Skip to main content

Review Aku Penghibur | Achik Dedahkan Rahsia Kejayaan Blogging

Aku Penghibur Dedah Rahsia Blogging

Salam. Pernah dengar blog Aku Penghibur? Pernah memenangi Malaysia Best Lifestyle Blog 2014 dan 2015. Mungkin masih ada yang belum kenali. Hari ini aRz ingin memperkenalkan siapa pemilik blog Aku Penghibur dan berkongsi tips kejayaannya didalam berblogging. Untuk pengetahuan pemilik blog ini juga menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari dan Exchange Feed Group.

akupenghibur, review aku penghibur, malaysia best lifestyle blog, arzmoha, motivation blog,

Asal-usul Nama Aku Penghibur

Asal nama Aku Penghibur adalah dari sebuah pertandingan Pengacara Majlis IPTA yang disertai, juri pertandingan tersebut adalah Datuk Aznil Hj Nawawi. Kata Datuk Aznil "you boleh jadi penghibur yang baik" dari situlah tercetusnya Aku Penghibur.

Empunya blog Aku Penghibur ini lebih mesra dikenali dengan nama Achik. Achik merupakan seorang yang sangat mesra dan disenangi rakan blogger lain oleh kerana sifatnya yang "low profile". Bak kata pepatah "Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung". Achik berasal dari negeri Johor.


Bila ditanya kepada achik apa pendapat achik mengenai Exchange Feed Group? Jawap achik sangat seronok sebab rasa macam keluarga yang sentiasa memberi sokongan pada satu sama lain.

Bagi yang belum mengenali Achik, beliau adalah seorang yang pendiam tetapi talkative, suka makan, senyum selalu, puitis, suka travel, tidak malu untuk mengaku anak emak dan sukakan bayi.

Jadi dah mengenali Achik serba sedikit kan? Jom baca lagi apa rahsia kejayaan achik dalam dunia blogging.

review aku penghibur, achik aku penghibur, review by arzmoha,


Apakah Ciri-ciri Kejayaan Seorang Blogger?

Achik Aku Penghibur mendedahkan sedikit ciri-ciri kejayaan seorang blogger. Antara ciri-ciri yang perlu ada adalah seseorang blogger itu mestilah

-mesti sedia dikritik.
-kreatif dalam penulisan
-storytelling
-semngat yang jitu
-pandai cari peluang
-tahu 'niche' dan hala tuju blog
-konsisten dalam penulisan
-tidak provokasi
-'flexible time'
-berintegriti
-boleh dipercayai 
-pengurusan susun atur blog yang baik
-Ada imej tersendiri

Walaubagaimanapun achik berkata lagi di setiap kejayan achik ada doa mak, keluarga yang tidak henti-henti dan sokongan dari kawan-kawan termasuk kawan sebenar mahupun maya dan pembaca blog.

-tanpa mereka i'm noting-


Dari segi penulisan, kata achik pada mula berblogging agak cincai tetapi setelah memasuki kelas dan timba ilmu bersama Denaihati barulah kesilapan dan kesalahan di dalam penulisan disedari. Achik mula berubah dan setiap idea yang terlintas di fikiran akan di catat serta diuraikan dan berdasarkan pengalaman. Benarlah penulisan berdasarkan pengalaman sangat bermakna.

Malaysia best Lifestyle blog 2014 2015, acik aku penghibur,

Di samping berkongsi rahsia blogging achik juga menyatakan matlamatnya berblogging adalah untuk menyebarkan ilmu Allah untuk dikongsikan bersama di samping menceritakan pengalaman tentang kehidupan terutama buat. remaja.

-menyebarkan ilmu Allah dan kongsikan bersama di samping menceritakan pengalaman tentang kehidupan terutama buat remaja-

Semoga niat ikhlas dan baik Achik tercapai dan diterima khasnya buat remaja hari ini.

acik akupenghibur, malaysia best lifestyle blog, arzmoha review,

Entry Aku Penghibur Pilihan Arzmoha

Entry achik yang menjadi pilihan aRz adalah entri Selamatkan Remaja Kita. Di akhir ini kita melihat bermacam-macam berita mengenai remaja, jadi pendapat aRz entri ini tersangat baik. Marilah sama-sama kita menjadi blogger contoh kepada remaja masa kini, mungkin tidak berhasil dalam masa yang dekat tetapi mungkin hasilnya nampak 10 atau 20 tahun dari sekarang Insyaallah.

Entri ini aRz akhiri dengan nasihat dari achik kepada blogger 

"Blogger sebagai role model yang baik, jika blogger tunjukkan sikap yang baik dalam penulisan pastinya ramai yang akan mengikuti dan jangan seperti cendawan tumbuh selepas hujan"

Setakat ini sahaja yang mampu aRz kongsikan hasil dari apa yang dikongsikan oleh Achik pemilik Blog Aku Penghibur.

Mari kenali dengan lebih rapat Achik dan Aku Penghibur

Blog : www.akupenghibur.com
Instagram : www.instagram.com/acik21
Facebook : https://www.facebook.com/AkuPenghiburdotCom

Jumpa Lagi.





Comments

  1. Ni mmg serius blogging.SB lain cerita..kejap timbul pastu tenggelam..hihi.btw AP ni byk beri inspirasi

    ReplyDelete
  2. terbaik review ni...jom terjah akupenghibur.com

    ReplyDelete
  3. Selamatkan remaja melalui penulisan... :)

    ReplyDelete
  4. wow daebak abg arz review acik :D

    ReplyDelete
  5. oh and of course. acik terbaik! :D

    ReplyDelete
  6. terbongkar satu lagi rahsia...

    ReplyDelete
  7. go acik!
    go arz!
    tetapkan nawaitu, in shaa Allah.

    ReplyDelete
  8. Arz n Acik good job... moga dua2 terus maju.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. wah banyak tips yang dikongsikan. Boleh di jadikan panduan.

    Hye arz. salam kenal dari saya.

    wahahahahahhahahha

    ReplyDelete
  10. best nya pernah jumpa wak doyok

    ReplyDelete
  11. bertuah bila kita berada sebumbung dengan acik di EFG, banyak yang dikongsikannya,all the best buat acik dan semua keluarga EFG, nice review aRz :)

    ReplyDelete
  12. moga acik trus sukses..

    arz kreatif...

    ReplyDelete
  13. acik yang sentiasa ada pengisian yang bermakna di blog-nya

    ReplyDelete
  14. dah lama follow blog acik ni..penuh dengan kata-kata nasihat dan motivasi

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak singgah blog Acik ni...Acik pun sama dah lama tak nampak kelibatnya kat Teratak Bunda..

    ReplyDelete
  16. suka baca blog acik. banyak faedah yg boleh diambil

    ReplyDelete
  17. suka baca blog acik. banyak faedah yg boleh diambil

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...