Skip to main content

#Cabaran20Hari Pengalaman Sahur

Cabaran 20 Hari | Pengalaman Sahur

Sahur. Setiap muslim pasti ada pengalaman bersahur. Samada manis atau pahit dan mungkin juga masin. Sebelum aRz pergi jauh, Sudah pasti ada sikit penerangan mengenai sahur.

sahur, pengalaman sahur, arzmohadotcom. kelalaian ketika sahur, terlepas sahur,

Apa itu sahur

Sahur itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Ulama menyebutnya 1/6 malam. Imam Ibnu Hajr menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. Banyak hadis yang menceritakan mengenai kebaikan bersahur

Nabi SAW bersabda : 

" Perbezaan diantara puasa kami (umat Islam) dan ahli kitab adalah bersahur " (Muslim)
" Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya " (Al-Bukhari dan Muslim)

Baginda Nabi SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur (Riwayat Ahmad)

Waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh)

Jadi rebutlah keuntungan yang ada di dalam bulan Ramadhan sebaiknya.

rujuk DISINI dan DISINI

Pengalaman Sahur

Pengalaman sahur. Baik kali ini aRz cuma nak kongsikan dua pengalaman sahur yang mungkin boleh dijadikan pengajaran atau satu bahan bacaan yang baik di bulan Ramadhan ini.

Tertidur Ketika Panaskan Lauk

Pengalaman sahur ini amat mendebarkan dan bahaya. Ibu-ibu, Emak-emak, kakak-kanak, adik-adik mesti berhati-hati ketika memanaskan  atau memasak. Jangan sesekali baring yang mana rasa macam nak baring sat saja.

Arwah mak ketika panaskan lauk untuk sahur, tetiba masih rasa mengantuk dan kembali baring. Sedar-sedar bau hangit, kuah dah kering sangat. Allah masih sayang kami sekeluarga. Akhirnya sahur minum Milo, kurma dan air masak. Kelalaian boleh menyebabkan kehilangan nyawa atau raya dalam keadaan beraya di balai rakyat.

Terlepas Waktu Sahur

Terlepas waktu sahur sudah pasti ada yang pernah rasa pengalaman seperti ini kan. Pengalaman sahur aRz bukan terlepas kerana tidak terjaga, tetapi ada kisahnya. Lebih kurang dalam umur Cik Puteri 10 bulan, Cik Puteri disyaki Demam Denggi, ditahan Wad Kanak-Kanak Hospital Besar Pulau Pinang. Setiap pagi waktu sahur adalah rutin aRz untuk menghantar makanan kepada isteri. Tetapi tak tahu dimana silapnya, aRz tiba di hospital dengan membawa lauk tetapi azan Subuh sudah pun diazankan. Kedua-dua tak sempat makan sahur. Bukan rezeki kami untuk bersahur pada hari tersebut.

Bagaimana sahur anda pula? Jomlah kongsi dengan saya.

Jumpa Lagi 

#Cabaran20Hari #Day2
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari


Comments

  1. Ada x pengalaman kejutkan orang sahur tp dia x bangun2? Ada x?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah takde lg pengalaman tak bgn sahur...bila ingatkan kesian anak2 kalau tak bersahur..gagahkan diri jugak utk bgn walaupun mata teramatlah berat rasanya..

    ReplyDelete
  3. Tertidur time panaskan lauk tu memang bahaya. Mujur tak ada apa2. Tertidur masa tengah makan sahur ada tak? :)

    ReplyDelete
  4. Memang bahaya terlupa hangatkan lauk tu. Mujur lah tak apa-apa.
    Iktibar untuk kita semua... :)

    ReplyDelete
  5. berbuka dan bersahur kat hospital pon boleh jadi pengalaman bersahur yang tak dapat dilupakan juga tu

    ReplyDelete
  6. Uish.. nasib baik sempat bau hangit..

    Kalau tak perasan....

    ReplyDelete
  7. uishh trtdo time panaskan lauk bahaya tu

    ReplyDelete
  8. uishh trtdo time panaskan lauk bahaya tu

    ReplyDelete
  9. selalu, minum kopi + kurma 2 biji + air suam.

    Nak makan nasi, malas nak masak lauk la plak. hehe

    ReplyDelete
  10. nasib terjaga sebab bau hangit kan.. kalau tak malang tak berbau laa.. alhamdulillah setakat sekarang tak pernah lagi tak bangun bersahur atau terlepas sahur..

    ReplyDelete
  11. sahur kite makan yg ringan je. hehe. malas nak masak ><

    ReplyDelete
  12. Pernah jugak tak terjaga sahur.. Tp seharian tue memang rasa lemau jer la..tapi bertabah jugak la sampai waktu berbuka..hee

    ReplyDelete
  13. tertido time makan sahur, pernah jadik?
    masak bagai nak rak masa malam, kononnya nak sahur nanti..last2 bangun sahur, tak lalu nak makan.. simpan ja la makanan tu.. hehe

    ReplyDelete
  14. teringat masa darjah dua kot.terlewat bangun, pastu nangis sebab dah tak boleh sahur .Ayah bagi jelah makan nasi sikit.tak sah puasa tu..tapi perasan sah jelah, budak kecik apa tau.

    ReplyDelete
  15. rsnya pengalaman sahur ni rmai yg mengalami cerita yg sm..

    aci x lau terlepas waktu sahur..xpuasa haha

    ReplyDelete
  16. bahaya tu tertidur waktu sahur ;-)

    ReplyDelete
  17. tlepas wktu sahur tu slalu...hihihi

    ReplyDelete
  18. bahaya itu tertido time panaskan lauk...

    ekin pulak susah nak bangun sahur..

    terlambat bangun sahur pernah

    ReplyDelete
  19. Assalam arz,
    haaaaaa
    hat terlepaih waktu sahur tu ada terjadi sekali tahun lepaih :P

    #BloggerUtara

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...