Skip to main content

#Cabaran20Hari Menu Wajib Bulan Puasa

Cabaran20Hari Menu Wajib Bulan Puasa

Menu wajib di bulan puasa. Semua orang pastinya ada menu wajib masing-masing. Menu wajib ini bermaksud mesti ada setiap kali berbuka. Asal masuk bulan Ramadhan atau bulan puasa wajib ada. Kalau tidak ada rasa macam tak lengkap.

Menu wajib bulan puasa, nasi goreng makjah kuala sepetang, arzmohadotcom, juadah, menu menarik,
Nasi Goreng Mak Jah (gambar sekadar hiasan)

Seperti yang semua sedia maklum ini merupakan #cabaran20hari dengan tajuk menu wajib bulan puasa. Menu wajib ini adakalanya berubah adakalanya ia tetap. Hari ini aRz hanya senaraikan 3 sahaja menu wajib di bulan puasa. Asal bulan puasa saja mesti nak beli, nak makan, atau rasa teringin sangat-sangat.

Menu wajib di bulan puasa adalah :

1. Buah Kurma

Ini memang betul-betul menu wajib mesti ada. Rasanya bulan Ramadhan ini paling banyak buah kurma dibeli. Kalau tak makan rasa macam tak lengkap saja waktu berbuka dan waktu sahur.

2. Nasi Kandar

Menu wajib kedua adalah nasi kandar. Menu ini paling wajib ketika berbuka sewaktu bujang. Sehari tak makan nasi kandar rasa macam ada yang tak kena. Rasa macam tengah angau bercinta huhu.... Memang sedap. Nasi kandar kampung melayu antara menu favourite aRz bukan sahaja di bulan puasa.

nasi kandar menu wajib di bulan puasa, nasi kandar kampung melayu, gambar cantik, arzmohadotcom, menu sedap, nasi kandar terbaik,
Nasi Kandar Kampung Melayu

3. Murtabak

Mungkin ini adalah menu wajib bagi penduduk Pulau Pinang bukan sahaja aRz. Jaranglah dengar orang makan murtabak di bulan lain. Tapi di bulan Ramadhan semua pakat cari. Paling mengejutkan tahun ini, menu aRz yang ketiga ini telah pun mencecah harga RM 3, tiada lagi lebih murah.

Baik aRz dah pun kongsikan 3 menu wajib yang perlu ada di bulan puasa atau bulan Ramadhan. Tetapi macam mana pula dengan pembaca blog aRz? Apa menu menarik anda pula? Janganlah malu untuk tinggalkan menu wajib anda di ruangan komen. aRz pun nak tahu juga.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. murtabak tu faveretlah kan sepanjang Ramadan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat lain pun memang pilih murtabak ya Kak AJ

      Delete
  2. murtabak ekin suka makan masa duk dikelantan.... murtabak di kedah xkena dengan selera tu yg xleh mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada beza erk ekin. tapi kalau di penang pun murtabak melayu dan murtabak mamak pun ada bezanya

      Delete
    2. Yup ada beza cara masak pun lain...kalau kedah dia goreng inti suku2. Kulit suku.. Di kelantan kulit buat mcm roti canai tu dia cuah inti atas kulit lipat2 goreng sampai masak..

      Delete
    3. lain tukang masak lain caranya...tapi tetap sedap

      Delete
    4. sedap2 tapi tak kena dgn tekak ekin hihihi...

      Delete
  3. betul murtabak pun ada pelbagai versi.. suka jugak murtabak tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sekarang nk macam macam murtabak...

      Delete
  4. da ddk penang mmg wajib laa pekena nasi kandar kan ;-)

    ReplyDelete
  5. bubur lambuk ngan roti john..tu menu wajib.tu sia, hari-hari nasi kandar.masa duduk penang dulu takdelah sampai hari-hari.cemuiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti john lama tak makan sejak harga makin naik. john betul

      Delete
  6. Replies
    1. agar-agar kalau di pasar ramadhan biasanya tawar huhu
      kena buat sendiri baru manis

      Delete
  7. tamar tu yg wajib ada masa berbuka kot...sedap juga dapat mkn kandar setiap hari berbuka puasa dh lengkap semua lauk sayurnya tu

    ReplyDelete
  8. Sampai hari2 kena makan nasi kandaq..

    angau teruk nih ~~

    ReplyDelete
  9. majoriti menu wajib murtabak ja..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai saya baca bukan dari utara pun suka murtabak dan menu wajib mereka

      Delete
  10. dekat area mana nasi kandar kg melayu tu

    ReplyDelete
  11. Assalam arz,
    ish3
    oarang penang ni memang pakat soka bebenor dengan MURTABAK kan3
    cc hubby iols he3 :P

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  12. Zumal pun terkejut harga murtabak naik bulan puasa nie...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...