Skip to main content

Sabtu Yang Ceria | Siapa Yang Berusaha, Maka Dia Akan Dapat

Sabtu Yang Ceria | Siapa Yang Berusaha, Maka Dia Akan Dapat

Salam. Sabtu yang ceria. Hari sabtu adalah hari berehat, bersantai, beraktiviti bersama keluarga, rakan dan mungkin juga ada menggunakan untuk bercuti. Ini sebabnya juga aRz wujudkan Sabtu Yang Ceria.

semut, rajin, bekerjasama, man jadda wa jada, arzmohadotcom, jangan malas,
rajin dan bekerjasama

Sabtu yang ceria kali ini aRz ingin berkongsi sebuah pepatah arab yang berbunyi "siapa yang berusaha, maka dia akan dapat" atau dalam bahasa arabnya "man jadda, wa jada". Maksud pepatah ini juga adalah orang yang rajin akan berjaya. Pepatah ini lahir dari adat kebiasaan manusia, siapa yang rajin berusaha maka dia akan berjaya. Lihatlah pada semut atau kerengga yang begitu rajin, dan bekerja sama seperti gambar diatas. Jika ingin berjaya maka kita perlu berusaha dan rajin, bukannya mendengki dengan kejayaan orang lain. Lalu menabur pasir di periuk nasinya.

Dengkilah dengan cara yang baik. Apabila kita melihat orang lain berjaya, kita merasa dengki dan memberikan motivasi untuk berusaha dan rajin seperti dia juga. Semoga hari sabtu ini menceriakan anda dan memberi motivasi untuk rajin berusaha supaya berjaya dalam apa saja yang anda ceburi.

"siapa yang berusaha, maka dia akan dapat"

p/s : Gambar di atas dirakam menggunakan Redmi Note 4G

Jumpa Lagi.

Comments

  1. siapa usaha dia dapat ni adalah perkara asas kepada sesiapa yang nak berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha dan teus usaha... kenal erti terus asa..bukannya erti putus asa...

      Delete
    2. betul rahim a.k.a along

      Delete
  2. itu janji DIA
    berusaha tawakal pasti ada ganjarannya :)

    ReplyDelete
  3. Setuju, jgnla sentiasa mengharapkan bulan jatuh ke riba... Cikna benci tgk org duk sesaje tp mengharapkan sesuatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengharapkan bulan jatuh ke riba memang merugikan. Mana mungkin kejayaan tanpa usaha yang bersungguh sungguh

      Delete
    2. kalau mahu kuda yg kuat, berilah makan rumput berkualiti

      Delete
  4. Cantiknyer gambar kerengga tuuu ...........Sabtu yang ceria...Happy happy happy..

    ReplyDelete
  5. JOm sama2 terus berusaha..kejayaan takkan dtg bergolek kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejayaan juga takkan datang berlari juga berjalan.. hehe

      Delete
  6. Betul tu...siapa yg berusaha dia akan dapat.jgn pulak dengki mendengki kan..kalau nk berjaya mcm org lain berusahalah...insya Allah berjaya...

    ReplyDelete
  7. Arz...lawo semua tu..semua yg rajin kan..

    Efg046
    azlindaalin.com

    ReplyDelete
  8. Arz...lawo semua tu..semua yg rajin kan..

    Efg046
    azlindaalin.com

    ReplyDelete
  9. PAtutlah Abg Arz rajin semacam dalam bab BOOM komen di BLOG.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinnya datang Dari abang nizam juga

      Delete
    2. rajinnya datang Dari abang nizam juga

      Delete
    3. rajinnya datang dari Abang Niza, juga..

      Delete
  10. siapa bercucuk tanam ,dia menuai hasil... siapa berusaha dia berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang nizam tentu hebat pepatah Arab ya

      Delete
  11. usaaha dan tawakal.. insyallah...

    ReplyDelete
  12. man jadda wa jada, wa man zara'a hasada..sambung sikit ;)

    ReplyDelete
  13. betul tu, pada mereka yang berusaha, pasti akan datang kejayaan padanya...

    ReplyDelete
  14. usaha tangga kejayaan . suka tengok gambar ni . nmpak kerjasama antara satu sama lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak dapatkan gambar ini pun perlu menunggu beberapa minit pun kena usaha

      Delete
  15. kalau malas..xdpt apa2 la kan Arz...lawa gambar hasil redmi tu

    ReplyDelete
  16. Kalau seperti semut hitam berjalan di atas batu yg hitam di waktu malam yang sangat gelap pulak ada maksud yg tersirat

    ReplyDelete
  17. betul..usaha tangga kejayaan.. insya-Allah

    ReplyDelete
  18. belajar dari semut...walaupun kecil fizikalnya tapi rajin dan sentiasa bekerjasama

    ReplyDelete
    Replies
    1. fakta yang lebih menarik mengenai semut. Semut boleh mengangkat beban 20x lebih berat dari badannya

      Delete
  19. usaha , doa dan tawakkal jadikan prinsip hidup kita :)

    ReplyDelete
  20. usaha tangga kejayaan..jgn cepat putus asa in sha allah..berjaya...motivasi kepada diri sendiri juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.... setuju sagat JM

      Delete
    2. sagat yer bonde haha.... betul sis JM. insyaallah semoga kita sama-sama berjaya

      Delete
  21. Apa yang penting kerjasama...
    mcm dlm EFG jugak saling berkerjasama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bonde. kalau kita bekerjasama. kita pasti berjaya.

      Delete
  22. betul tu..macam pepatah melayu jugak..nak seribu daya, xnk seribu dalih..ha, sapa yg usaha dialah yg akan dapat hasilnye :)

    ReplyDelete
  23. nak komen satu je.. suka dengan ayat ni "Dengkilah dengan baik" ..sangat menusuk qolbu maksudnya... :)

    #kipidap arz

    ReplyDelete
  24. Assalam arz,
    betoi3
    insyaAllah kalau berusaha pasti ada hasil :)

    ReplyDelete
  25. man jadda wajada wa man zara hasoda

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su