Jadi Kaya Dengan Mudah
Jadi kaya dengan mudah. Tidak dinafikan semua orang pasti menginginkan peluang untuk menjadi kaya dengan cara yang mudah mahupun susah. Tidak dinafikan memang ada yang kaya dalam dalam sekelip mata. Samada cara yang halal mahupun haram. Ini bukan sama sekali 'MLM'. Caranya memang wujud dan semua orang pasti ini ingin tahu.
Padahal sewa kancil tapi bergambar dengan 'fair lady' |
Bila bercakap soal kekayaan maka akan wujud perkataan lain iaitu kebahagiaan. Sebab itu ramai yang ingin mengejar kekayaan. Sebenarnya inilah topik yang tiba-tiba menjadi perbincangan aRz dan kawan-kawan selepas solat terawih semalam, sambil pekena teh tarik.
Entah bagaimana tajuk ini yang dipilih sedangkan banyak lagi tajuk menarik. Mungkin juga boleh berbincang tentang 'kebahagiaan selepas berkahwin', 'kebahagiaan setelah hadirnya cahaya mata' sebab ahli panel malam tu adalah sudah berumahtangga dan memiliki cahaya mata. Tetapi kekadang biarlah tajuk seperti ini, barulah semangat untuk terus berusaha. Seperti entri sebelum ini Minda Kaya vs Minda Miskin.
Salah seorang dari rakan aRz telah pun memiliki 3 biji rumah dan akan memiliki rumah ke-4. Alhamdulillah rezeki dia. Seorang lagi adalah sangat meminati bidang perniagaan, semua jenis perniagaan akan dicuba.
"Belum tentu semua yang berusaha akan kaya" kata salah seorang rakan. Benar tidak semua orang walau dicuba bermacam-macam cara belum tentu kaya, tetapi akan berjaya. Sebab siapa yang berusaha dia akan berjaya. Walau bagaimanapun kejayaan tidak datang dengan mudah.
Terdiam aRz, dalam hati berkata "susah pula tajuk malam ni" tapi cuba merancakkan lagi perbincangan malam tu. "Kalau kaya mesti bahagia kan?"
p/s : sambil baca tekan lagu Kalau Aku Kaya Awi Rafael ft Altimet.
Rakan aRz jawab "Kaya. huh....sapa tak mau." dia sambung lagi.
" Dah kaya mesti rasa bahagia, apa hang nak semua dapat. Boleh bercuti, takyah pi keja"
"Kalau kaya tak boleh beri kebahagiaan pasaipa ramai masuk MLM semata-mata nak kaya walaupun sebenarnya tak mampu jadikan depa kaya"
"mungkin boleh tambah sorang lagi" cepat-cepat sorang lagi menyampuk sambil gelak kecil.
Berkerut dahi aRz sambil dalam hati kata " Makin susah tajuk perbincangan malam ni"
Boleh dikatakan seorang dari rakan aRz yang sudah memiliki 3 biji rumah ini bekerja siang dan malam untuk capai ke tahap sekarang ni.
Dia jawab " Kaya tu susah la, tapi mungkin berpendapatan lebih tu iya"
"Abih macam mana nak kaya?" aRz desak dia untuk bercerita lagi
" Macam aku cakap tadi tak semua orang yang berusaha dari siang dan malam akan kaya. Kalau nak kaya dengan cara mudah memang hampir mustahil"
Memang susah nak dapat jawapan macam mana nak jadi kaya dengan mudah. Tanpa modal yang besar dan usaha yang tinggi amat mustahil untuk menjadi kaya tidak kira dengan cara mudah atau susah.
Tapi kalau kaya bahagia ka? Belum tentu lagi. Ada kita dengar kes-kes seperti ahli perniagaan dirompak, ditembak dan macam macam lagi. Selain daripada itu ada juga orang yang menjadi bakhil setelah menjadi kaya sehingga memakan diri sendiri.
Tidak juga kalau katakan kekayaan tidak mampu memberikan kebahagiaan. Ada mereka yang berjaya dan kaya tetapi menjadikan mereka lebih bermurah hati, suka membantu orang lain, anak-anaknya berjaya, dan macam-macam lagi.
Hampir tidak ada. Semua dengan usaha yang keras dan bersungguh-sungguh. Tapi hairan ada juga orang yang masih mempercayai bisnes MLM hanya ingin menjadi kaya sehingga terpaksa berhutang untuk membayar modal atau yuran pertama. Ada juga rugi begitu saja.
aRz juga pernah mencuba skim cepat kaya ini. Tetapi nasib baik hanya bermodalkan seratus lebih sahaja. Ketika itu baru lagi mula bekerja. Kemudian pernah diajak untuk mencuba skim ini dalam bermacam-macam cara antaranya kad yang menawarkan makanan, percutian, hotel, penternakan ikan fuh memang banyak. Cukuplah sekali sebagai pengajaran.

Tetapi wujudkah cara kaya dengan mudah?

Kesimpulannya
1.Usaha yang keras belum tentu menjadikan seseorang itu kaya.
2. Kekayaan tidak datang dengan cara yang mudah.
3. Kekayaan belum tentu menjamin kebahagiaan.
"Ramai dari kita ingin menjadi kaya tetapi lupa mensyukuri apa yang ada"
Kebahagiaan boleh dimiliki dengan mensyukuri nikmat yang ada. Kekayaan belum tentu menjaminkan kebahagian.
Orang miskin juga mampu mengecapi kabahagiaan tanpa kekayaan. Kebahagiaan bukan hanya milik orang-orang kaya.
Jangan lupa. Ada satu cara yang mampu membuatkan kita memiliki segala-galanya.
" Dua rakaat Shalat Fajr, lebih baik daripada dunia dan seisinya" [HR. Muslim]
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1436H
Jumpa Lagi.
kaya ni bergantung pada orang...yang paling penting adalah bersyukur.kalau tak pernah rasa cukup, memang sampai bila-bila lah jadi hamba dunia.bukan senang nak kaya, bukan susah nak susah.
ReplyDeletemasih mencuba untuk kaya...
ReplyDeletesaya hari-hari makan 'kaya'
DeleteKaya,..bahagia,...semuanya subjektif. Terpulang pada bagaimana kita nak perceive benda tu. Yang penting, dalam hidup ni, kalau tak kaya harta, sekurang-kurangnya kita kaya nilai murni, kaya budi bahasa.
ReplyDeleteSalam Ramadhan, aRz :)
Salam ramadhan kak farrah. Insyaallah.
Deletesusah nak kaya ni.... ada yang kaya pun rata rata lupakan anak-anak. sebab tu orang kaya ramai anak dia social terlebih. didikan agama lupa nak diserapkan.
ReplyDeletebetul Amy... jadi kaya tu banyak pengorbanannya..
Deletesilap-silap percaturan tak berbaloi semua kekayaan yang ada kalau anak-anak dan keluarga tak menjadi manusia.... :(
kaya antara ujian atau kenikmatan?
Deletesemoga arz bertambah kaya dan berjaya lepas ni..
ReplyDeleteaamiin... :)
mudah-mudahan dimakbulkan. Kalau tak kaya harta KAYA BUDI BAHASA pun dah cukup
DeleteNice sharing :)
ReplyDeletekaya terlalu subjektif pada kak ana , kekayaan harta benda nikmat dunia semata jika tidak seimbang dengan bekalan ke sana.
ReplyDeleteAssalam arz,
ReplyDeleteakak xmola kaya2 sangat
sederhana sudah :)
masing2 ada rezeki masing2.. kadang2 Allah kasi duit kasi kaya..
ReplyDeletetapi dari sudut lain diuji.. kita tak ada duit tapi cukup2 kadang2 lagi sronok
hidupnya dari yang serba serbi ada =)
kaya dan berjaya serta diberkati...
ReplyDelete