Skip to main content

Mangsa Tragedi Helikopter Terhempas, Komen Negatif dan Sumbangan

Salam. Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah diucapkan buat keluarga Tan Sri Jamaludin Jarjis diatas kejadian yang meragut nyawa mangsa serta beberapa mangsa lain. Mangsa lain antaranya adalah Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alis, Juruterbang Kapten Clifford William Fournier, Pembantu Operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Razakan B Seran dan Ahli Perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

takziah, al-fatihah, jamaludin jarjis, mangsa helikopter terhempas,
Tan Sri Jamaludin Jarjis
Kejadian itu dikatakan helikopter yang dinaiki kesemua mangsa terhempas. Menurut Awani lagi dikatakan ada saksi mendakwa helikopter itu meletup sebelum terhempas dan kemudian meletup sekali lagi selepas terhempas.

sumber : Awani.

Komen Negatif

Baru sahaja beberapa jam selepas kemalangan yang meragut nyawa mangsa nahas helikopter terhempas, banyak komen-komen negatif telah mula memasuki Media Sosial. Masing-masing merasakan seperti mereka adalah Malaikat yang tidak pernah membuat kesalahan dan dosa. Ini sangat mengecewakan. Islam tidak mengajar kita dengan ajaran sebegini. Perjalanan arwah bertemu Ilahi sudah pun bermula dan kita bakal berdepan dengan saat ini. Apakah kita merasakan kita sudah cukup sempurna?

Lupakan perbezaan pandangan politik seketika. Ini bukan masanya berdebat tentang politik. Sebaiknya aRz menyeru kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Apakah kita sudah merasakan amalan kita sudah banyak? Jika sudah banyak sekalipun apakah diterima oleh Allah S.W.T? sehingga kita menjadi hakim menentukan nasib seseorang yang bakal dihadapi di akhirat kelak?

Kita tidak tahu amalan kita yang mana diterima oleh Allah S.W.T.

Kisah Allahyarham Yang Kita Tidak Ketahui


Kita memang mudah untuk menghukum sesama manusia. Adakalanya kita tidak ketahui amalan yang baik dilaksanakan oleh orang lain. Mungkin kita sendiri tidak pernah melakukannya. Berhenti menghakimi orang lain.

Saya terbaca kisah Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis yang kita tidak ketahui melalui facebook Pagawai Khas Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat En. Syahril A. Kadir.

Melalui perkongsiannya di akaun facebooknya beliau merupakan seorang yang yang diberi kepercayaan oleh Tan Sri Jamaludin Jarjis untuk membawa sejumlah duit zakat peribadi Tan Sri untuk disalurkan kepada anak-anak yatim mangsa gempa bumi yang beragama Islam di Pulau Nias, Sumatera Indonesia. Ianya disalurkan sejak lebih 10 tahun yang lalu lagi. Katanya lagi kali terakhir membawa wang zakat Tan Sri kira-kira 4 bulan yang lepas. 

Ada juga disalurkan kepada anak-anak yatim mangsa gempa bumi yang beragama kristian. Bukan setakat itu sahaja tetapi sumbangan dalam negara juga turut diberikan tanpa media dan publisiti.

" Selagi saya masih hidup, tak payahlah cerita benda ini " ini antara pesanan Tan Sri.

Rumah anak yatim, Pulau Nias, indonesia,

Gambar Terakhir Allahyarham


Jamaludin Jarjis, takziah, mangsa helikopter terhempas,
Gambar terakhir sebelum tragedi helikopter terhempas

Ini adalah gambar terakhir yang disiarkan di Awani ketika menghadiri satu majlis.

Ingatlah "Setiap yang bernyawa pasti merasai mati"

Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan.

Elakkan dari menyebarkan hal yang tidak baik. Kerana kita sendiri tidak tahu pengakhiran kita bagaimana pula. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Setiap kematian yang berlaku sepatutnya memberikan peringatan kepada kita supaya kembali Allah S.W.T. dan menginsafi diri masing-masing.

Al-Fatihah.


Comments

  1. semoga keluarga arwah tabah menerimanya...Al fatihah..

    ReplyDelete
  2. semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat

    ReplyDelete
  3. salam takziah untuk kesemua mangsa.. semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian Allah ini..

    ReplyDelete
  4. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
  5. Agak terkejut dengan berita ni... Al-fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang mengejutkan bila tahu salah seorang adalah arwah Tan Sri JJ

      Delete
  6. Al Fatihah... janganlah kematianpun di kaitkan dengan politik,hormatilah perasaan ahli keluarga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. kisahnya dunianya sudah berakhir

      Delete
  7. saya ada terbaca pasal ni. Innalillahiwainnailaihirojiun. yang dah pergi tu kita sedekahkan lah alfatihah. tak perlu disebut2 perkara yang dah lepas. xley buat apa pun dah. skang ni hanya antara dia dengan Tuhan

    ReplyDelete
  8. Semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  9. Innalillahhiwainnailaihiroji'un.
    Mulia sungguh peribadi Allahyarham.
    Semoga beliau ditempatkan bersama golongan orang beriman & dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus.

    ReplyDelete
  10. baik buruh allahyarham biar Allah yang nilaikannya. kita yg hidup ni, silalah muhasabah diri sbb mati tu cuma sblh kita je

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah dan salam takziah kepada ahli keluarga arwah...

    ReplyDelete
  12. takziah.. semoga ditempatkan bersama mereka yang dikasihi..

    ReplyDelete
  13. siapalah kita untuk menilai seseorang itu
    semoga dicucuri rahmat ke atasnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...