Skip to main content

Photography : Framing | Istana Kehakiman

tips photography, Istana kehakiman, sudut berbeza, arzmoha, gambar cantik, putrajaya, Perbadanan Putrajaya
Istana Kehakiman, Putrajaya

Salam. Bila nak bercuti mood rasa ceria sangat. Bila dah mula bekerja mood bercuti pun masih ada.
Kena buang jauh-jauh mood tu. Baru hilang rasa malastu. Cuma yang tidak boleh dibuang adalah gambar kenangan. aRz terpandang permandangan ini ketika mengambil gambar Masjid Besi. Jadi dapat dikongsikan untuk semua.



Sebelum aRz cerita lebih lanjut. aRz ingin berleter sikit mengenai bercuti. Macam aRz katakan diatas yang tinggal selepas bercuti adalah gambar dan juga resit. hehe. Resit boleh buang selepas kira-kira total kos percutian. Mungkin boleh dijadikan tanda aras budget untuk percutian akan datang. Gambar boleh simpan untuk kenangan. Jadi bila bergambar cuba hasilkan gambar terbaik.

Baik bila bercerita mengenai photography, gambar terbaik, gambar lawa ada banyak kriteria yang membolehkan gambar itu jadi cantik. Antaranya ilmu, jenis kamera, posisi atau sudut, framing, cuaca dan banyak lagi lah.

Hari ini aRz cuma nak cerita sikit apa yang saya faham mengenai framing.

Framing is simply using the other objects in your photograph to frame the main subject.

Bahasa mudahnya menggunakan object lain seperti pokok, tingkap, gerbang untuk jadikan frame subjek utama kita. Sebagai contoh, gambar diatas telah aRz frame dan sedikit sentuhan colour dari perisian instagram dan juga crop untuk mencantikkan gambar. Hasilnya adalah seperti gambar di bawah.
Juga boleh dilihat di Wordless Wednesday #22 atau di Instagram aRz

Tips, gambar cantik, gambar lawa, photography, architecture, istana kehakiman, palaca of justice, putrajya, malaysia, arzmoha
Palace of Justice | Istana Kehakiman
Di bawah satu lagi contoh framing yang saya ada. Sebenarnya ada lagi cuma tak sempat nak cari :p

Kids, Asyir, Boy, Kids World, photography, pakej photography, arzmoha, gambar cantik, gambar lawa,
Asyir Harith | Kids Potraiture

Framing ini adakalanya membantu kita menyembunyikan gangguan yang mungkin menjadikan gambar tidak cantik seperti orang lalu-lalang, sampah, dan lain-lain. Baik setakat ini dulu. Sekiranya ada persoalan boleh tinggalkan komen di bawah. Jika entri ini memberikan pemahaman buat anda jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan anda yang lain.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. tambah ilmu fotografi hari ni. hihihi. takmau malas malas bro arz. selamat bekerja ^^

    ReplyDelete
  2. Menarik entry ni aRz.. dapat ilmu tentang framing ni.. timekasi :)

    ReplyDelete
  3. cmne nak buat framing tu? ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah juga nak jawab soalan ni. sebenarnya framing salah satu skill dalam photography

      Delete
  4. Framing ni dapat mencantikkan lagi gambar.

    ReplyDelete
  5. walaupun sudut teknikalnya kak ana tak faham, namun hasilnya sebuah gambar yang sangat cantik aRz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah ada masa saya terang lebih lanjut ya

      Delete
  6. teknik cenggini akan menjadikan gambar tu lgi cantik coz guna frame yg sdia ada kan...kreatif...hihihi

    ReplyDelete
  7. ayu dulu mmg minat btl bergamba amek gamba sume
    tapi xpandai nak jadikan nye cantekk
    so putus ase jjela
    heheehhe

    ReplyDelete
  8. Cantik...macam mana nak buat yea?

    ReplyDelete
  9. cantikkk..pernah tengok org buat cmnie.. baru tau istilah ape..huhu

    ReplyDelete
  10. rare lah frame yang bawah tu.. banyak seni dalam photografi nie kan...

    ReplyDelete
  11. Gambar asal masjid tu lg lawa...hahaa

    ReplyDelete
  12. great tips!elah, kalau pandai trick macam ni, pakai kamera murah pun boleh jadi cantik. Thanks share bro..

    ReplyDelete
  13. thanks kasi info pasal photographer..minat sngt tgkp gmbar >_<

    ReplyDelete
  14. tingat dedulu pakai kodak. amik gmbr sebaik mungkin... skrg da mcm2 cara bleh buat utk cantikkan gmbr

    ReplyDelete
  15. perghh. betul2 kat tengah la. lawa lawa.. saya segan nak amek... hahahaa. selalu msti x nampak center macam tu.... gambar Asyir pun comel ^^,

    ReplyDelete
  16. wooah CT faham konsep ni tapi tak tahu technical term yang betul..
    kalo amek gambar main tibai saja ehehe..

    btw.. boleh tak Arz buat review camera compact yang best2..
    budget dalam 1500 tapi nak yang compact saja.. CT skarang guna sony NEX3 da almost 2 tahun..
    semua gmbr kat blog mmg amek guna sony tu.. CT suka camera sony. tapi its too big dan lense dia tu bonjol sangat. kalo simpan dalam beg makan space.. CT ingat nak beli compact camera yang terbaaaaik ahaha.. nak usung sana sini kalo jalan2.. banyak sngt kat pasaran xtau mana 1 yang sesuai..

    ps : jgn suggest beli dslr tau.. x minat n x reti guna.. ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. NEX3 ramai juga yang guna. insyaallah akan cuba

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...