Skip to main content

Sampai Masa Ku Undur Diri

Potraiture, potrait, photography, arzmoha, blogger, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | Self Potraiture

Salam. 
Terima kasih sudi singgah disini. Walaupun blog ini kekadang sentiasa update, kekadangnya tak ter'update'. Adakala sampai rasa kosong untuk menaip sesuatu. Baru tahu betapa mencabarnya untuk menjadi penulis. Memang 'respect' pada penulis yang mana tulisannya mampu mengubah hidup seseorang untuk lebih berjaya.


Ada masanya bila idea tak muncul tiba. Ya.. rasa bagai mengundur diri itu lebih baik. Untuk apa berpenat untuk menaip entri panjang lebar yang belum tentu ada pembaca dan pengunjung setia. Jika ada pasti menggembirakan hati saya. Tetapi hakikat sebenar susah untuk bertahan menyiapkan entri setiap hari. Ada antara mereka ini insan yang hebat mampu menghasilkan 3 atau 4 entri sehari. Malah ada yang mampu hasilkan lebih.

Undur diri. Mengalah dengan mudah bukan prinsip yang saya pegang. Tidak kira dalam apa jua bidang. Samada bersukan, bekerja ataupun dalam kehidupan seharian. Bila sekali menjejakkan kaki dalam dunia blogging kena teruskan. Sampai mampu menghasilkan sesuatu. Paling kurang dapat berkongsi ilmu.

Jadi apa kena mengena dengan tajuk entri ni?

Sebenarnya saya merasakan akan mengundurkan diri bermula akhir bulan ini dengan menanggalkan iklan nuffnang di blog saya. Bukan marah sebab income nuffnang sikit, tapi cuma merajuk sikit. Walaubagaimanapun apa yang paling penting saya nak mencuba sesuatu yang baru dan ada beberapa sebab yang jika sempat saya kongsikan di blog mengapa saya akan tanggalkan iklan ini.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. SP dah lama tinggalkan nuff. Tak berbaloi langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak berbaloi..saya baru nk mncuba nuffnang

      Delete
    2. Nuff kedekut dan lebih kepada iklan advertorial. Blogger kena rajin review iklan produk diorang.. SP cadangkan Komli yang jauh lebih baik..

      Delete
    3. ooo ya ka... Komli tu yg baru ka..

      Delete
    4. baru dengar gak nih... hehehe.. (ceh.. padahal.. nutfang pun tak pernah gune) =p

      Delete
  2. Cer citer..nak tahu apa sebabnya tu...

    ReplyDelete
  3. Dah lama dah buang ...hehehe mak aii tajuk cam nk undur diri dr berblogging la pulak..

    ReplyDelete
  4. Wah ada yg baru ..Nak letak apa pula pasni ..cer cter cer citer

    ReplyDelete
  5. Bunyi tajuk macam nada merajuk... Cer citer skit...

    ReplyDelete
  6. sedihnya..cubalah bertahan dulu..mungkin boleh menulis sesuatu utk dikongsi bersama pembaca..tak pun hanya berkongsi gambar2 yg kreatif dan cantik pun ok juga...:)

    ReplyDelete
  7. nak ambil iklan baru ke?heheeh cer cter

    ReplyDelete
  8. Hahahaha. tajuk bikin saspen gituuu. :)

    ReplyDelete
  9. Nuffnang kt laman akak.tahun nipun dah malap, mungkin sebab entri jarang2 keluar kot

    ReplyDelete
  10. Bab idea menulis tu, kadang2 menjunam ke laut..

    ReplyDelete
  11. Bab idea menulis tu, kadang2 menjunam ke laut..

    ReplyDelete
  12. cehh semalam kat grup wat suspen je..aiyoooo

    ReplyDelete
  13. terpikir jugak untuk undur diri dari nuffnang..masih dalam pertimbangan..huhu

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum... arzmoha,

    oooo... merajuk dengan nuffnang...

    mselim3

    pls: iklan nuffnang kurang menari2 kat blog...

    ReplyDelete
  15. kenapa...pas2 iklan apa yg sesuai

    ReplyDelete
  16. Sy msh setia dgn nuffnang...elok cuba sesuatu yg bru. Kot ada nmpk perubahan

    ReplyDelete
  17. salam...
    mape plak dengan nuff?...kan sejak kebelakangan ni nuff baik hati.....
    haritu hampir sebulan bunda tak keudara dan tiada entri baru...nuff masih ongoing walaupun tak banyak ratus2 ribu riban...

    tak tau lah pulak akan2 datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa bunda tau AM dah join bis online ..review produk...jobdirumah...atau affiliate...

      pasti lebih lumayankan..good luck...

      Delete
  18. Bukan pcl nak ajak korang ...tapi blog pcl dah lama undurkan diri dari setia bersama nuff. Tiba masanya melangkah ke altenatif lain , banyak lagi kaedah dan kita perlu usaha memajukan diri.

    Syabas Arzmoha .

    ReplyDelete
  19. Dari tak der, biar lar nuffnang nie bergerak. Lain lar kalau ada yang lebih baik. Tapi aku?, malas nak cari baru, biar lar dia berkelip.

    ReplyDelete
  20. CP sejak beralih ke wordpress memang dah tak pasang Nuff ni..

    ReplyDelete
  21. Jangan berputus asa, teruskan menulis,kita ni nama lagi blogger sambilan so bila ada idea dan masa baru kita menulis kan,utamakan yang wajib dahulu, tentang Nuff..terpulanglah banyak lagi alternatif lain rasanya, all the best aRz :)

    ReplyDelete
  22. rezeki masing-masing..apapun wanie tak sabar nak tunggu updates iklan apa yang lebih sesuai atau mungkin lebih menguntungkan?nanti share ye...saya budak baru belajar tentang dunia berblog..

    ReplyDelete
  23. adus tajuk gempak hahaha.. drama sngt Arz ni hahaha.. jangan le begitu. CT pun kagum those yang boleh up entry 3/4 shari.. kita ni suam2 kuku.. but for CT blogging is my hobby jadi buat bila ada free time.. bukan for my living. kita nye target kan berbeza2.. nuff mmg kedekot heheh.. cari yg lebih baik.. nanti share ngan kami k hehehe..

    ReplyDelete
  24. Memang susah nak hasilkan 3-4 entri yang bermutu sehari.
    Saya ni sekarang dah jadi cam k.JM, kalau menulis mesti panjang berjela. Sorry ye k.JM guna cth k.JM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan apa..dulu pernah request k.JM jangan type entri panjang2 & better buat episodic so that senang nak follow travelog k.JM.
      But at last saya pulak yang tulih berjela.

      Delete
  25. rs nyer mn2 blogger yg aktif pun berperasaan mcm ni jg

    ReplyDelete
  26. Saya pun ada pasang nuffnang tapi jarang-jarang check. Kalau ada rezeki, adalah untuk.saya yang jarang-jarang update ni.

    ReplyDelete
  27. Jgn putus asa arz.. syg blog ni

    ReplyDelete
  28. awatnye majuk nih... nanti luna mintak tolong SS pujukan.... ritu die pujuk dr shikin berjaye.. hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...