Skip to main content

Cara Untuk Memasang PageBreak

Salam. Kelajuan blog. Perkara yang tidak perlu dipandang remeh. 
Kenapa? Sebab yang paling mudah kenapa blog mesti ringan adalah untuk memastikan pengunjung tidak rasa bosan atau malas menunggu masa loading yang agak lama. Terutama yang melayari menggunakan data plan atau broadband.

Baik setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Di EFG kami bukan sahaja hanya berkongsi FEED blog, bukan juga hanya berbincang mengenai trafik blog, tetapi berkongsi pendapat, cadangan dan idea untuk memastikan kualiti berblogging semakin baik.
Bagi yang belum sempat mengetahui apa itu EFG cepat-cepat baca.


Baik, antara perkongsian pendapat di dalam group whatsapp EFG adalah bagaimana nak kurangkan berat loading blog. Baik perkara ini pernah dikongsikan oleh sis Jari Manis. Tetapi hari ini saya kongsikan disini Bagaimana cara untuk memasang Pagebreak. Akan datang sayakongsi lagi apa benefit berada didalam EFG.

Cara Untuk Memasang Pagebreak Pada Entry


Page Break. Saya nak terangkan page break dari segi istilah tak berapa pandai. Saya lebih suka bercerita dengan gambar. Setelah memasang PageBreak di dalam entry anda. Homepage anda akan kelihatan seperti gambar di bawah.

Page Break, tips, tutorial
Selepas Memasang Page Break

Entri anda di homepage hanya kelihatan ringkas atau hanya perenggan pertama bergantung dimana anda meletakkan pagebreak tersebut. Cara-caranya ialah

1. Pergi Dashboard > Layout (1) >Blog Post (2) > Edit
tutorial, tips, pagebreak
Click gambar untuk paparan lebih jelas

2. Gambar di bawah. Ana boleh menukar ayat atau perkataan yang anda ingin paparkan ketika di homepage, seperti "Baca selanjutnya" "Read More" dan lain-lain. Sekiranya tidak ada tidak perlu ubah apa-apa. Selain itu kurangkan Bilangan Post anda di main post. Lihat saya hanya letakkan 3 sahaja.

tutorial, pagebreak, tips, blogging
Click gambar untuk paparan lebih jelas
3. Anda boleh mula menaip entri. Seperti gambar di bawah. Taip entri seperti biasa. Kalau boleh menggunakan perenggan pertama adalah ayat yang boleh memancing pengunjung untuk membaca lagi entri anda. Selepas siap menaip klik cursor ditempat yang anda ingin meletakkan pagebreak seperti dibawah perenggan pertama. Kemudian baru klik icon pagebreak.

Pagebreak, tutorial, tips,
Click gambar untuk paparan lebih jelas

4. Lihat pada arrow (di gambar bawah) merupakan hasil selepas anda tekan pada icon pagebbreak. Kemudian save dan publish entri anda.

Pagebreak, tips,
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
5. Selepas publish cuba lihat pada homepage anda samada berjaya memendekkan entri anda atau tidak. Perhatian : Hasilnya hanya kelihatan pada entri yang anda letakkan sahaja. Untuk entri lain anda perlu letakkan edit semula.

Bagaimana? berjaya atau tidak? Sekiranya berjaya TAHNIAH.
Sekiranya tidak boleh hubungi saya 
di facebook/twitter/IG : arzmoha

atau whatsapp sahaja di : 011-27130797
email : azrilmohdhaniffa.gmail.com

Banyak lagi tips yang menarik anda boleh pelajari di #ExchangeFeedGroup. Jangan lepaskan peluang ini.

Jumpa Lagi



Comments

  1. terima kasih abang arz kongsikan ni ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih aRz, Alhamdulillah menjadi dah, harap lepas ni lebih ringan blog kak ana, In Shaa Allah.Tq so much .EFG memang banyak membantu mencari penyelesaian dalam dunia blogging.

    ReplyDelete
  3. Istilah yang lebih tepat adalah 'insert jump break'... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah JUMP pastu BREAK...sudah nya celepek hihhihi

      Delete
    2. BREAK tu kalu salah eja jadi BERAK.... He He He..

      Delete
    3. nyaris 2 dh tadi nk publish BERAK tara basuh nasib baik baca dulu sebelum publish heee

      Delete
    4. Lain kali Jari Manis tu baso bersih2....

      Delete
  4. BETUL ArZ..lepas pasang page break ni blog semakin ringan dari tuan blog :-)

    ReplyDelete
  5. page BREAK dari segi istilah adalah page yg di simplied/di sembunyikan..pastu kalau nk dapat full view sila klik Read More..ehh...boleh pakai ke

    ReplyDelete
  6. Template blog saya memang dah azali dipage break kan. Hehe. Tapi yang masalah tak bestnye, gambar jadi terlampau besar pulak. Acaner tu?

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang menarik, terima kasih...

    ReplyDelete
  8. Scha punya blog memang dah disingkatkan awal2. Nak insert page break tu je tak tahu mcmana. maybe sbb coding dh lain. hehe

    ReplyDelete
  9. Good job...Arz ada tuto lagi... nnt nak cuba praktikan

    ReplyDelete
  10. Betul, betul. Page break memberikan pilihan kepada pembaca dengan kepelbagaian entri
    yg kita tulis. Kira salah satu dari teknik memujuk jugalah tu.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Try je kc, bukan blog awak ngap awak pun kalau salah, hehehe :D

      Delete
  12. saya memang suka sangat page break. sebab tak menyerabutkan blog. hehehe ^_^

    ReplyDelete
  13. Bunda dah lama nak buat ni...tapi tak pandai2...Lepas ni Bunda nak cuba yang ni pulak...

    Terima kasih berkongsi ilmu....

    ReplyDelete
  14. dulu penah buat tp rs mcm terpaksa je hahahaha

    ReplyDelete
  15. ha, senang je kan. dulu saya x tahu. lepas tu belajar kat mana entah, senang rupanya. hahahhaha

    ReplyDelete
  16. bagus boleh jadi rujukan kawan2 yang lain..
    dulu CT buat jugak sekejap.. tapi lama2 CT lebih suka entry full ehehe..

    ReplyDelete
  17. Mungkin lebih baik guna kod auto read more. Lebih cantik, kemas dan tersusun..

    ReplyDelete
  18. Nice sharing..tertanya juga macam mana nak buat page break ni..thanks atas tutor nye ya.. ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...