Skip to main content

Menebus Drypers Menggunakan Point Terkumpul

Tebus Drypers di Drypers Baby Club

Salam. Menebus lampin pakai buang di Drypers Baby Club dengan mata terkumpul. Rasanya kita selalu terdengar, terlihat dan terbaca di kaca iklan televisyen radio dan suratkhabar tentang "jadilah pengguna bijak". Jadi rasa terpanggil aRz untuk berkongsi apa yang aRz dapat sejak mendaftar di Drypers Baby Club ini.

drypers, drypers baby club, tebus lampin percuma, tebus dengan point terkumpul, arzmohadotcom, parenting, tips,
Drypers Baby Club

Sebenarnya aRz mula tersedar dengan adanya Drypers Baby Club ketika melayari blog rakan yang ada iklan mengenai beg percuma drypers. Jadi untuk dapatkan perlu mendaftar. Kebetulan aRz menggunakan lampin pakai buang Drypers untuk Cik Puteri. Jadi rasa bagus juga bila dah guna kemudian daftar dalam club ini. Masa daftar tu baru tahu boleh kumpul mata. Plastik Drypers aRz tak buang sebaliknya simpan. Bila masukkan semula unik kod yang ada di plastik Drypers mata terkumpul adalah sebanyak 2200 point. 

Baru-baru ini aRz terima email dari Drypers supaya tebus bedak dan tisu basah. Cik Puteri dah besar memang tak guna pun tisu basah. Jadi terus ke Drypers Baby Club untuk periksa barang apa lagi yang boleh ditebus.

Tebus Lampin Pakai Buang Drypers

Bulan lepas aRz ada periksa untuk tebus Lampin pakai buang Drypers tapi stok habis. Lepas dapat email bulan ni aRz check dah ada stok jadi cepat-cepat tebus.

tebus degan mata terkumpul, drypers baby club, pengguna bijak, parenting, tips, berjimat dengan drypers,
Tebus Drypers dengan mata terkumpul
Kalau tak silap aRz ini adalah pek berkuantiti 12 lampin pakai buang. Satu 850 point jadi aRz tebus dua. Masih ada baki ingat nak tebus mainan tapi baki tak cukup, tak apa simpan untuk bulan lain pula. Berbaloi kan? Dari beli kemudian tak dapat apa-apa.

mata terkumpul drypers baby club, guna point tebus drypers, drypers baby club, tips parenting, jadi abah bijak, arzmoha,
Pengesahan tempahan penebusan


pengesahan alamat, drypers baby club, tebus pampers percuma,
Pengesahan alamat email dan no telefon

tebus lampin pakai buang dengan mata terkumpul, drypers, baby, the benefit of using drypers, drypers baby club,
Berjaya menebus

Kelebihan menggunakan Drypers

Baik, sebenarnya lampin pakai buang yang lain pun bagus juga. Tetapi sepanjang aRz gunakan Drypers untuk Cik Puteri ianya lebih tahan lama. Keduanya dengan adanya Drypers Baby Club dan penebusan mata terkumpul rasa lagi baik. Dari tak dapat apa-apa. Sebenarnya banyak juga yang diberikan percuma antaranya beg, t-shirt dan juga boleh tebus sampel percuma setiap 3 bulan. Insyaallah ada masa aRz kongsikan lagi termasuk bagaimana nak daftar Drypers Baby Club.

Sekarang ini tengah menunggu penghantaran Drypers Wee Wee Dry mini pek.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. wAAHHH menarik ni ..Hehhehe..tapi i tadak dah anak yang guna drypers semua dah besar la hehehhe....Ok Arz selamat menebuss hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha..... Kak Lya... Anak sedara takkan xde?hehe

      Delete
  2. SLAlu gunting barcode smpn tp xredeem jugak ape2..lol!

    ReplyDelete
  3. La...mcm tu ye kalau nk kumpul point...sblm ni tak tau..pas ni boleh buatlah...mmg guna drypers jugak...

    ReplyDelete
  4. wah ! bestnyer boleh tebus. cn baru daftar dan dpt backpack comel, suka2

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN dapat backpack comel? Dapat 1 ea?

      Delete
    2. ha ha ha Along nak lah tu he he he

      Delete
  5. pcl ni suka kumpul point tp x pernah tebus..x rajin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. pcl..... bagi Along point2 tu..meh sini Along tebuskan..hehe

      Delete
    2. along nak tebus drypers gak ke hihi :)

      Delete
    3. meh bagi Bonde jgn bg Along

      Delete
    4. rugi lah tak tebus.... nanti expired date plak... :)

      Delete
  6. Wuhuhu.. betul jgk... Daripada tak dapat apa-apa..bagus jgk dengan adanya Drypers Baby Club ni..

    ReplyDelete
  7. waaaaa lepas ni semua mama papa kena beli drypers je hahaha

    ReplyDelete
  8. Ok, nk bgtahu kakak lah. Anak kakak 2 org still drypers

    ReplyDelete
  9. owh, boleh reedem point ke. Baru tahu. emil pun guna drypers jugak. rugi je baru tau skrg. dah banyak point buang gitu je. kena register cepat ni. hehe

    ReplyDelete
  10. ingatkan gmbr cik puteri tadi

    ReplyDelete
  11. KG tak guna drypers tuk baby KG

    ReplyDelete
  12. mak ayah yg ada anak kecil boleh cuba ni.... untung2 boleh tebus point

    ReplyDelete
  13. menarik gak ni..thanks share Arz!kakak saya rasanya guna Drypers untuk baby dia.

    ReplyDelete
  14. banyak koleksi drypers cik puteri kan.. hihi :)

    ReplyDelete
  15. woww..nampaknya kalau dah ada 'baby' nanti nk guna Drypers lah...nama pun Dry kan

    ReplyDelete
  16. Untungnye ada point boleh terus..
    Sangat berbaloi ...

    ReplyDelete
  17. kita tebus point card Mesra Petronas je..... huhuhuhuhuu... :p

    ReplyDelete
  18. Assalam arz,
    uwawawawawa
    akak dok tak masukkan kod itu
    sob3

    ReplyDelete
  19. saya pub baru redeem point utk anak saya.. http://www.encikmus.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su