Skip to main content

Menggigil Selepas 2 Tahun Meninggalkannya

photography, arzmoha, rain, hujan, gambar cantik, Gerik, Car, Hill, Bukit,
| arzmohdhaniffa photography | Titisan Hujan

Salam. Hari ini cuma nak berkongsi pengalaman. Bagaimana sukarnya nak melakukan sesuatu perkara yang dah lama kita tinggalkan. Bagi aRz 2 tahun itu agak lama. Bagi mereka yang ketagihan menghisap rokok pastinya jangka masa itu sesuatu yang cukup hebat jika berjaya meninggalkan tabiat buruk itu.

Tetapi hari ini apa yang aRz ingin kongsikan bukanlah aRz ini seorang penghisap rokok tegar, atau mengambil benda-benda yang tidak elok.

BUKAN

aRz mengamalkan gaya hidup yang sihat. aRz tahu rokok dan sebagainya merupakan suatu perkara yang merugikan. Tak hensem pun hisap rokok. Tak macho pun. Tak suwett juga.

Jadi apa yang aRz tinggalkan?

Ceritanya begini. Pagi jumaat lepas, aRz terbaca satu memo di atas meja. aRz yakin ia dari tulisan rakan sekerja. Rasa macam nak koyak. Sebabnya memo tersebut mengajak aRz untuk ke kepada perkara yang aRz dah lama tinggalkan. Orang yang terlibat dengan perkara ini pun mungkin terfikir aRz tak mungkin kembali lakukannya.

Tetapi selepas dipujuk beberapa rakan, aRz tarik nafas dan terima ajakan tersebut.

Ya pengaruh rakan sebaya. Tapi tak sebaya sangat pun.

"huh...." Rasa menyesal pun ada. 2 tahun ditinggal pergi. 

Banyak suka dan duka yang dah pun dilalui. Bukan mudah. Tetapi perlu korbankan sesuatu. Masa, wang dan sedikit perhatian.

Teringat kali terakhir.

langkah, erti kalah, jangan mengalah, arzmoha, gambar cantik, photography, foot,
| arzmohdhaniffa photography | Melangkah jangan kenal erti kalah

Ya. Kali terakhir aRz lakukan perkara ini.

Kaki bagaikan bergetar. 

Lutut menggeletar bagai ternampak harimau.

Jantung usah dicakap "dup dap dup dap" bermacam melodi ada cuma masa tu belum ada lagi rentak 'sakitnya tuh disini'

Badan terasa seram sejuk.

Otot-otot tangan dikemaskan. Melihat pada benda tu. 

Bulat. Licin. Agak berat.
Tatkala ini. Hanya Allah saja tahu. aRz sedang melawan dengan jiwa yang memberontak.

aRz perkemaskan nafas, tangan sambil memegang dicelah cari benda bulat itu.
Ternyata ia menguji emosi dan mental.

Masa ini bagai ada suara yang tergiang-giang di telinga, suara yang lembut tidak terlalu menggoda.

"Kau Boleh"
"Fikirkan Kau Boleh"
"Aku Pasti Boleh"

Bak iklan Milo.

Lantas segala telah bersedia aRz memulakan langkah melepaskan bola Bowling yang di hadiahkan oleh seorang rakan ke arah Lorong.

Tapi bukan rezeki. Cubaan pertama masuk longkang. Ternyata aRz bukan dilahirkan sebagai Juara Bowling.

aRz terima hakikat ini. Tetapi esok sekali lagi aRz akan kembali setelah 2 tahun meninggalkannya dengan memperkemaskan langkah, mental dan emosi.

Mudah-mudahan terpilih mewakili pejabat.

Jumpa Lagi.


#exchangefeedblog
#EFGBukanSembangKosong

Comments

  1. Amboii tajuk ingat pe laaa tadi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, Arz.
      Cepat-cepat saya baca nak tau ending.

      Delete
    2. hehe yaka kaka lya dan Dr Shikin...jangan marah aaa

      Delete
  2. Amboii tajuk ingat pe laaa tadi huhu

    ReplyDelete
  3. hahaha..ingatkan ape tadi. dedo jek baca. siap ada sakitnya tuh disini tuh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdebor2 saya baca.
      Kalau bukan rokok
      ...apa pulak halnye ni?

      Delete
    2. Tajuk macam ni biasanya orang suka baca kan?

      Delete
  4. suka buat suspen, hehe.. bak kata pepatah EFG tajuk kena kontroversi haha... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau doktor, biasa dengan ECG..
      Untuk check jantung.

      Delete
    2. owhhh ECG check jantung....tp EFG bagi sakit jantung hehe

      Delete
    3. abc? ecg? EFG? ABC? coding ka ni hehe

      Delete
    4. lagu hindustan..pernah dgr...ABCDEFG...XYZ! I love U...

      Delete
    5. pernah.... i love u? untuk SS ka?

      Delete
  5. Tajuk suspen. Permulaan pun suspen. Haish.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.. arzmoha,

    hahaha.. ingatkan apa tadi... rupa nyer baling bola bowling... suspend aje.. heheh

    mselim3

    ReplyDelete
  7. ayat bombastik..bikin saspens je baca..hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai syira terima kasih. sebagai blogger kena pelbagaikan cara menulis

      Delete
  8. owh boling..ingatkan apa tadi bro..
    dah agaklah.. nice writtinglah,.
    mudahan terpilih..good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sobri yaacob lama tak dengar kisah mengembara SY

      Delete
  9. biase la tu... dah lame tak main bowling....

    Owh! Jom Kenal | Segmen - Owh!MananQayyim™

    ReplyDelete
  10. aRz.....!!
    ada juga kena hempuk dengan bola bowling jap lagi ni....

    arrrggghhhhh.....!! :p :p :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. hempuk pakai bola bowling xbest.. durian best..hahah :P

      Delete
    2. Anizz nak hempuk dengan durian...??
      kurang pulak sorang ahli EFG nanti.. kekekekekeee... :p

      Delete
  11. Tak boleh jadi wakil negara ni, nervous sangat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahaha...wakil negara training hari hari

      Delete
  12. pening jugak nak fahamkan .. 3 kali jugak repeat baca. hahaha

    ReplyDelete
  13. hihiii..ingat apa tadi...rupanya main bowling....
    teruskan latihan, semoga berjaya...

    ReplyDelete
  14. abg arzzz....ape ni, xfaham kita story ni... abg arz isap rokok ke main bowling ni.... pening222 :D hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisya pun pening baca entri ni eh..ahaha...

      Delete
    2. hahaha untuk aisya saya akan buat entry dalam bahasa germany sis JM

      Delete
  15. cehh..tu je nk citer...gigil bagai...dap dip dup bagai...ahahaha...setakat bowling je kot...sis JM pejam mata pun boleh strike ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan men cilok menyorok sis JM kena pejam mata hehe

      Delete
    2. kalau mencilok pejam mata mmg cari nahas lah

      Delete
    3. muahaha...alamak cium belakang kereta la

      Delete
  16. kalau nk terpiluih haruslah byk training...tangan tu pastikan lurus....cara baling pun perlu ada style..x leh main belasah je

    ReplyDelete
  17. ingatkan mendaki gunung kinabalu tadi...hehehe

    ReplyDelete
  18. iklan milo bukan ke "Kalu tak pahit bukan tongkat ali namanya"... Salah ehhh? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha??? tongkat ali??? pahit?

      Delete
    2. sah aRZ x pernah minum..kacip fatimah pernah minum?

      Delete
    3. haaa? kicap cap tamin pernah rasa muahaha

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...