Skip to main content

#Cabaran20Hari Erti Puasa

#Cabaran20Hari Erti Puasa

Salam. Erti puasa. Cabaran1Hari. Rasanya setiap kali Ramadhan tidak henti-henti kita diingatkan erti puasa sebenar. Supaya kita dapat menyempurnakan ibadah yang menjadi salah satu rukun umat Islam. Disamping itu diterangkan syarat sah puasa, perkara yang membatalkan, niat puasa, dan macam-macam lagi mengenai puasa dan pengisiannya. Puasa sudah semestinya ibadah yang wajib dilaksanakan di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang mulia, bulan dimana didalamnya ada satu "malam seribu bulan".

Ramadhan al-Mubarak

Erti Puasa yang sebenar adalah menahan lapar dan dahaga,serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari. (subuh-maghrib) Walaupun diajar inilah erti puasa sebenar bagaimana pula erti puasa mengikut peringkat umur? Jom baca lagi.

Zaman Kanak-kanak (4-7 tahun)

Erti puasa di zaman kanak-kanak. Seingat aRz ketika usia ini, ermmm macam belum ada erti puasa. Walaupun diterangkan apa itu puasa. Tapi tahu orang lain sedang berpuasa. Memang nikmat sangat makan depan abang dan kakak yang sedang puasa. Kadang-kadang ada juga abang curi-curi luku kepala sambil kata "tak puasa punya budak". Jeles la tu. Usia ini belum diwajibkan berpuasa. Tapi kalau dah belajar dan boleh berpuasa memang bagus. Bila besar tak liat. Nanti takla sertai Geng Plastik Hitam.

Erti puasa, #Cabaran20Hari, day 1 challenge,
Google Image

Zaman Sekolah Rendah ( 7-12)

Erti puasa ketika peringkat umur ini, dirumah sudah digalakkan, disekolah cikgu mula tanya "siapa tak puasa hari ini, tak puasa tak dapat duit raya". Jadi ketika ini sedang sedaya upaya berpuasa. Takut kena ejek dengan kawan-kawan berpuasa. Apatah lagi kalau budak perempuan gelak-gelak sambil ejek "tak puasa takleh raya, takdak duit raya". Kalau tak puasa memang hilang kemachoanlah. Habis waktu sekolah ketika berjalan pulang, kalau boleh bukan lagi berjalan tapi macam nak merangkak. Macam tak makan sebulan. Buat-buat penat sangat harap mak kata "kalau tak larat puasa setengah hari". Kalau darjah satu mungkin boleh lagi. Kalau dah darjah 3 alamat buka puasa dengan tali pinggang abah jawabnya.

Disebelah malam pula ikut keluarga menunaikan tarawih di masjid kampung, yang jadi syoknya sebab ada kawan. Solat 8 rakaat ja tapi balik rumah sama waktu dengan tok imam. Sebabnya pi main mercun. Kalau mak tau rasanya sahur dengan tali pinggang abah juga haha....

Zaman Sekolah Menengah

Erti puasa ketika sekolah menengah sudah mula mempraktikkan ERTI puasa sebenar. Bersahur, berpuasa, berbuka puasa, tarawih dan pengisian yang lain. Tapi bab sahur cukup liat. Kalau abang yang kejutkan alamat bergaduhlah. Mana tidaknya kejut dengan penampar. Muahaha.... tapi kalau abah kejutkan mudah ja bangun. 

Zaman Menjadi Suami dan Abah

Erti puasa ketika ini sudah semestinya lebih mempraktikkan erti puasa sebenar. Perlu memahami lebih mendalam erti puasa. Sebab ketika ini sudah menjadi ketua keluarga. Sekarang ini mungkin mudah lagi sebab Cik Puteri belum sampai masa untuk berpuasa. Bila dah besar nanti perlu terangkan padanya erti puasa sebenar, perkara-perkara yang membatalkan puasa, syarat sah puasa, pengisian, dan macam-macam lagi. Sekarang sudah terasa dunia sudah berputar. Kalau dulu aRz seorang anak, kini menjadi seorang abah. Mudah-mudahan dapat mendidik erti puasa sebenar.

Salam Ramadhan al-Mubarak. Hayati dan isi Ramadhan kali ini dengan sebaiknya. Insyaallah

Jumpa Lagi.

#Cabaran20Hari #Day1
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

Comments

  1. Zaman Sekolah Rendah ~ kat sekolah puasa balik rumah pecah !
    Zaman Sekolah Menengah ~ kat hostel bila outing, baru la kenal istilah Geng Plastik Hitam..hemm masuk panggungwayang selalu !

    antara kenangan terindah yg mendewasakan..tQ arz mengembalikan nostalgia pcl :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah rendah jalan pun tak larat
      sekolah menengah dah stedi tapi dugaan dengan kawan-kawan pula

      Delete
  2. "tak puasa tak boleh raya, tak boleh raya tak dapat duit raya.."
    alasan mak ayah dl2 majoriti same je kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mungkin satu suntikan semangat untuk berusaha berjaya puasa

      Delete
  3. hahaha... zaman kanak2 dulu macam sama ja...

    zaman kanal2 sekarang yang macam2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha budak budak zaman sekarang tak tahu macammana

      Delete
  4. Salam Ramadhan Al-Mubarak..
    Kalau kenang puasa zaman kanak-kanak memang klaka...
    X puasa x boleh raya adalah trademark nak suh kita puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Budak budak memang cukup takut takleh raya

      Delete
  5. Zumal nie pun selalu dengar arwah tok wan cakap tak puasa tak leh raya, sebab nak raya Zumal pun puasa je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat yang. Selalu kita dengar kankan zumal

      Delete
  6. a ah kan.. betul.. pengertian trhadap puasa tu sering brubah2..
    hehehe.. tp makin dewasa kita makin mengerti hakikat puasa yg sebenar..

    selamat berpuasa ya =D

    ReplyDelete
  7. Puasa Yang yok, hahaha tu biasa... tapi tu dulu la. Sekarang dah jadi makcik2 ni lain perasaan tu kan.
    Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  8. hehehehee.. walaupun penegertian puasa pada kita berubah2 mengikut perubahan umur.. namun nikmat dan keseronokkan berpuasa tetap mengasyikkan... :)

    ReplyDelete
  9. masa kecik-kecik yang kita tahu kalau puasa means tak makan.dah meningkat dewasa baru kita tahu ia lebih dari itu..tapi memang parents dulu suka ugut 'x puasa boleh raya'..risau sangat dulu tak dapat pakai baju raya baru..hihihi

    ReplyDelete
  10. hehehe dulu2 senang, kena posa kalau nak raya.. sekarang nih jenuh nak pujuk untuk posa..macam2 ayat bagi pun macam2.. apapun memang cabaran laa nak ajak anak berpuasa..

    ReplyDelete
  11. zaman bdk2 byk ponteng drpd berpuasa

    ReplyDelete
  12. zaman kanak2 xpuasa penuh tak boleh duit raya hihihi...

    ReplyDelete
  13. Assalam arz,
    hat masa sekolah laaaaaaa paling hazab ghaser kan3
    especially sekolah rendah he3

    #BloggerUtara

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su