Skip to main content

Apa Yang Korang Dapat Dalam EFG? Best Sangat ka?

Exchange Feed Group 

Salam. Exchange Feed Group atau singkatannya EFG. Pendapat peribadi aRz sepanjang bersama EFG, ianya adalah satu group yang tercipta untuk terus maju dalam berblogging. Tidak pernah sama sekali berniat ingin melawan, menandingi, memecahbelah, menentang dengan mana-mana kelab atau group blogger lain. Sentiasa menghormati kelab atau group blogger yang lain. EFG juga ingin menjadi group yang berjaya seperti yang lain yang telah pun berjaya. Mungkin sebelum ini pernah melihat atau membaca mengenai EFG. Mungkin juga pernah terlihat #exchangefeedgroup #efgbukansembangkosong dan lain-lain di Instagram. Tapi apa sebenarnya EFG? Jom kita baca apa kata mereka yang sudah pun berada didalam Exchange Feed Group atau EFG ini.


Exchange Feed Group Blogger Awesome, EFG,
Exchange Feed Group Blogger Awesome



Jom baca apa kata mereka mengenai EFG!


1. Mommy Irra
Motif Utama EFG adalah nak meningkatkan UV(uniq visitor) blog. Selain daripada tukar feed sesama ahli, kami sharing ilmu lain yang mempengaruhi peningkatan UV. Antaranya:
-SEO blog
-SEO entry
-blog mobile friendly
-template responsive
Satu perkara yang EFG tak dapat bantu adalah MALAS.
Setiap usaha yang RAJIN pasti akan membuahkan hasil.

Cabaran bagi mommy adalah nak melayan kerenah 45 orang ahli EFG + 3 anak comel. Macam-macam ragam lah kalau dah ramai-ramai ni. Kita tak boleh ada ahli tidur. EFG tak ada makna kalau blogger itu tidak update entry! Maka, EFG mewajibkan setiap ahli untuk update entry sehari sekali. Sekiranya tak sempat boleh backdate. 

Tiada siapa dapat mengubah anda melainkan diri sendiri. EFG memberi semangat untuk semua ahli untuk update entry setiap hari. Apa sahaja masalah mengenai blog, utarakan sahaja pasti ada yang membantu. Sejauh mana EFG boleh pergi? Susah nak menjawab soalan ini. Sebabnya plan asal pon tidak lah nampak seperti hari ini. So, wait and see. Semalam mommy tanya pandangan semua tentang EFG. Jom kita baca apa komen mereka!

2. Anis
Bukan senang kita nak dapat ilmu blogging lagi-lagi secara percuma dalam efg.. setiap hari kalau tak jenguk group efg, rasa mcm ada yang hilang.. semangat berblogging semakin tinggi dan sentiasa amalkan apa yang dah diajar.. moment yang tidak akan dilupakan.. dalam efg bagaikan adik beradik yang saling membantu jika ada masalah dan menceriakan hari-hari ku.. saranghae keluarga efg.. semoga ukhwah yang terjalin ini akan kekal sampai bila-bila.. aminn..

3. aRz
Pada mula rasa EFG ini sesuatu yang mudah. Hanya sekadar menukar Feed. Tetapi semakin lama semakin mencabar memerlukan komitmen. Rasa seperti tak cukup masa. Tetapi bila ahli semakin berkembang bermacam aktiviti ada. EFG juga memperkenalkan teknik SEO, Template responsive, blog mobile friendly. Dan hari ini lebih mencabar bila setiap ahli EFG semakin rajin menaip entri. Kalau dulu sorang-sorang nak taip entri pun malas. Bila berkumpulan semangat itu semakin membara. Insya Allah EFG akan melangkah semakin maju ke hadapan.

4. Nani
Daripada nani sifar pasal blog sampai lah dah masuk EFG baru lah tahu pasal ilmu blog ni. Sebelum masuk efg tak pernah tahu pun blog ni ada jugak ilmu nak kena belajar. Heheh. Ingatkan blog ni biasa2 je. Main tulis je apa yang kita nak rupanya macam2 boleh buat dgn blog.Hari hari ilmu bertambah pasal blog bila duduk dalam ni. Ada abang kakak adik yg baik2 nak menolong bila ada masalah dengan blog. Masing2 tak lokek dengan ilmu yang ada. Tq uolsss 

5. Bonde
Bagi Bonde sebelum terlibat secara langsung dengan EFG blog bonde hanya sebuah diari Maya...
Perkembangan Positif banyak yg bonde perolehi dari menyertai EFG.  Dalam EFG semua mmberi pendapat yang positif, sebarang masalah blog semua boleh dirujuk dan diselesaikan oleh sifu2 EFG.. Mula2 belajar Feed.. Menjadikan diri kita displin dalam jadual yg diberi. Yg sebelum ini tak tau langsung pasal feed. Jadual feed ada barulah happy feed. Belajar teknik SEO tak tau pon sebelum ni... Dlm EFG saling Bantu membantu tingkatkan SEO ahli hingga jd 100% 

Bagi blogger yang ingin meningkatkan nama blog. EFG sangat2 membantu. EFG sebagai ruang terbuka bg semua...blogger tak Kira femes atau tidak dan hanya masa anda yg diperlukan. EFG Ada logo yg cantik ada Baju yg tertulis nama blog dan domain blog. Rasa bangga tak? 

Segala nasihat Dan teguran jadikan pengajaran... EFG juga sebagai 1 family yg besar jangan pandang rendah pada diri... Tepuklah Dada... Tanyalah hati..EFG sentiasa dihati.

6. Pcl
Pcl memang suka kepada sesuatu yang boleh menaikkan martabat blog dan ukhuwah bloging dengan cara terbaik bukan sekadar singgah blog rakan, baca dan komen . Nak juga lebih dari tu dalam memberi dan menerima teguran untuk kebaikan.

Bila nampak group efg wujud, tak fikir panjang terus offer diri nak join sama.
Rakan blogger sama naik dengan pcl kebanyakkan sudah bersawang blognya, kenapa? sebab tak ada semangat, tak ada geng nak saling memberi sokongan.

Bila tengok EFG pada mulanya melalui kaedah exchange feed ini 
harapan pcl boleh berkawan rapat lagi dengan muka baru/ newbie yang pangkat adik/anak.
Penyampaian blog masing-masing berbeza..

#BukanSembangKosong, ilham untuk semangat memberi dan menerima dalam #EFG. Semuanya positif kecuali satu, dua cara antara kita tetap berbeza namun saling hormat dan kasih tetap ada. Alhamdulillah.

7. Kak Lya
Cuti sakit. Get well soon kak lya. 

8. Ewan
-ukhuwah
Dengan sertai efg ni, ukhuwah lebih terjalin di antara semua orang. rasa seperti di dalam 1 keluarga yang hanya cuma di alam maya

-ilmu
selain ukhuwah yang terjalin, dapat juga menimba pelbagai ilmu yang sebelum ini memang zero dan dahulunya pakai hentam sahaja bila buat entri. Dengan adanya kelas tatacara penulisan SEO, template, kita dapat pelbagai ilmu yang berguna untuk memantapkan blog masing2

-motivasi
Apabila ukhuwah mula terjalin dan di adun bersama ilmu maka akan terhasil satu semangat yang berkobar2 di dalam penulisan di blog. Motivasi yang di kongsi bersama mula meledak dan akan pula lahir peluang.

-peluang
peluang yang ada di dalam efg tidak terkata. peluang membina networking, peluang membina ilmu dan juga pelbagai peluang yang akan hadir selepas ini.
Akhir kata, Stay tune bersama EFG

9. Anajingga
Mula bertanya tentang EFG dari anizz anissa.. masa tu ada sepuluh orang sahaja,ahli ke sepuluh..nak join malu sangat kerana rasa blog hanya blog picisan,namun keramahan adik2 dalam EFG membuatkan semakin hari semakin sayang.Dari hanya feed kak ana share teknik seo dengan ahli yang ada ,pastu ewan dan pcl bertungkus lumus membaiki seo blog hingga 100%,kelas dari pagi sampai malam dua hari berturut-turut.Alhamdulillah hari ini perkongsian demi perkongsian kita ada disini.Ukhuwah makin erat.Adik2 makin ramai,kak ana bagai ibu dan kakak pada semua..sayang sangat EFG .Terima kasih Irra dan Anis untuk idea EFG.

10. Leyla
Positif. Sangat membantu saya yg sangat lemah dalam berblogging. Semangat nak bloging pon rasa makin meningkat. Dulu memang tak berupdate blog. Lagi lagi bloging syok sndri. banyak tulis personal berbanding benda2 umum. Tak ambik tahu pasal seo semua. Sekarang dah tahu apa tujuan blogging. Untuk perkongsian umum. Lepas join efg baru tahu pasal seo dan pentingnya seo. Banyak ilmu yang dikongsi sesama kita. bila dalam group ni banyak peluang yang kita boleh grab. Peluang update reviews produk dan iklan. Secara keseluruhannya efg memAng awesome laa. 

11. Dayah
Rasa berada di EFG? Rasa happy sebab family efg layan mcm adik-beradik sendiri pling best bila ada masalah diorg tak tinggal kita terkontang kanting keseorangan, Diorg akan bantu kita sedaya boleh.

EFG mempengaruhi hari2 dyh dgn aura positif sbb ahli dlm efg sentiasa positif dan paling penting ukhuwah yang dibina tu buat makin sayang dgn EFG. 

Mula-mula baca pasal EFG kat blog kak anajingga. Bila baca je,terus terpaut rasa nak join tapi masih takut2. Tu yg komen kat entri kak ana pasal EFG tu. Lepas beberapa hari terdetik nak tgk balik komen kc tu. Tgk2, banyak replies kat situ.semua ahli EFG yang reply.semua beri komen positif dan ajak suruh join. So,dari situ kc nampak teamwork EFGiers kat situ. Jadi,kc pun join. And bila kc join, I was like whoaaa bestnya! Rasa tak berseorangan dalam dunia blog&dapat semangat yang luar biasa(bukan isteri luar biasa) untuk terus berblogging.

Sejak kc join EFG, banyak berlaku perubahan. Ada penambahbaikan dari segi content blog kc, SEO,template,header,permalink,Google Analytics, dan sebagainya. Tahu ape itu heading,subheading,minor heading,schedule dan sebagainya. And I was like~ thankyou Allah for giving me chance to join EFG.      
                            
 BOD yang dari semasa ke semasa makin mantap&ahli yang dari semasa ke semasa makin ramai membuatkan EFG makin meriah dan slogan EFG~Bukan Sembang Kosong makin menampakkan taringnya.

So,overall ofcourseeee its positif for me. And i hope this positivity will continue on the future inshaaAllah amin. #EFGtilljannah .

Lastlyyyy, i love all the EFGiersss- terhibur&takkan lupa dengan ketegasan comel2 pengetua kak irra29, pipi pau kak niz23 yang tak boleh lawan pipi kc, sifat ke-abang-an abg arz30 #kononnya yang separa tinggi, bakal-kahwin-dengan-doktor kak nani24,  pencinta novel yang comel bonde37 riang, pencinta mamaD PCL42, vogue dan tak kurang jemahnya kak Lya35, cikgu ewan30 yang sangat sempoi, sifat ke-kakak-an kak ana43 yang buat kc rasa kak ana kakak betul kc, si lesung pipit yg kc suka sakat lela21,  kembar yang kc sayang dayah22, cikgu yang dalam ketegasan ada kelembutannya kak sha27, penulisannya yg kc amat kagumi cc24, adik misteri yang comel tapi tak blh lawan comel kc aina18, seorg yg tabah mengharungi dugaan duduk di luar negara kak ecah24, seorg blogger yg kc hormati CN29, english power yg buat kc #jeles kak aami29, baby face #ciss kak mimin23, peng-copy pasta&pembantu polis typo tak bertauliah syira19, typo yang mencuit hati limpa usus kc kak eny32, kak jemah yang tak kurang hebatnya ketika membebel #hahah kak ain33, musuh ketat kc dalam EFG yang suka buat #lawakhambar abg fr28,baik dan mempunyai hati yg baik my dear kak khaty32, bertambah meriah dgn adanya kak azi43, kakak yg boleh dibawa jemah cik T35, sekali mengusik orang tak kurang geram juga dibuatnya KG33, diam2 ubi kentang berisi kak efa35, si cantik kak mia28, jejaka hangat #hahaha angah20, penjual shaklee yang lucu dan bersahaja abg nizam31, muka flawless i is jeles kak rara28, lemah lembut kak sue37, kakak yg kc sayangi kak mas29, papa27 yg suka typo bahaya2 #hahaha, puisi yang puitis&dpt mencairkan hati perempuan acik25, geng typo kak eny yg jeles dgn gigi kc along21, designer blog yg hebat kak mai25, berkaca mata berwajah manis kak yanie29, mummy hotttzz& sempoi kak SA37, penulisan yg bersahaja dan besttt kak amy23, sangat melayan karenah kc kak ummul31,berdarah bugiss putih kak lynda33, cantik berseri kak yoorin29, pencinta dr raden kak reena29, pencinta gigi kc #hahaha KH21.

13. Sha
www.awansayatasana.blogspot.com
Sebelum sertai keluarga EFG, Sha memang dah ada blog, update juga setiap hari, tapi update entry yang suka-suka hati. Tak ada arah tujuan. Tapi, selepas sertai EFG, baru timbul perasaan untuk berblogging dengan lebih serius.
Masa mula-mula join EFG, syarat utama adalah Exchange Feed dengan setiap ahli setiap hari. Nampak macam leceh pada mulanya, tapi kebaikannya adalah memupuk disiplin dalam diri. Selain itu, banyak ilmu-ilmu blogging yang dikongsi ahli-ahli EFG yang lain, yang rasanya susah nak dapat dengan percuma. Peningkatan pv, uv, penerapan seo dalam entry, alhamdulillah, dah tak jadi syok sendiri lagi.

I'm not good in judging people, but i believe i've made the right choice in joining EFG =)

14. CC
15. Aina
www.nikainaa.com
Serius Ainaa cakap, EFG mempengaruhi secara positif setiap masa setiap hari dan setiap waktu.

kalau dulu, aina sorang-sorang je dalam blogging tapi lepas join EFG, dah ada kenalan baru, kawan baru, keluarga baru. sayang keluarga besar EFG :') . kakak-kakak dan abang-abang yang peramah dan sporting. memang sukalah dapat kenal keluarga EFG. hari-hari kalau dapat chatting dengan keluarga EFG, asyik gelak, senyum sorang-sorang dan buat hari-hari berlalu dengan cerianya.

dari segi blog pulak, sejak join EFG aina dapat belajar banyak benda yang aina tak tahu. kalau dulu, tulis blog syiok sendiri je. sekarang insha Allah perlahan-lahan secara profesional walaupun gaya dulu tu masih ada. 

uv atau pv blog, tak dinafikan ada peningkatan yang ketara. kalau dulu aina ikut pv kat blog 500+ je satu hari, sekarang dah 1000+ satu hari. itu pv dan uv kat blog lah. yang ikut GA, dulu tak ada. sejak join EFG je baru kenal dan tahu.

pokoknya, EFG memang terbaik. ini bukan auta tapi fakta. orang kata tak kenal maka tak cinta, dah kenal EFG berganda-ganda cintanya.


16. Aisya
17. CN
Kerana dengan EFG CN dapat membina network antara blogger. Selain itu, banyak teknikal di dalam penulisan blog yang CN belajar dalam EFG seperti teknik SEO, mobile friendly dan CN dapat menukar template responsive sendiri dengan bantuan rakan-rakan EFG! Memang best ! Kejasama dalam EFG sangat awesome, sebarang masalah tentang blogging akan dibincang bersama. Sayang sangat-sangat EFGiers

18.Aami 
Selepas berada dlm EFG sy akan tdo xlena kalau tidak feed di mlm hari. Bgn pagi terus berkejar on laptop.. tp bagus sbb dmasa yg sama sy slalunya trs update blog... Dan yg plg penting EFG byk membantu sy dlm dunia blogging ini. Sy sememangnya br dan byk yg perlu saya belajar dlm blogging ni.. 

Detik pertemuan dgn EFG adalah seperti jodoh ketentuan Ilahi dimana slps sehari membaca tip d blog HH tentang benefit pertukaran feed sy trs bertemu group yg menawarkan khidmat bertukar2 feed..

EFG juga seperti keluarga yg sentiasa support each other n semuanya tidak kedekut ilmu. Alhamdulillah... sy syg EFG..

19. Mimin.
Memberi semangat untuk berblogging. Dan rasa pasif bila tenet slow sgt. Sbb x dpt borak kat telegram + up entri. Sebelum ni belajar berblog melalui tutorial je. Bila join EFG. Daripd 30% jadi ke 60% dlm dunia berblogging. Rasa mcm adik beradik je dlm efg. Saling membantu each other. To kak irra n BOD. Thanks terima masuk kami semua. Semua masalah adalah pengajaran utk diperbaiki semula. Go go chayokk EFG

Pertama kali jumpa banner EFG dekat blog kekniz terus hati syira terpaut nak sertai grup ni & emelkan no hp dekat kekniz..bila dapat masuk, ahli2 efg semuanya sangat ramah & sangat suka menyembang..tapi bukan sebarangan sembang.

Sebenarnya, syira memang orang yang tak tahu langsung pasal blog.*nampak sgt la syira buat blog untuk syok sendiri ..tapi, bila dah join EFG, terus jadi serius nak berblogging sambil merapatkan ukhuwah sesama insan.

Daripada belajar tentang feed sampai la belajar tentang markah penuh SEO,template cun, nak dapat trafik yg tinggi & banyak lagi memang memberikan satu kesan yang sesangatsangat positif dalam blog.

Terima kasih kepada BOD & ahli2 yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar,bagi tips dan sebagainya yang menjadikan kita seperti satu keluarga yang sangat happening. I is loikeeee.

Akhir sekali, syira juga dapat tahu tentang isu semasa dari EFG & dapat tahu bahasa typo yg dpt menceriakan hati yg merah,jantung yang berdegup lembut dan mulut yang sentiasa nak tersenyum.

Last but not least, thanks a lot to all of you 

21. Kak Eny
www.enyabdullah.com
Efg bg semangat luar biasa kat kak eny dari segi motivation untuk terus  menulis entry di blog. Sebelum ni berblogging tanpa arah tuju.. rasa maybe ada la kot pembaca. Malu nk tonjolkan diri dikalangan  blogger lain.. nk tinggalkan komen pun segan sebab malu blog x seberapa.. bila join efg.. nampak arah tu nak ke mana..  nampak tujuan blog ni sebab apa.. efg ibarat GPS . now i can see the highway.. and where im heading to...

22. Kak Ain
www.dramaticuniq.com
EFG mengubah segala-galanya.. 
-Dari pada malas update kepada rajin update walaupun satu entry sehari. Dari malas nak blogwalking kepada hari2 blogwalking sebab seronok baca cerita dan entry hot-hots dari adik-beradik EFG. Dari SEO 43% kepada 100%. Dari tak tahu apa kegunaan Heading, Subheading, Permalink dan Search Description kepada tahu dan mula amalkan. Kalau up entry tak guna benda2 tu rasa rugi dan rasa bodoh sangat.. 

-Dari pada asyik menghadap handphone sebab main games dan layan fb sekarang menghadap handphone sebab layan Kopitiam dan group whatsapp Official EFG yang havoc-kelakar-kuat menyakat-typo heaven-selfie-parody-dan macam2 lagi... namun yang penting banyak ilmu. BUKAN SEMBANG KOSONG je okeyyyy.. kelas SEO pun kut by whatsapp je.. kerlasssss kau..!! FREE plak tu.. siapa nak bagiiiii oiiii... 

-Paling penting.....EFG telah merubah segala-galanya sampai saya akhirnya nekad nak TUTUP blog...!! ya, blog peribadi kesayangan saya akan saya tutup demi memberi sepenuh kasih sayang dan cinta saya kepada Aditya Roy Kapoor... ehh..ehhh.. *meroyan*..kasih sayang dan cinta saya kepada one and only blog saya kini iaitu www.dramaticuniq.com  (ehemmm...sempat promote link blog...kau adaaaa...??) hahahahaa.. 

link

23. Fendi Rocka
www.notapurba.blogspot.com
Pada masa saya diterima menyertai EFG, saya lihat tiada misi atau objektif jelas diberitahu. Yang saya tahu, tukar feed sesama ahli bertepatan dengan nama Exchange Feed Group itu sendiri. Mula dari situ saya lihat banyak penambahbaikan dilakukan oleh pihak BOD.

Memandangkan ia sesuatu yang baru, saya dapat lihat dan rasa ada sedikit tekanan di kalangan ahli untuk catch-up, itu memang tidak dapat dielakkan kerana ahli-ahli tidak dimaklumkan tentang intipati penuh EFG, pihak yang bertanggungjawab menaikkan EFG juga tiada pilihan selain  melakukan rombakan demi kebaikan EFG.

Saya berfikiran positif dan memandang EFG bertujuan baik. Jadi saya terus menyokong dari segi idea dan kerjasama. Pengorbanan diperlukan untuk proses kematangan. Dari situlaj, saya mula dapat lihat kesan positif yang secara natural berlaku dalam EFG. Walaupun berbeza latarbelakang dan tujuan ber-blog, masih utuh ukhwah dan jalinan persahabatan, di samping sikap professional ahli! 

Di sini, saya belajar tentang keterbukaan, perkongsian ilmu dan info tanpa rasa beban, persaingan sihat yang memberi kesan baik, perlahan-lahan saya belajar teknik seo, saya ditunjukkan jalan untuk mengemas template walaupun saya degil orangnya, tips untuk meningkatkan trafik, serta dapat nasihat tentang adab blogging dari senior blogger. Bila semua ini berlaku dalam keadaan kekeluargaan, itu yang mahal.

Saya bukan bagus dalam arena ini, tapi saya harap saya boleh jadi bagus supaya yang cuba membaguskan saya dapat bangga dengan saya,serta moga saya dapat juga sama-sama membaguskan yang lain. Saya rasa itulah sebenarnya dasar atau misi atau objektif EFG..pada yang saya nampaklah kan. Exchange Feed Group , bukan sekadar sembang kosong.

24. Kak Khaty
Alhamdulillah..Khaty sebagai newbie amat terharu dan berterima kasih kerana diberi peluang berada dalam EFG kerana disini,terdapat pelbagai ilmu serta maklumat mengenai dunia blogging..khaty 100% telah mendapat impak dari EFG..semangat utk berblogging sentiasa ada dan saling bertukar pendapat diantara ahli EFG turut membantu untuk menghasilkan entry yang sangat baik..semua ahli yg cukup baik,peramah,tolak ansur,tidak lokek ilmu dan paling penting sangat cepat respon keadaan ahli dan sangat memahami..biar apa orang kata,EFG tetap terbaik!

25. Kak Azi
EFG?
a) membantu - membantu satu sama lain dalam dunia blogging
b) berkongsi - dlm 46 org ni masing-masing ada skil dan kelebihan yang boleh dikongsi. Perkongsian bukan sahaja dalam dunia blongging tetapi berkongsi juga pengalaman hidup seharian
c) ukhuwah dan networking - makin lama bersama, ikatan ukhuwah dan networking antara ahli semakin baik. 
d) bersabar - berada dalam efg kadang-kadang menuntut kesabaran yang tinggi terutama bila beribu-ribu wasap dan tg yang masuk setiap hari. 
Apapun tak rugi join efg.

26. Cik Ti
Efg terbaik sebab baru tahu erti menjadi seorang blogger. Ingatkan up entry ja blh jd blogger yg berjaya.. rupanya banyak ilmu dan rahsia yg tersembunyi.. ilmu dan rahsia ni byk belajar dlm efg. So, efg mmg +ve & awesome. In sha allah efg boleh berjaya.
28. Efa
Bila dah bersama dengan EFG semangat untuk berblog tu semakin tinggi. Sebelum ini, blog hanya diterjah dua ,tiga kali dalam seminggu. Tetapi sekarang setelah berada dalam EFG ,blog wajib diterjah setiap hari. Ditambah pula dengan adanya EFGiers yang saling bantu membantu membolehkan dunia blog ini diterajui dengan semangat dan keyakinan yang tinggi. Selain itu EFG dapat membantu mengenali dunia blog dengan lebih dekat lagi. Daripada zero pengetahuan tentang blog, sekarang dah tahu apa itu SEO, UV, PV dan banyak lagi.Thank you very much kepada EFGiers terutama kepada BOD dan cikgu-cikgu EFG yang sabar melayan kerenah anak-anak murid.Sayang semua EFGiers....

29. Mia
Setakat ni perkembangan ke arah positif. Sebelum ni tak pernah pun terfikir untuk serta kumpulan blogger ni. Dan tak pernah terfikir pun masa nak join EFG dulu situasinya sebegini. Memang perlukan komitmen. Dan komitmen itulah akan membuahkan kejayaan. Banyak belajar tentang cara nak tingkatkan prestasi blog. Belajar tentang dunia blogger yang sebelum ni tak pernah terfikir pun untuk menjadi blogger. Belajar untuk tidak menjadi blogger yang hanya menulis tentang diari sendiri dan untuk dibaca sendiri. Terima kasih pada Irra yg menubuhkan EFG dan ahli lain yang turut merancakkan kumpulan ini sehingga ke tahap yg boleh dibanggakan seperti sekarang. Terima kasih semua.

30. Angah
Sebelum ini, angah tak pernah berada dalam satu kumpulan blogger. Alhamdulillah, bila angah dapat sertai EFG , angah dapat rasakan EFG merupakan satu platform terbaik untuk blogger majukan diri. Kalau sebelum ini, angah hanya berblogging seorang diri, tanpa sebarang kumpulan blogger, tetapi sekarang,angah dapat lihat komuniti blogger yang saling membantu. Banyak yang angah dapat bila mana angah sertai EFG. In shaa Allah , angah doakan semoga EFG dapat berkembang dan maju di masa akan datang.

sangat la positif... saya letakkan diri saya blogger amatur,memang amatur sesangat... 

dari 4 followers, 10 followers,hari-hari tengok cek followers ade bertambah ke tak, kesahnya hari-hari lah down sebab takde followers pun

dah la template asal hak simple tu jer (yang disediakan blogger.com tu)

join efg automatik mula-mula bertambah 40 followers sampai laa sekarang meningkat 10 kali ganda dari mula-mula dulu

Syoknya kelas seo FOR FREE...!! mana mau caghiiii?
sampailah seo 100%. giler tak syok? Pernah tengok gambar-gambar rakan seperjuangan bisnes pergi kursus seo, dan tayang sijil kursus...berbayar??

sangat mempengaruhi hari-hariku... hari-hari terfikir nak mantapkan blog... hari-hari terfikir nak gangu-ganggu mesej pakar-pakar efg.. hari-hari terfikir kena update entry... list laju sangat korang update , baru je kite publish entry, sejam dah turun bawah kite punya blog.. tu cabaran kat diri sendiri untuk selalu update

Sebelum join EFG, saya puas baca tentang SEO.tapi tak pernah faham.UV blog hanya 200-300, tapi lepas kenal EFG, dalam masa SEHARI, SEO blog dah 100% entry selalu hits! PV pulak mencecah 1500 sehari, dan yang paling rare, pernah mencecah 7000 pv sehari.hebatkan!! Ahli ahli EFG sangat berganding bahu, jika ada masalah, mengadu je, seminit dah settle! Mmg best!!! Keep it up EFG! sayang selamanya, #bukansembangkosong

33. Sue
EFG AWESOME! sebab efgiers awesome, bangga sangat bila diri ini antara yang tersenarai dalam EFG.
Terus datang semangat nak majukan blog setelah dapat tunjukajar blogger2  pakar di kalangan efgiers itu sendiri. 
Terima kasih tak terhingga, setiap hari mesti!tak boleh tak..kena juga curi2 masa scroll WA efg, tengah banyak  problem tapi boleh lagi senyum sengih 
di WA efg itu perkara biasa.hee
Sentiasa pikir positif, in shaa Allah yang positif2 aje datang kat kita.

34. Mas
EFG sangat2 membantu kite dlm dunia blogging..semua tak kedekut ilmu, tak berkira, sabar dan sentiasa berusaha untuk memajukan blog ahli..Rasa enjoy sangat duduk dalam EFG, tergelak2 bace kerenah memasing, ada je topik nk jadikan bahan borak.. sangat mempengaruhi dlm kehidupan seharian sbb rase lebih yakin skrg ni...EFG memberikan impak positif dlm hidup kite.. 

Dalam EFG ni la PapaG dapat belajar selok belok dunia blog. Sebelum join EFG, memang sentiasa tertanya2 tentang SEO, page rank, page statistik, etc. Dan dalam EFG ni la semua itu terjawab. PapaG puas bila dpt jawapan. Lebih2 lagi bab penulisan yang menerapakan skill SEO. 

Selain itu, percambahan idea2 entri dalam EFG jugak mampu menjadi 'trigger' idea buat PapaG untuk menghasilkan entri-entri yang trbaik di Papaglamz.com. Thank to Kak Eny yang memula bagi penerangan pasal EFG kat PapaG. 

Syabas buat Mommy dan semua gang BOD yang tak pernah hilang semangat memikirkan buah-buah pemikiran baru untuk memastikan EFG terus melangkah maju kehadapan. Dan tahniah buat semua sebab menceriakan hari-hari PapaG dengan celoteh2 dan typo2 yang comel yang pastinya ia sangat menghiburkan. Dalam berhibur kita berilmu. L

36. Aku Penghibur
Terkejut dan terdapat banyak persoalan bermain di minda ramai blogger bila acik join EFG. Apakah kekuatan EFG sampai acik join ? 

Pertama adalah ukhuwah yang terjalin, mereka seperti keluarga yang besar yang selalu memberi semangat satu sama lain.
Jika di ikutkan hati memang acik sebenar-benar nak berhenti berblog tetapi tika itu ahli EFG memberi sokongan , dokongan serta ilmu yang acik pun tak tahu. Di situ letaknya nilai positif dalam diri bahawa ada yang prihatin apa yang berlaku di kalangan blogger. Di EFG tidak ada siapa hebat dan tiada siapa yang picisan.Semua sama sahaja yang buatkan kita boleh menerima dan memberi kritikan tanpa syarat. 

Selain itu , dapat menjana idea untuk memperkemaskini entri-entri terbaru.
Paling penting kekuatan backlink yang ramai tak tahu.. Hanya di EFG kita boleh dapatkan. Paling penting kita kena hasilkan entri yang terbaik..

37. Along
Alhamdulillah..rasa syukur ke hadrat ilahi. Tidak lagi rasa keseorangan di dunia bernama blog. Banyak bantuan serta sokongan, saling bantu-membantu,saling tolong-menolong. Terima kasih kerana sudi terima Along di EFG..tidak lama dahulu, rasa macam jejak kasih keluarga yang telah lama hilang. EFG sangat membantu... I'm proud of u guys n girls....

38. Mai
Sejak msuk efg ni, setiap hari mesti akan up entri dalam sehari. Ramai kawan supportive. Tak rasa lagi keseorangan dlm dunia blog . Yg penting dpt belajar pelbagai ilmu bukan saja blog tapi segala yang berkaitan dgn kehidupan dan dikongsi bersama. Alhamdulillah pv n uv blog makin meningkat lebih dr jangkaan atas tunjuk ajar sifu2 n kwn2 efg..efg the best!

39. Yanie
alhamdulillah EFG memberi impak yang positif dalam dunia blog Yanie. EFG sangat membantu Yanie dalam setting blog seperti seo dan sebagainya. Sangat bagus dalam memantapkan ilmu blogging. syukur Yanie seronok dapat pelajari ilmu dan berkenalan dengan rakan2 EFG yang tidak pernah lokek dengan ilmu blogging malah sentiasa memberi semangat untuk Yanie terus berblog.

40. Kak SA 
www.suriaamanda.blogspot.com
~EFG banyak memberi aura positif dari segi pergaulan dan dah mula ada networking serta cuba belajar ilmu2 blogging walau agak slow..banyak memberi pendedahan ttg blogging, berkongsi apa sahaja cerita  baik suka atau duka..SA suka grup ni sbb ada adik2 dan kakak2 yg mampu buat SA ketawa..sbb tu walau ada masa ke xde masa ke SA cuba buat yg terbaik join semua kat sini..sgt2 berikan SA semangat utk terus blogging sbb semua x kedekut ilmu dan boleh beri tunjuk ajar...

41. Amy J
Masa mula-mula tahu pasal EFG ni, rasa macam tak berapa berminat nak join. hati tu ada rasa terusik tapi masih belum berniat. tapi lama-lama nampak makin menarik perhatian. lagipun pemilik EFG blogger yang saya kenal. so, ada rasa keyakinan sikit untuk join.  masa first time join, rasa best. disapa dengan semua blogger efg. and dapat kenal ramai blogger baru. rupanya ramai lagi blogger yang tak kenal. kalau dulu rasa macam malas nak update hari-hari. tapi sejak join EFG, rasa semangat nak update entri. pv pun makin menaik sejak tak aktif Jan and Feb lepas. then, belajar pula pasal SEO and dapat kongsi ilmu mengenai template dengan blogger lain. it feels special when you can share something u know with other people. it feels good when someone has the same passion like me. hehe. so, EFG bagi kesan positif pada saya. andai ada pengaruh negatif, kita boleh sama-sama membantu mengatasi masalah tu kan.

42. KH

43. Reena
Belajar SEO itu yang menjadi tarikan reen nak menyertai EFG. Bila dah berjaya menjadi salah seorang ahli EFG, Reen rasa seronok sangat. Ahli dalam EFG semua mesra dan tak kedekut ilmu.. Yang menariknya setiap ahli saling bantu membantu menaikkan blog ahli-ahli lain... Tak tahu tentang blog.. Tanya?  Insya Allah semua akan berusaha menjawab. EFG menaikkan semangat ahli-ahli nya buat entry.. Feed blog setiap hari.. Naikkan UV/PV... ALHAMDULILLAH.. Hasilnya. Sifat positif berblog ditanam dlm diri.. Semangat setia kawan dah macam semangat adik beradik.

44. Ummul                      

www.housewifearts.blogspot.com
Alhamdulilah,setelah lebih dari seminggu diterima sebagai keluarga baru EFG.semuanya positif..dalam masa seminggu sahaja banyak ilmu tentang dunia blogging dipelajari.semangat kesemua ahli untuk membantu satu sama lain sangatlah mengharukan,gembira dikelilingi mereka-mereka yang tak lokek ilmu,membantu ummul dan ahli-ahli baru yang lain.Dengan keramahan semua ahli rasa seronok menyertai EFG.walaupun whsapp tak berhenti,tapi tak menganggu aktiviti harian.Jadual feed juga sebenarnya melatih ummul lebih berdisplin.Moga EFG terus maju dan dapat beri aura positif pada mereka yang ingin menceburi dunia blogging secara serius.

45. Yoorin

www.yoorinmelacolea.blogspot.com
Mulanya sangka EFG hanyalah komuniti seperti komuniti blog yg lain..tp ternyata silap.. EFG banyak mengajar lagi2 yoorin blogger baru . 
Dari EFG jugak belajar banyak tentang blog.. siap ada buat kelas lagi.. semua sudi berkongsi pengalaman..rasanya dapat eratkan hubungan komuniti tu sendiri.. Lagi 1..EFG pentingkan displin..contohnya setiap hari kena feed rakan EFG yg lain..dan akan dipantau oleh BOD.. macam tu laaa nak didik kami ni berdisplin tentang feed dan update blog.. sudah tentu ianya positif.. suka sangat..dah nekad bulan ni capai target hari-hari nak up entry.. positif ke tidakk?? Mestilahh.


46. Kak Lynda
www.pinky-lynn.blogspot.com
Saya sangat positif dgn EFG:
-Ilmu blogging. Semua tak kedekut. Ada kelas khas pulak tu.
-Displin kan diri.
Berlumba-lumba nk update entri. Dah nama blogger kene update. Tp, bila tak de geng..kelaut. 
-Blogwalking
syioook bw blog kawan2. Mcm gi ziarah.
-idea
bila blogwalking. Penulisan kita pn boleh di perbaiki. 
-Tambah kenalan
Bila g event ada geng topik borak.

Apa yang penting untuk berjaya dalam sesuatu bidang perlu ada kesungguhan dan usaha yang berterusan. Disamping itu mesti lakukan perubahan ke hadapan walaupun setapak demi setapak.

Semoga kita sama-sama berjaya didalam dunia blogging ini. Jumpa Lagi.

Comments

  1. All the best to geng EFG. Moga sentiasa aktif dan ceria mewarnai dunia blog dengan perkongsian yang baik dan bermanfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah semoga kita sama-sama berjaya

      Delete
  2. Replies
    1. wah macam interview kadet plak

      Delete
    2. lapor apa tu.....? laporan kesesakkan lalu lintas ke... :p

      Delete
  3. ramai juga ahli EFG ni..semoga terus maju jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Aamin.. :)
      Terima kasih..

      Delete
  4. baca banyak kali pun still sengih2 jugak...
    EFG kelakar laaaaa.... :)

    ReplyDelete
  5. Assalam arz,
    waaaaaaa
    bertingkek2 dah ahli yerrrrrr

    ReplyDelete
  6. grup ni memang gempak la.. tabik spring =D

    ReplyDelete
  7. tahniah kpd pencetus idea utk group ni!

    ReplyDelete
  8. best la.. gilerr nk kate x best.. hahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...