Misteri Penulis Nota Purba
Salam. Nota. Setiap dari kita pasti tidak akan terlepas dari membuat atau menerima nota. Paling tidak nota ringkas. Dalam kehidupan seringkali kita berjumpa bermacam jenis nota. Macam aRz, Nota yang paling mendebarkan adalah terbaca nota ringkas dari bos "Jumpa saya jam 9 pagi" bila pandang jam tangan yang berjenama Q&Q tepat jam 10 pagi. Phewww tiba-tiba berpeluh dibuatnya. Rasa macam penuh misteri apa yang bos nak katakan? kenapa jam 9 pagi? kan?
Itu Nota dari seorang bos yang kita kenali. Walaupun baru kenal 24 jam sekurang-kurangnya kita tahu macammana wajah bos kita. Tetapi bagaimana pula kalau terbaca nota dari seorang yang tidak dikenali dan misteri?
Itu Nota dari seorang bos yang kita kenali. Walaupun baru kenal 24 jam sekurang-kurangnya kita tahu macammana wajah bos kita. Tetapi bagaimana pula kalau terbaca nota dari seorang yang tidak dikenali dan misteri?
Nota purba penuh rahsia penuh persoalan |
Penulis Nota Purba ini sudah lama bergiat dalam menghasilkan penulisan yang kreatif, santai dan pastinya mampu merosakkan urat perut seperti yang aRz katakan tadi di bawah paras sedar. Lebih kurang 4 hingga 5 tahun sebenarnya dia bergiat aktif menghasilkan penulisan sebegini. Ramai yang tercari-cari siapa penulisnya, bagaimana wajahnya? Ingin juga aRz kongsikan terlebih dahulu serba sedikit mengenainya. Tak Kenal Maka Tak Cinta kan?
Siapa Penulis Nota Purba
Penulis Nota Purba atau boleh dikenali sebagai Fendi Rocka. Sempat juga aRz berhubung dan bertanya kenapa nama Fendi Rocka, minat rock? jawapannya Yahoo yang cadangkan ketika hendak mendaftar email Yahoo, Fendi Kacak sudah pun digunakan. Rocka bunyinya macam kental dan membawa perspektif supaya dia tidak rapuh dengan ombak mendatang.
Terlibat dalam penulisan di blog hampir 4-5 tahun, Kenapa mesti Nota Purba? jawapannya dia seringkali menulis di telefon terlebih dahulu, dan lama kelamaan terbiar, jadi dari situ datangnya idea Nota Purba.
Penulis Nota Purba sudah pasti bukan seorang yang suka pada gossip liar atau artis tetapi lebih suka bercerita kepada apa yang berlaku sendiri di dalam kehidupan seharian. Pada mula aRz cuma pandang sebelah mata apa sangat blog yang langsung tiada gambar. Rupanya FendiRocka merupakan seorang yang berseni, dan sangat teliti dalam penghasilan sebuah cerita pasti memukau anda supaya tidak jemu membacanya. Penulisannya berjaya memukau aRz menanti hari demi hari bila akan tibanya cerita baru.
Bercita-cita untuk menghasilkan buku atau buku yangmampu mengalirkan air mata seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai novel. Tetapi hasratnya dimulakan dengan penulisan di blog terlebih dahulu. Bagi anda yang masih tertanya-tanya bagaimana penulisannya dan dimana boleh membacanya aRz akan beritahu, teruskan membaca.
psstt : Fendi Rocka tak minat Nora Danish
Gambar Penulis Nota Purba
Masa yang dinantikan telahpun tiba. Akhirnya tersebar juga siapa penulis blog Nota Purba yang sangat misteri ini. Baru rasa macam sedikit puas bila dapat mengenali wajah penulis ini atau FendiRocka. Sebelum ini langsung tiada gambar wajahnya di blog dan semestinya menimbulkan rasa misteri. Apapun satu perubahan telah dilakukan dan FendiRocka tidak lagi menyembunyikan wajah sebenarnya.
Fendi Rocka penulis Nota Purba |
Sudah naluri manusia bila ingin mengenali seseorang pastinya soalan menguji minda ini terkeluar "Yang mana satu Fendi Rocka? Ada gambar dia tak?". Sudah kebiasaan. Bagi aRz bila sudah mengenali wajahnya baru rasa seakan lebih selesa bila membaca hampir setiap satu penulisannya. Beliau juga seorang yang sangat mesra dan pastinya suka bergurau senda.
Jika anda ingin mengenali lebih dekat, ingin membaca penulisan yang menguji minda dan kreatif boleh mengikutinya di
Blog - Nota Purba
Instagram - @fndrocka
Sampai disini saja perkongsian aRz kali ini. Jom alami sendiri apa yang aRz katakan di awal entri ini. Harapan aRz supaya anda juga dapat sama-sama merasai sebuah penulisan yang lain dari lain. Hasil dari jiwa seorang yang meminati seni, kreatif dan sudah pun menonton Pilot Cafe secara tidak sengaja.
Jumpa Lagi.
FR awesome :D
ReplyDeletepenulisan yang hebat kan
Deleteambik laa... amik laa hebatt...!!
Deletehahaha abang nizam...
Deletetersebar & jadi viral hari ni hehe
ReplyDeleteuntung FR sudah diviralkan
Deleteadakah Nota purba akan bertukar jadi nota moden bila dah viral? hehe
ReplyDeleteMungkin bakal bertukar kena tanya sama tuan blog
Deletememang suka baca blog Fendi Rocka ni.sempoi je cara dia menulis..
ReplyDeletepenulisan santai tapi kreatif
Deletenampaknya ramai yg buat review..mesti menarik blog NP ni..
ReplyDeletememang menarik Qaseh Abadi
Deletecubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya
ReplyDeletedalam sungguh bahasa ni
Deletebagus arz! lain dr yg lain entry arz ni!!
ReplyDeletekk eny paling suka penulisan FR.. tak payah letak gambar dan tak payah tulis gossip atau isu semasa.. penulisan dr hati dia yg sometimes kelakar dan sometims menyentuh jiwa....
simple tapi kreatif dan ada maksud setiap entrynya
Deletehehhe , baru la ku tahu ..
ReplyDeleteemma diana jangan lupa berkenalan dengan blogger kreatif ini
DeleteKegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..
ReplyDeletesebab itu juga dipanggil Nota Purba ya aim
DeleteNota Purba yang penuh misteri. Selepas ini mungkin bertukar nota moden :D
ReplyDeletenota yang membuatkan kita berfikir di luar kotak
DeleteSeorang FR yang misteri :D #EFG Awesome
ReplyDeletemisteri terjawab sudah ya angah
Delete
Deletesaya tak misteri pun, pemalu je.
Tiada lagi misteri :D
ReplyDeletebolehlah dikatakan Arzmoha memahami cerita di sebalik saya dan nota,thumbs up.
ReplyDeleteFr penuh misteri hihih...
ReplyDeleteFuhh review menarik la arz ..suka baca hehehe..fr mmg terbaik
ReplyDeleteterbaikk abg arz review awesome.. nota purba penulisan yang tak jemu dibaca :)
ReplyDeletemula-mula suka penulisan aRz...
ReplyDeletesekarang suka Nota Purba...
sorry aRz... lepas ni kalau akak tak singgah sini, harap faham...
cari akak kat Nota Purba
*hashtag : cemburu aRz buat review best.. lain dari yg lain.. baca tajuk pun dah best.. mencikkk....!!*
jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi
ReplyDeleteBlog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)
ReplyDeleteawesome
ReplyDeletetak pernah pergi blog nota purba. sekarang juga pergi serang. hehe
ReplyDeletemmg wajib singgah baca entry blog Nota Purba
ReplyDeleteSegala persoalan akan terjawab di nota purba
ReplyDeleteakhirnye tiada lagi rasia siapa FR.. hihi
ReplyDeleteakhirnye tiada lagi rasia siapa FR.. hihi
ReplyDelete#notapurba
ReplyDeleteBestnya bila org tertanya tanya pasal kita.....
ReplyDeleteTak pernah lagi singgah bog dia...
xpernah tahu lak
ReplyDelete.nnt leh p jenguk
terbaik EFG....misteri yang terungkai sedikit demi sedikit..nampak macam biasa,tapi ianya amat luar biasa..
ReplyDeletescary tengok gambar first tu. hahahaha. FR memang sangat misteri. ayat dia banyak kelakar pun ada
ReplyDeletetkr jd nota moden la plak ;-)
ReplyDeletedah terjah selepas ramai geng EFG buat review
ReplyDeletenota purba dulu kala yg akan tergelak jika dibaca isi kandungannya
ReplyDelete