Skip to main content

#Cabaran20Hari Menu Sahur Paling Ringkas

Menu Sahur Paling Ringkas

Menu sahur paling ringkas. Salam ramadhan. Syukur sehingga hari ini masih dikurniakan nikmat untuk dapat merasai bulan Ramadhan pada tahun ini. Kalau semalam aRz cerita bab Pengalaman Sahur, hari ini pula menu sahur paling ringkas.

gambar kuih raya cantik, menu sahur paling ringkas, cabaran20hari, arzmohadotcom, sahur mudah dan ringkas.
Gambar sekadar hiasan


Sebenarnya bagi yang belum tahu, ini adalah cabaran 20 hari anjuran EFG boleh rujuk SINI. Masih belum terlambat sekiranya nak turut serta. Jom meramaikan lagi. 

Era Selepas Bergelar Suami dan Abah

Menu sahur paling ringkas ketika era ini memang susah nak memikirkan yang mana paling ringkas. Sebab Puan Isteri memang suka masak. Cuba juga nak fikir menu paling ringkas tapi tak dapat jawapan. Jadi dalam era ini aRz klasifikasikan sebagai tiada menu ringkas. Sebab memang jarang tak bangun sahur. Cumanya cara menyedia paling ringkas ada.

"Cara menyediakan menu paling ringkas era berkahwin adalah dengan membeli lauk di kedai"
p/s : bukan saja nak puji, tapi kenyataan, harap puan isteri baca, konfem senyum di pagi raya :p

Era Bujang/Kuat tidur

Menu paling ringkas ketika era ini memang banyak juga. Tetapi dalam banyak-banyak memang ada yang masih aRz ingat kerap sangat sahur dengan menu ni. Ketika era ini tidak dinafikan aRz memang suka tidur, asal letak baring saja terus terlelap dibuai mimpi indah, senang kata asal mimpi ja mesti terbaring errrr....ok lupakan.

Jadi antara menu sahur paling ringkas aRz pilih 3 paling popular adalah:

1. Kurma dan Air masak.
Rasanya ini mungkin juga antara menu sahur yang ringkas bagi orang lain juga. Kurma adalah makanan sunnah yang mengandungi banyak khasiat dan zat. Sahur kalau boleh jangan tinggal. Di dalam sahur itu ada keberkatan.

2. Air milo dan air masak
Ini pula antara menu sahur paling ringkas bilamana lauk hangit atau waktu tinggal beberapa minit sebelum masuknya waktu subuh tatkala menu ringkas pertama (kurma) kehabisan stok.

3. Air liur basi
Haaaa ini adalah menu sahur paling ringkas untuk orang yang tidur 'mati'. Kalau dah tidur kejutlah macam mana pun susah nak bangun. Ini kerap terjadi ketika era bujang. Tidur lambat tapi harap nak bangun sahur. Bila mak aRz kejutkan berkali-kali tak terjaga, bangun esok pagi konfem kena ayat ni 

"haaa sedap sahur dengan air liur basi???"

Harap-harap pembaca yang aRz sayangi tak sahur dengan menu yang ke-3 ok. Bangunlah sahur, barulah ada tenaga nak bekerja, belajar pada keesokkan hari. Tidur awal, pasang niat nak bangun esok pagi untuk bersahur dan letak jam tepi telinga. Kalau susah juga minta tolong abang, kakak, adik, isteri atau kawan-kawan tolong lempangkan kalau tak bangun juga anda memang "geng tidur tegar".
Ok setakat ini dahulu #Cabaran20Hari #Day3

Jumpa Lagi

#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

Comments

  1. saya tak nak komen apa apa.. cuma pretzel tu nampak menggoda betul!!!
    -sahur airliru basi.. ya ampunnnnnn

    ReplyDelete
  2. lempang ya.. kang ada yang makan penumbuk.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. hahaha.. menu yang ketiga paling best..!!!

    ReplyDelete
  4. standart la tu zaman bujang. hekhek. malas nak sahur pun ada :P

    ReplyDelete
  5. Kalau dulu sahur mesti nak makan.. sekarang sahur hanya minum air masak + kurma..
    Anak2 je yang makan waktu sahur.. ;)

    ReplyDelete
  6. Salam Arz,
    1-ok
    2-ok
    3. x ok... kembung perut nnt

    share resepi ringkat :
    http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html

    ReplyDelete
  7. Air liur basi tu paling win.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. banyaknya era aRz, Alhamdulillah di kurniakan isteri rajin memasak ni.. :)

    ReplyDelete
  9. Farah time sahur mmg tak ada istilah menu ringkas.. Sbb dari kecik mak dh ajar sahur mesti makan nasik.. Bagi kejap perut..so sampai skrg pun kalau bersahur mesti ada nasik. Lauk tak kisah ka telur pun dh ok.. Jnji nasik ttp kena ada..:)

    ReplyDelete
  10. sahur air liur basi.. nah ambik kena sebijik.. hehe..

    ReplyDelete
  11. hahaha..menu air liur basi tu memang tak menahan..cik puteri jangan ikut ye nanti.hehe

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah Arz, tahun nie belum cuba menu ketiga Arz tu. Haha ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cuba ya zumal, sebaliknya cuba menu 1 atau 2 dahulu

      Delete
  13. iols sahur wajib kena bgn..lau x letih seharian hehehe
    iols senang bgn sahur..n mkn pun semangat..nak2 ada lauk budu hahaha

    zaman studi dulu siap bw rice cooker dlm bilik..masak tomyam sahur uols haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budu memang sedap. Dah cuba memang kena dengan tekak

      Delete
  14. Hahhaha. Air liur basi. Euwww :P
    Terima kasih efg sebab bagi sokongan pada Nani. In sha allah sikit2 saya bina balik semangat diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah

      Delete
  15. yg no 3 tu sy da kena 3 hari lepas hahahaa

    ReplyDelete
  16. air liur basi tu sy selalu buat dulu

    ReplyDelete
  17. org ckp milo boleh wt kita cpt lapar tu sbb x minum milo time sahur...hihihi

    ReplyDelete
  18. Assalam arz,
    he3
    menu ringkas sungguh nooooooo

    #BloggerUtara

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...