Skip to main content

Virus Typo Semakin Menular

Salam. Ahad. Selamat berhujung minggu.
Sejak aRz join group Exchange Feed Group (EFG) dengan motto Bukan Sembang Kosong banyak ilmu blogging yang dapat disedut. Antara ilmu blogging yang paling penting dikongsikan adalah tips SEO.


EFG, exchangefeedgroup, bukan sembang kosong, tips blogging, Blog Mesra SEO,
#bukansembangkosong

Sebagai seorang blogger teknik SEO adalah amat penting untuk memastikan blog kita menjadi mudah dijumpa oleh enjin pencarian. Antaranya teknik dan tips SEO yang aRz dah pelajari tapi belum mahir sepenuhnya, ( biasalah menuntut ilmu bukan mudah mahir dalam masa yang singkat ) melalui group ini adalah :

1. Bagaimana memastikan blog mendapat markah 100%  SEO di chkme.
( periksa score SEO blog anda)
2. Cara meningkatkan UV ( Unique View )
3. Tips Entri SEO
4. Coding ( untuk memasang widget dan sebagainya )
5. Penyebaran virus Typo

Penyebaran Virus Typo 

Untuk pengetahuan anda semua. Setelah group EFG ditubuhkan maka group whatsapp EFG juga telah ditubuhkan serta merta menjadi medan perkongsian dan perbincangan serta pengajaran ilmu blogging. Disini bermulanya VIRUS TYPO yang aRz katakan di tajuk entri kali ini. Typo atau erti kata lain kesilapan ketika menaip perkataan. Mungkin antara faktor utama typo adalah menaip dengan terlalu cepat dan juga faktor smartphone yang digunakan.

Kini virus ini sedang melalui proses penyebarannya ke seluruh negara. Fakta ini dibuktikan melalui Search Keywords di blog aRz. Betul ka? Tak Percaya? Jom tengok gambar dibawah

Search, keywords, arzmoha, blog, blogger malaysia,
typo di search keyword

Haha ingatkan masa menaip di group saja ada typo rupanya search keyword pun typo juga. Walau apa pun terima kasih sebab sudi taip dan masuk ke blog aRz.

Alang-alang dah bercerita mengenai ExchangeFeedGroup diatas tadi jadi aRz panjangkan sedikit mengenai apa yang aRz dah belajar mudah-mudahan ia menjadi perkongsian yang bermanfaat.

Blog Capai 100% SEO

chkme, SEO, score SEO, 100, tips blogging,
SEO score

aRz yakin semua inginkan blog masing-masing mesra SEO bukan? Apa guna adanya blog jika tidak mampu sampaikan pada pembaca yang benar-benar ingin mencari maklumat yang sedang anda sebarkan. Jika anda menjalankan perniagaan pastinya anda inginkan blog anda sentiasa berada di page pertama carian enjin Google.

Jika anda ingin perubahan ketara, jawapannya anda perlu mencari penyelesaiannya dengan segera. Antaranya menuntut ilmu, mengupah pada yang pakar, membuat penyelidikan di google atau bersama-sama dengan aRz serta kawan-kawan di EFG

blog mesra seo, chkme, SEO,
Senarai barisan ahli EFG beserta Score SEO

Jika anda ingin sama-sama berjaya dan berkongsi ilmu blogging ringan jari jemari anda turut serta bersama kami. Tiada bayaran dikenakan setakat ini. Ianya PERCUMA. Berpeluang mengenali blogger lelaki yang KACAK, MACHO, COMEL tetapi semuanya sudah berpunya. Tidak lupa barisan blogger wanita yang Comel, Manis, Segak, Cantik ada yang sudah berpunya dan masih lagi single and available. 

Walaubagaimanapun ruang whatsapp ini dikhaskan untuk bertanyakan mengenai blogging, perkongsian ilmu, pertanyaan rasmi dan juga tidak rasmi sahaja.

Baiklah aRz hanya berkongsi sesuatu yang baik untuk anda. Tepuk dada tanya selera. Mahu berada ditempat yang sama atau membuat perubahan demi untuk sebuah kejayaan. Jika anda berminat untuk sama-sama menyertai aRz dan kawan-kawan bolehlah 

emailkan pada :
azrilmohdhaniffa@gmail.com

atau whatsapp/sms/call :
011-27130797

atau hubungi seperti yang tertera di dalam gambar di bawah

Jumpa Lagi

EFG, Exchange Feed Group, BUkan Sembang Kosong,
ExchangeFeedGroup



Comments

  1. Assalammualaikum... arzmoha,

    mselim3 pun tak dapat seo chme nie 100 % ... oklah... boleh aje mselim3 macam mana nak dapat 100 % nie...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom mselim join kami di efg. ramai yang akan membantu

      Delete
  2. search keyword guna ubat gigi tu yang x tahan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mungiin bersihkan lampu kereta guna ubat gigi rasanya

      Delete
  3. Replies
    1. betul jia kalau taip laju-laju pasti banyak typo

      Delete
  4. sis kerap juga typo ... heh heh

    ReplyDelete
  5. ada polis typo tu x tahan kan.. cc:kc :P

    ReplyDelete
  6. nk citer pasal virus typo tu satu perenggan je...selebihnya pasal EFG.....tajuknya berkenaan Virus Type hurmmm...ponink den

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebabnya virus ni banyak datang dari group EFG sis JM

      Delete
  7. tahniah kerana blog ArZ mesra SEO...blog sis JM..totally out

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis JM tak perlu SEO sebab ramai peminat

      Delete
    2. Betul kata Sis JM. Gigih gak akak membaca nak sampai ke part virus typo tu :)

      Delete
  8. Apa nih? Kejap EFG.. Kejap SEO... ABC mana? Hausss dah nih!

    ReplyDelete
  9. eh bukan kak eny tau yg search tu hahaahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha kak eny saya tak sebut pun hehe

      Delete
  10. huhu filem indon best giler pun melekat di arzmoha , ada ke entri tu ... EFG bukan sembang kosong.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kak ana masih melekat sampai sekarang

      Delete
  11. macam best pula exchange2 ni... nanti saya wssap abang arz ye mengenai seo ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sedikit sebanyak memberi kesan pada UV blog

      Delete
  12. jangan lepaskan peluang .."Berpeluang mengenali blogger lelaki yang KACAK, MACHO, COMEL tetapi semuanya sudah berpunya. Tidak lupa barisan blogger wanita yang Comel, Manis, Segak, Cantik ada yang sudah berpunya dan masih lagi single and available. "

    ReplyDelete
  13. SP tak pernah rajin nak join group whatsapp, malas sangat nak on..hehe

    ReplyDelete
  14. Aah,Arz...type lelaju mesti typo.
    Mmg betul faktor smartphone jugak..otomatik keluar anything yang related.

    ReplyDelete
  15. Terhibur jap baca keywords kat atas :)

    ReplyDelete
  16. typo x pe tp jgn terbawa2 msk ke dlm dewan exam ;)

    ReplyDelete
  17. hahahahaaahaa... #EFG kena keluarkan ubat mengatasi penyakit typo ni... confirm laku...!!

    ehhh... jap... tapi kan Typo Tu Comel....!! hehehehehe... :)

    ReplyDelete
  18. perghhh terharunya abg arz puji kc. yela kat atas tu kata blogger comel. kc kan? muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pula nak letak blogger COMOT hahaha

      Delete
  19. Search keyword pun typo gak tuh,dsyatnya penyebaran virus typo ni ;)

    ReplyDelete
  20. typo..salahkan keyboard..hehe..
    bestnya mesra SEO..

    ReplyDelete
  21. kalau tak selalu update blog boleh ke join ? itewww malu hahaha..

    ReplyDelete
  22. saya pun selalu typo jugak
    dah nampak tapi malas nak perbetul

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...