Skip to main content

Kecewa Dengan Kek Batik

tempahan, kek batik, pulau pinang, sedap, foodporn, pertunangan, kek birthday,
Kek Batik

Salam. Pernah rasa kecewa?. Kecewa disebabkan apa yang kita inginkan tidak kesampaian. Ya, macam aRz baru-baru ini kecewa bila makan Kek Batik yang dibeli di pasar malam. ceritanya macam ini.

Masa hari-hari terakhir bercuti baru ini ada singgah di sebuah pasar malam. Tahulah dengan cuaca panas yang melanda negara apa yang dijual di pasar malam semua nampak sedap. Kebiasaan aRz akan beli kuih dan nasi. Sampai satu gerai ternampak Kek Batik. Aduhai memang favourite. 1 potong 50 sen. aRz beli RM 3.

Naik ja atas kereta macam biasa tak sabar nak makan bersama air coklat Boboiboy. Air coklat ni aRz bagi rate 5 bintang. Tapi kek batik sangat menyedihkan. Mengecewakan. Biskut banyak tapi coklat sikit sangat. Bila kurangnya coklat memang kerasla stress. aRz tak kisah sangat bab harga mahal kalau betul-betul sedap. Kek Secret Recipe pun rasa murah sebab sedap.

Sampai saja di rumah kakak, wife tanya sedap tak kek batik. Wife tau yang aRz memang peminat kek batik, kek coklat, apa saja coklat mesti suka. Bila dia tengok aRz diam dia tahu ada yang tak kena dengan citarasa.

"it's ok, balik penang kita cari pembuat kek batik yang betul-betul sedap" kata wife. aRz angguk ja malas nak fikirkan.

Kek Batik Sedap Pulau Pinang


Sampai di penang mula bertanya kawan-kawan dimana ada orang buat kek batik yang sedap. Akhirnya temui pembuat kek batik yang membuatkan aRz rasa perlu dikongsi supaya orang tahu. Memang betul berkualiti. 

Tempahan kek batik, kek batik pulau pinang, kek batik sedap
Kek Batik Sedap

Bukan senang nak cari yang betul-betul ikhlas. Tapi mereka ini masih ada. Cuma kita belum jumpa, atau kita terlalu mencari yang murah.

Kek Batik sejukkan dalam peti ais dan makan masa tonton drama atau movie perghh memang best. Tak rugi dan puas hati. Rasa coklatnya yang pekat. Memang tak terkata.
Khas untuk orang Pulau Pinang yang sedang mencari, nak rasa Kek Batik boleh hubungi 

Kak Ina
whatsapp/sms/call : 017-4299421
Sekiranya tidak dapat dihubungi
boleh hubungi saya untuk membantu anda
011-27130797
atau emailkan ke
azrilmohdhaniffa@gmail.com

kek batik, sedap, foodporn, pulau pinang, arzmoha, tempahan, kek birthday, pembuat kek penang,
Kek Batik Sedap Penang


Harga asal RM 35. Tetapi khas buat anda yang membaca entri ini jangan lupa untuk maklumkan dari arzmoha.com untuk dapatkan harga RM 28 sahaja.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. sedapnyaaa kek batik. dah lama tak makan ^^

    ReplyDelete
  2. suruh wife abg arz buat, senang je ^__^
    tapi kalau sikap penjual gitewwwwwww,silalah banned kedai tersebut,kedekut betul,huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang kesian pula nak banned. Kalau boleh nak saja tegur tapi apa pulak dia kata nanti kan?

      Delete
  3. ayu lak mmg xminat kek batik..
    kalau kek2 sllunye buat sndri baru puas hatii..
    skg org niaga nak amek untung je

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu hidayu. mana ada peniagaan tak untung kan? hehe
      tapi kena sekali tak beli dah la.

      Balik dari putrajaya dah letih bila masa nak buat. beli saja memang rasa sedap puas hati

      Delete
  4. alaaa....rasa frust kan kalau dapat yg xsedap....sy pon peminat kek batik...sy pon penah kena...rasa teringin sgt nak makan...dh xkira dah hrga bape...sekali bila makan...sgt mengecewakan...skg sy rela buat sndiri jer...xnak dkecewakan dah....hhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri memang terbaik. Tapi kalau datang mood malas benda simple pun tak jadi :)

      Delete
  5. kesiannya Arz...tak per lepas ni suruh wife cuba try buat kek batik resipi bunda pulak...memang lama dah berada kat top five page teratak bunda tu...walaupun baru2 ni dah dicaras ngn lempeng kelapa ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah bunda. nanti saya singgah dan salin resipi.

      Delete
  6. samalah kita..
    peminat tegar kek batik..
    buat sendiri pun senang je..
    boleh lebihkan apa yg kita suka..
    tp pnah gak rasa kecewa mcm tu..
    rupa indah.. tp rasa....
    hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh peminat tegar juga. hahaha

      saya kalau dapat kek batik alamatnya memang boleh licin makan

      Delete
  7. leyla suka makan kek batik ni time puasa . feel dye lain mcm . ingt waktu sekolah dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa bulan puasa lagi lah tengok semua benda sedap

      Delete
  8. kak ana selalunya buat sendiri je kek batik ni, mudah dan senang,tapi memang sgt mengecewakan bila kita beli tapi tak seindah yg digambarkan.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak cuba kek batik yang kak ana buat ye hehe

      Delete
    2. Bestnyer dapat makan kek batik

      Delete
  9. kek ni memang sedap,, selalu gak buat untuk anak2,, pastu buh dalam peti ais,,, bila makan perghh!!! tak berenti hihi,, anak2 suka perasa coco + cofe hihi,, bila agaknya nak buat lagi ye,, tengok kek batik aRz mengancam je hihi,,

    ReplyDelete
  10. CP selalu buat sendiri je sebab mudah buat kek batik ni. Cuma kadang-kadang tu nak juga cuba hasil tangan orang lain. Ada yang ok ada yang tak ok..kira nasib la. Tapi lebih puas buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ada kala nak juga rasa lain dari yang lain

      Delete
  11. Baru mlm tadi saya masak kek batik.

    ReplyDelete
  12. belanja la..hahha.... feveret jugak kek batik nie..sedappp

    ReplyDelete
  13. Marahkan kek batik... Kain batik dibakornye...

    ReplyDelete
  14. mana gambar kek batik yg mengecewakan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dh ngap dulu smpai abis..xsempat ambil gmbr..hihi

      Delete
    2. makan satu yang lain tak sampai hati nak cakap

      Delete
  15. biasalah aRz..peniaga di pasar ni nak kaut untung..then buat kek batik tu sambil lewa je...dorang x fikir, jika buat x sedap..customer makin kurang...

    ReplyDelete
  16. nk buat kek batik ni kan semudah ABD..campak2 campur, gaul atas api dah siap..kalau malas minta tlg org rumah buatkan..tak tahu resipi boleh tanya si Deanna tu..jgn tanya SS silap haribulan kain batik lepas yg di beri nanti hahahahah

    ReplyDelete
  17. terliur dah ni..sedapnyaa..hurmm dayah pun peminat kek batik >_<

    ReplyDelete
  18. teringat masa puasa tahun lepas,teringin nak makan kek batik,then tertinggal dekat gerai masa berbuka...sedihhnyaa...skrg nak makan kek batik wanie buat sendiri je,hee

    ReplyDelete
  19. Sedapnya. Anak saya suka buat kek batiknya.

    ReplyDelete
  20. Sedapnyerr kak lya pon suka gak mkn kek batik hehehe

    ReplyDelete
  21. nanti mintak Puan Isteri yang buatkan..confirm lagi sedap. ;)

    ReplyDelete
  22. nmpk sedap..tapi saya bukn peminat kek batik hihi

    ReplyDelete
  23. nmpk sedap..tapi saya bukn peminat kek batik hihi

    ReplyDelete
  24. uiii jauh tu sy nk dpt kn kek ni ;-)

    ReplyDelete
  25. x bestnya kalau favorite sendiri tak menepati apa yang kita harapkan an... xpelah, lepas ni xkan mungkin lah beli dah

    ReplyDelete
  26. fuiyoooo Arz.. kek batik beli ? o.O peergh memang peminat sejati kek batik ni..
    kalo balik kg ramai2 mmg kakak sdara akan buat dalam kuantiti yg banyak.. sbb ramai n semua hantu kek batik.. kejap je lesap..
    tapi CT tak pernah sampai beli lagi.. first time dengar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau main dengan malas dan nak cepat tempah jela :p

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su