| arzmohdhaniffa photography | Titisan Hujan Salam. Hari ini cuma nak berkongsi pengalaman. Bagaimana sukarnya nak melakukan sesuatu perkara yang dah lama kita tinggalkan. Bagi aRz 2 tahun itu agak lama. Bagi mereka yang ketagihan menghisap rokok pastinya jangka masa itu sesuatu yang cukup hebat jika berjaya meninggalkan tabiat buruk itu. Tetapi hari ini apa yang aRz ingin kongsikan bukanlah aRz ini seorang penghisap rokok tegar, atau mengambil benda-benda yang tidak elok. BUKAN aRz mengamalkan gaya hidup yang sihat. aRz tahu rokok dan sebagainya merupakan suatu perkara yang merugikan. Tak hensem pun hisap rokok. Tak macho pun. Tak suwett juga. Jadi apa yang aRz tinggalkan? Ceritanya begini. Pagi jumaat lepas, aRz terbaca satu memo di atas meja. aRz yakin ia dari tulisan rakan sekerja. Rasa macam nak koyak. Sebabnya memo tersebut mengajak aRz untuk ke kepada perkara yang aRz dah lama tinggalkan. Orang yang terlibat dengan perkara ini pun mungkin terfikir aRz ta...
Kisah Semasa, Travel, & Review