Skip to main content

Masjid Tuanku Zainal Abidin Masjid Besi Putrajaya

Masjid besi, Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya, gambar cantik, arzmoha, visit malaysia
Masjid Tuanku Zainal Abidin @ Masjid Besi

Salam. Jom bercuti dalam malaysia. Memandangkan harga minyak sudah lama turun.
Sebenarnya saya sedang bercuti di Putrajaya. Bandar terancang. Penuh dengan bangunan kerajaan dan tempat yang menarik. Kebetulan sempat solat jumaat di Masjid Besi atau Masjid Sultan Zainal Abidin.

Sebenarnya aRz dah pernah sampai disini sebelum ni. Tapi tak sempat nak ambil gambar. Masa tu Cik Puteri masih kecil. Lepas singgah solat terus balik. Sebenarnya tujuan utama ke sini ingin melawat dan bertemu dengan Ibu Mertua saya, serta berjumpa dengan kakak saya disini. Bertambah jimat bercuti ke sini bila ada sanak saudara tinggal di tempat destinasi percutian kita. 2 perkara yang kita dapat, pertama menghubungkan tali siratulrahim bila kunjung mengunjung, kedua Jimat kos tempat tinggal.

Berbalik pada tajuk entri, aRz mengambil peluang yang ada bila datang sorang macam ni bergambar untuk berkongsi dengan semua. 

masjid besi, kubah cantik, gambar cantik, putrajaya, Selfie
Kubah Masjid Besi

Selepas Solat Jumaat, rehat sekejap, tengok kecantikan binaan dalam masjid besi, permandangan sekitar, memang cantik. Semoga masjid ini sentiasa diimarah. Juga kelihatan kerusi dan meja rasanya ada kelas-kelas pengajian yang aktif di masjid ini. Alhamdulillah.

Kubah cantik, masjid besi, putrajaya, visit malaysia 2015,
Bahagian Bawah Kubah Masjid
Permandangan sisi masjid Besi, Masjid Putra, Silhoutte,
Permandangan sebelah tepi kelihatan Masjid Putra

Masjid besi, masjid putra, putrajaya, kolam, permandangan, tasik, putrajaya, visit malaysia
Permandangan Dari Kolam di tepi Masjid kelihatan Jambatan dan Masjid Putra

Masjid tuanku zainal abidin, masjid besi, putrajaya, visit malaysia 2015, arzmoha, gambar cantik,
Dinding hadapan

Tiang, masjid besi, putrajaya, masjid tuanku zainal abidin, cantik, gambar cantik
Keindahan Senibina Tiang 

Masjid Tuanku Zainal Abidin, Masjid Besi, Silhoutte, Masjid Putra, Putrajaya, arzmoha, visit malaysia,
Permandangan di luar masjid masih kelihatan Masjid Putra

Masjid Besi, Masjid tuanku Zainal Abidin, permandangan,
Permandangan Masjid Besi dari Luar

Masjid Besi, Masjid Tuanku Zainal Abidin, Bayang,
Permandangan dari Dalam Masjid Besi

Selfie, Masjid Besi, Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya, visit malaysia 2015
Selfie Di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Masjid Besi, Putrajaya
Alhamdulillah dapat juga merakamkan gambar disini. Walaupun Putrajaya ada panas ketika ini. Adakalanya aRz sendiri pun terlupa untuk merakamkan gambar kenangan bila sampai di satu-satu tempat. Bila ada peluang rakam sepuasnya.

Sebelum itu sekadar makluman : Gambar diatas dirakamkan menggunakan Lenovo S850 dengan 13 Megapixels dan 5 Megapixel untuk kamera hadapan khas untuk peminat selfie. Baca mengenai Lenovo S850 disini.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. masjid besi ni cantik sangat ^^dulu nani pernah berangan nak akad nikah dekat sini. bhahahhaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan? boleh lagi....hehe

      Delete
    2. Jauhhhh nooooo nak nikah kat situ... Plan nak kawin lari kaaa? Ha Ha Ha..

      Delete
    3. Inani : dulu berangan nk akad nikah kat sini? habis tu skrg berangan nk akad nikah kat mana pulak hihihi

      Delete
    4. awat kahwin lari ke Putrajaya?

      Delete
  2. Replies
    1. eh...kenapa SS sakit tekak ka? hahaha

      Delete
    2. Kat PUTRAJAYA tu ada jual ubat batuk tak? He He He...

      Delete
    3. Siap bertapi laaa pulakkkk...

      Delete
    4. nanti sis JM tolong jawabkan

      Delete
    5. SS ada kenalan di PUTRAJAYA ke? boleh tlg kenalkan

      Delete
    6. Saya ada kenal sorang blogger femes dok kat putrajaya :)

      Delete
    7. Blogger femes? Dia ada masuk tibi x! Nanti kirim salam ke dia eh Farrah heeee

      Delete
    8. hahah buat tak ngaku pula sis JM

      Delete
  3. ms memula smpi sini mmg teruja x hengat. lbh2 lg x tepi kolam dlm masjid tu...

    ReplyDelete
  4. p/s

    x pegi galeri dr. mahathir. rs nyer mcm x ckp je 3 hari kat langkawi. nk repeat lg rs nyer nnt hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz pun dah banyak kali ke sana tapi tak sempat singgah hehe

      Delete
  5. Zumal tak pernah singgah lagi Masjid Besi, Masjid Putra je pernah zumal pergi... Cantiknya senibina masjid nie yer ^^

    ReplyDelete
  6. Wow.. cantiknya masjid.. Subhanallah..
    Anda telah di tag, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html

    ReplyDelete
  7. ARZ..

    Bonde yg dekat ni pon selalu lalu jer...
    memang cantik bonde dapat lihat dr luar sahaja...
    Insya Allah nak singgah nanti...

    Masjid Putra senang nak parking...selalu kesana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parking di masjid putra di bulatan saja kan?
      Parking di masjid besi ada banyak dan rasanya lebih mudah.

      Delete
  8. bagus Arz.buat lawatan ke rumah Allah..ingat lagi kalau dulu ada rombongan ke Penang...tak boleh lupa tempat wajib pi ialah tokong ular/tanjung tokong..haha apa kes betul la...mungkin masa tu tak tau nak fikir lebih cerdik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PCL. Lawat rumah Allah sambil melihat keindahan senibina sambil boleh berittikaf atau lakukan solat sunat tahiyatul masjid, dapat pahala

      Delete
  9. suka tengok seni bina dia :D

    ReplyDelete
  10. Masjid ni bukan shj cantik tapi tenang dan nyaman juga kan. Nice sharing Arz.. lama juga dah tak singgah sini.. :)

    ReplyDelete
  11. wahh subahanallah lawanya rumah Allah. semoga berfungsi dengan baik :)

    ReplyDelete
  12. ' infiniti pool' dalam masjid memang cantik kan?
    dan praktikal..
    angin akan bertiup atasnya dan membawa kesejukan ke dalam masjid
    tak ada kipas kan dalam masjid? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang tak ada kipas. konsep tidak berdinding ini lebih rasa tenang dan luas. Tapi ketika solat jumat baru-baru ini ada kipas berdiri. Mungkin sebab sekarang musim panas yang berpanjangan

      Delete
  13. jika sampai di putrajaya kena singgah satu hari nanti

    ReplyDelete
  14. Selalu singgah Masjid Putra je kalau pi Putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena singgah sini pula PCL lain dari Masjid Putra

      Delete
  15. Terus terpandang janggut Arz..hehe..
    Jangan mare..
    Hajatnye nak tengok mosojid :)

    ReplyDelete
  16. Memang cantik senibina masjid SMZA ni, anak buah kak ana pernah melangsungkan akad nikah disini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti dapat gambar yang cantik sepanjang majlis pernikahan

      Delete
  17. Tak dapat dinafikan memang banyak bangunan cantik-cantik dekat area Putrajaya ni..terutamanya senibina masjid SMZA ni,sangat2 mengagumkan...

    ReplyDelete
  18. sy suka solat kt masjid nih....luas...tenang jer...hihi

    ReplyDelete
  19. Bukan saja cantik tapi juga gah....segagah namanya Masjid Besi...

    ReplyDelete
  20. Samalah macam admin baju pink tu...

    ReplyDelete
  21. baru je singgah hari tu... lalu2 je sblm nak ke ioi putrjaya tuu..
    xturun pon sbb cuaca bahang btl skg nie

    ReplyDelete
  22. dh beberapa kali dpt dtg sini... suka design dia

    ReplyDelete
  23. lain lak abang Arz bila pakai spek dengan tak. hahahaha... masjid besi lawa sangat.... kadang2 bila jalan2 kat putrajaya, mesti singgah solat dekat situ... rasa tenang je dengan bayu dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...