir kecil. 

Minda Kaya melihat 2 pilihan minda miskin hanya melihat 1 pilihan. 

Minda Kaya meletakkan harapan setinggi bintang. Bila sudah berusaha,
tetapi tidak tercapai, masih lagi mencapai bulan. 

Minda kaya akan melihat orang berjaya perasaan "inspirasi"  minda miskin akan melihat orang berjaya dengan perasaan "benci" 

Jom sama-sama kita manfaatkan Tips Kejayaan minda kaya untuk mencapai matlamat yang dihajati. Minda Kaya sahaja tidak cukup jika tidak berusaha. 

Jumpa lagi.


Comments

  1. pucuk pangkalnya minda kita kan..macam lagu 'jika kau fikirkan kau boleh' tulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sal. Itu ada yang mengatakan jika ingin berjaya berkawalah dengan orang-orang berjaya

      Delete
  2. perlu sentiasa buka minda..jangan sempitkan minda dgn anasir2 negatif

    ReplyDelete
  3. sentiasa postifkan minda...
    err kanggaroo tu dah kenapa?

    ReplyDelete
  4. selamat menjalani ibadah puasa utk Arz sekeluarga

    ReplyDelete
  5. betul tu, ada perbezaannya antara minda kaya dan minda miskin...seboleh-bolehnya janganlah kita menjurus ke arah ataupun menjadi minda miskin...

    ReplyDelete
  6. Yang tengah terbungkang dalam gambar tu, minda miskin ke minda kaya? ;)

    ReplyDelete
  7. sama-sama kita amalkan minda kaya lepas ni..

    ReplyDelete
  8. kuasai minda, anda kuasai masa depan.....!! :)

    p/s : kagaroo ada style...

    ReplyDelete
  9. Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Yang paling penting rasional :)

    ReplyDelete
  10. kangaroo tu comel sangat kan eny, ain. sempat lagi haha . minda memang perlu sentiasa positif agar menjana pemikiran yang sihat.

    ReplyDelete
  11. Assalam arz,
    aloloooooooo
    nomey kangaroo itu

    pssttt : komen akak lari topik, tapi memang betoi comei laaaaaaa he3

    ReplyDelete
  12. A negative mind will never give you a positive life.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...