Skip to main content

Bila Cuaca Panas Abah Jadi Rajin

Penang port, ferry, penang, gambar cantik, arzmoha, kapal, lautan
| arzmohdhaniffa photography | Penang Port. Gambar diambil dari atas Feri Pulau Pinang

Salam. Cuaca agak panas sejak beberapa minggu ini.
Mungkin atas faktor hujan yang tidak turun sudah beberapa minggu. Di corong-corong radio pun minta supaya kurangkan aktiviti luar yang terdedah terus dengan matahari. Bagaimana di negeri lain?. Bak kata DJ Pi Mai fm "panaih lit lit". Jadi apa kena mengena dengan abah jadi rajin? baca selanjutnya.

Bila Cuaca Panas


Ya. Bila cuaca panas sudah tentu menjadi kerisauan aRz pada Cik Puteri yang dari kecil memang badannya agak panas. Bukan demam tapi suhu badan memang panas. Masa kecil dulu kerap ke klinik sebab risaukan suhu badannya. Sampai doktor gelak, sebab tak demam pun. Sejak dari tu rasa perlunya ada termometer mengambil bacaan suhu dari telinga. 

Setiap ibubapa pasti ingin melihat anaknya sentiasa sihat. Jadi atas faktor itu " abah jadi rajin". Rajin mandikan Cik Puteri. Kalau tengok saja Cik Puteri dah berpeluh peluh sangat tu tanda dia mula rasa tak selesa, lepas tu akan gatal-gatal. Jadi abah kena rajin mandikan agar Cik Puteri rasa lebih selesa dan tidak demam panas. Selain dari mandi yang kerap aRz juga sentiasa doakan agar sentiasa sihat, kerap minum air masak, dan kurangkan aktiviti luar buat Cik Puteri.

Dari usia Cik Puteri 2 bulan memang aRz yang lebih banyak mandikan. Kenapa tidak mama Cik Puteri?. Sudah pasti dalam hidup berumahtangga perlu saling bantu membantu, tolong menolong bukan? Jadi apa salahnya ambil tanggungjawab mandikan anak. Bila anak sihat semua orang pasti rasa gembira. Hargai nikmat sihat

Jumpa Lagi.







Comments

  1. Sekarang kawasan utara memang panaih lit lit..kita yang dewasa ni pun tak tahan apatah lagi kanak-kanak..

    ReplyDelete
  2. memang kita cepat risau pasal kesihatan anak²..anak kecik.sorang lagi la..vagus bagus abah.

    ReplyDelete
  3. kat sini pagi sampai tengah hari memang panas. tapi dah masuk lewat petang, hujan lebat turun.... betul, kenalah sama-sama saling membantu. jangan sorang je buat

    ReplyDelete
  4. Hehehehe bagus laa tu laksanakan tanggungjawap bersama...ringankan tugas si isteri..

    ReplyDelete
  5. kiranya Abah Puteri RAJIN part mandikan ANAK je lah ye..part lain? malas! hihhiih

    ReplyDelete
  6. part paling kelakar adalah...ABAH jadi RAJIN bila CUACA PANAS...bila CUACA SEJUK ABAH jadi MALAS ke ahahaha

    ReplyDelete
  7. kalau lah sis JM dapat abah like aRZ ni....dah besar pun mesti nk tido bawah TETI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tido bawah TETI ok lg JM... Takut2 dah beso pon nak Abah mandikan... Ha Ha Ha...

      Delete
  8. kita yang dah besar pun tak tahan panas.. si budak-budak kecik apatah lagi kan...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah sini ujan lebat smlm

    ReplyDelete
  10. pandai Abah mandikan anak..untung Cik Puteri.moga jadi anak yang solehah ye

    ReplyDelete
  11. Orang kata masa mandikan anak tu, kasih sayang mengalir..kira macam dapat eratkan hubungan anak dan abah la bila mandikan tu..thumbs up!

    ReplyDelete
  12. bagusnya... untung mama Cik Puteri dpt husband rajin...
    jgn rajin time ni ja la..hihi

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah....selain dari rajin mandikan Cik Puteri, bab apa lagi yang abah rajin ek Cik Puteri?

    ReplyDelete
  14. Mandi mmg cara terbaik hilangkan panas dan elak demam.... Good Abah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...