Skip to main content

Alkisah Nasi Lemak Apom Betawi

Salam. Ini bukan tajuk drama atau tajuk novel yang terkenal. Tapi kisah saya membantu wife saya mencari penyedia makanan untuk jamuan kecil-kecilan di pejabatnya. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi pejabatnya memanggil pembantu dari branch lain 3 atau 6 bulan sekali bagi menjadi 'helper' begitu juga pejabat lain. Walaubagaimanapun sudah menjadi adat bagi mereka menyediakan makanan untuk 'pecahlaju'  (breakfast) staf yang datang membantu. Dukacitanya, segala perbelanjaan makanan ini tidak ditanggung oleh pejabat.

 Pening juga nak memikirkan siapa yang boleh sediakan makanan. Ada juga dari branch lain hanya sediakan nasi lemak RM1. Mudah tak perlu fikir panjang.  Tetapi wife aRz nak sesuatu yang lain, atau erti kata lain macam nak buat kenduri jamu staff lain selain menghargai penat lelah mereka sudi membantu. Alhamdulillah teringat Kak Ina yang jual Kek Batik Sedap Pulau Pinang. Kak ina juga ada sediakan makanan untuk majlis kecil-kecilan seperti tahlil, kenduri kesyukuran, dan sebagainya. Serba boleh semuanya.

Nasi Lemak Apom Betawi Untuk Tempahan

Setelah berbincang panjang, wife aRz setuju untuk jamu nasi lemak dan apom betawi. Nasi lemak sudah tentu ramai yang tahu kan? Tapi apa pula Apom Betawi. Mungkin lain tempat lain panggilannya.
Macam mana rupanya? Jangan risau aRz ada gambar yang sempat dirakamkan untuk kemudahan semua.

Harga Tempahan

Mungkin ada yang bertanya bagaimana harganya? aRz juga ada masukkan harga dan berapa pesanan minimum yang boleh dibuat.

Apom Betawi, Untuk tempahan, Pulau Pinang, Penang, kenduri, majlis tahlil,
Apom Betawi Sedap Penang
Gambar diatas adalah Apom Betawi. Memang lembut. Makan satu dah tentu tak puas. Bukan kata untuk kenduri untuk dimakan saja pun boleh sambil tengok tv. Cik Puteri pun suka.

Minimum order : 50 biji
Harga sebiji : RM 0.25 (25sen)

aRz ada order lebih untuk Cik Puteri dan boleh tahan untuk 2 3 hari. Tapi 2 hari dah habis walaupun kat rumah ni cuma 3 orang hehe.

nasi lemak sedap penang, nasi lemak pulau pinang, untuk tempahan, majlis persaraan, breakfast, foodporn,
Nasi Lemak Sedap Penang
Gambar di atas pula Nasi Lemak Sedap Penang. Nama ni aRz yang letak. Nasi lemak ni memang puas hati makan. Sampai tengahari pun masih kenyang. Bila order untuk wife aRz mesti order lebih. Nak cuba juga sebelum berkongsi disini.

Minimum order : 10 bungkus
Harga sebungkus : RM 2.50

Untuk pengetahuan anda, boleh saja bagitau dengan kak ina untuk dapatkan sambal lebih, jika anda memang suka makan dengan kuah yang banyak. Tiada masalah. Yang penting bagitau awal.

Sesuai Untuk Pelbagai Majlis

Nasi lemak dan juga Apom betawi sesuai untuk bermacam jenis majlis, tengok juga pada waktunya. Kebiasaan nasi lemak di waktu pagi. Sesuai untuk mesyuarat projek, mesyuarat kecil AJK, ataupun majlis gotong royong. 

Apom Betawi pula boleh dijadikan sebagai hantaran, kuih muih, kenduri kesyukuran, majlis harijadi dan sebagainya.
Servis ini hanya di sekitar Pulau Pinang ( PULAU) sahaja. Sekiranya di luar dari kawasan ini sebaiknya bertanya terus dengan Kak Ina seperti dibawah.

Siapa Perlu Dihubungi?

Jika anda berminat untuk menempah Nasi Lemak, Apom Betawi atau ada juadah lain yang ingin ditempah jangan segan silu untuk terus hubungi

KAK INA
WHATSAPP sahaja : 0174299421

jika mengalami sebarang kesulitan
boleh hubungi no aRz :
whatsapp/sms/call 011-27130797
email : azrilmohdhaniffa@gmail.com

Semoga perkongsian ini membantu anda semua

Comments

  1. sedap tu..tapi sayang..jauh kalau nak tempah pun T_T

    ReplyDelete
  2. Apom betawi tu sama tak dengan apom nasi? Sebab mak panggil kuih apom, apom nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apom nasi besar lagi kan? Dan dia agak melekat sakit bila pegang serta makan dengan nyior kan?

      Delete
  3. Sedap tengok nasi lemak tu pagi2 ni..lepas aRz dah promote ni...mesti berduyun lah orang buat tempahan...Alhamdulillah, semoga bisnes beliau maju jaya..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bunda semoga bisnes kak ina semakin bertambah maju

      Delete
  4. rupanya nasi lemak DAN Apom Betani..pesal lah tulis nasi lemak apom betawi...confius sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis JM saya memang panggil apom betawi....hahaha

      Delete
    2. EHH...KEYBORD NIH...ehehehe..keyboard di salahkan

      Delete
    3. Hahaha mungkin tempat lain panggil lain

      Delete
  5. jauh sgt nk order nasi lemak tu x berbaloi...belum sampai sini dah basi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Penang sudahlah. Kasi peluang untuk kak ina Putrajaya pula

      Delete
  6. ini macam...kalau ada program kat opis penang boleh try la

    ReplyDelete
  7. semua ni order ngan Kak Ina tu eh.. huntong Kak Ina..
    kalo sedap mmg orang repeat order laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far mulut saya rasa sedap dan berbaloi..

      Delete
  8. nampak sedap sambal bilis tu, harganya masih dikira murah lagi jika dibandingkan disini.

    ReplyDelete
  9. nampak apom tu gebu..merekah dgn cantik ja..

    ReplyDelete
  10. bagus ni.. nanti kalau ada sesiapa nak order makanan, boleh la saya syorkan. in shaa ALLAH. sambal pun nampak penuh tu ha.. ada certain sambal bukan main sikit lagi. mentang2 la nasi lemak, bukan nasi sambal namanya. pfft~

    ReplyDelete
  11. tak ade taster ke abg arz? ngehngeh

    ReplyDelete
  12. kalau dekat mmg sy akan tempah... terutama hari jumaat

    ReplyDelete
  13. sipbaik baru lepas makan. kalo tidak konfem meleleh ayaq lioq tengok apom betawi & nasik lemak ni hehe

    ReplyDelete
  14. oooo, 2 makanan yang berbeza
    ingatkan nasi lemak tu namanya apam betawi
    feveret saya tu

    ReplyDelete
  15. kalau la dekat... boleh je tempah...aduhaiii sedap plak...

    ReplyDelete
  16. apom tu nampak sedap... nasi lemak pun dah lama xmkn. biasa mkn yg mak buat. hmmm rindu masakan mak pulak duk jauh2 ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...