Skip to main content

Pelakon Kanak-kanak Laskar Pelangi Meninggal

google images : Laskar Pelangi

Berita yang mengejutkan Isnin lepas. Baru teringat untuk diceritakan. Laskar Pelangi filem yang di adaptasi dari novel tulis Andrea Hirata

Pernah saya ceritakan mengenai filem Laskar Pelangi di dalam entri ini Filem Sumber Inspirasi Dari Indonesia. Antara watak yang paling terkenal dalam filem ini adalah Ikal, Lintang dan Mahar.
Mahar atau nama sebenarnya Verrys Yamarno 18,ditemui meninggal dunia di dalam bilik sewanya selepas pulang dari kuliah pada jam 2.30 petang.
google images : Lintang, Ikal dan Mahar
Verrys atau Mahar adalah pelajar Fakultas Film dan Televisi, Institut Kesenian Jakarta. Verrys adalah anak belitung. Dimana tempat filem ini dilakonkan. Verrys juga membawa watak Mahar yang mana seorang murid yang daif mencintakan seni dan budaya. Satu babak yang menarik di dalam filem ini yang dibawa oleh Verrys adalah mendendangkan lagu Seroja ketika Ikal ditinggalkan gadis cina A Ling.

Rupanya Ikal dan Mahar belajar di tempat yang sama. Ikal atau nama sebenar Zulfani sangat bersedih dengan pemergian Verrys. Zulfani (ikal) teman serumahnya mengaku meletakkan minyak angin ke tubuh sahabatnya itu pada pagi isnin.

google images : Mahar dan Ikal
Dari gambar ini nampak seakan mereka rakan yang sangat rapat. Rupanya realiti mereka menuntut di tempat yang sama dan tinggal serumah. Walaubagaimanapun pemergian ini sangat menyedihkan zulfani (ikal).

Andrea Hirata penulis novel Laskar Pelangi juga berkata terkejut dan sedih dengan berita kehilangan Verrys.
"Saya bagaikan kehilangan ahli keluarga"
"Verrys seorang anak muda penuh bakat, semua yang berlaku adalah takdir dan kita perlu menerimanya.

info dari www.mstar.com.my dan www.kakigosip.com

 "Kejar pelangimu sampai ke hujung dunia nak"

Itu kata-kata keramat Lintang pada anaknya ketika menerima poskad Paris di dalam filem Laskar Pelangi.

| arzmohdhaniffa photography | Keychain Paris
Tetiba mengingatkan saya akan keychain Paris yang saya terima sebelum ini. Ia mengingatkan saya dengan filem yang saya minat dan tak jemu untuk menonton.

Lagu Ost filem ini yang didendangkan oleh Nidji juga sangat menarik.

Apapun bagi saya kehilangan Verrys sangat mengejutkan. Apatah lagi bagi Zulfani (ikal) yang sama berlakon dan belajar bersama. Janji Allah itu benar " Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati".

Jumpa Lagi


Comments

  1. Aku tak pernah tonton filemnya tapi rasa sedih lak... pergi ketika usia masih muda... semoga dia tenang disana...

    ReplyDelete
  2. tak tengok cerita ni tapi tuhan lebih menyayangi

    ReplyDelete
  3. SP pun tak pernah tonton filem ni tapi begitulah adatnya. Selalu pelakon muda yang berbakat pergi terlalu awal. Macam ada sindrom pula..huhu

    ReplyDelete
  4. saya pun tak lagi tgk filem itu...semoga rohnya di tempatkan dikalangan org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  5. terkejut dengarnya.. semoga ditempatkan dalam kalangan org2 beriman..

    ReplyDelete
  6. inlilahiwainahirojiun...semoga ditempatkan di sisi orang2 beriman...

    ReplyDelete
  7. Nyawa hanya pinjaman. Dia pulang pada pencipta-Nya.

    ReplyDelete
  8. Salam Tak ziah..apa punca kematian beliau..tahu tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm... tak pernah tengok filem ni.. tapi pernah dga.. semoga roh beliau dirahmatiNYA..amin..

      Delete
  9. suka lakonan bersahaja dia dalam filem ni..

    ReplyDelete
  10. xpernah tgk lagi..tapi ada kan lagu laskar pelangi

    ReplyDelete
  11. baru tahu berita ni. Sedih juga bila mendengarnya. Allah lebih sayangkan dia. Beruntungnya pergi dalam usia yang masih muda. Cerita itu memang banyak pengajarannya.

    ReplyDelete
  12. tak pernah tgk lagi filem ni.. mungkin masa ni masih kanak2 lg kot. al fatihah

    ReplyDelete
  13. saya pernah dengar pasal laskar pelangi ni tapi x tengok lagi....

    ReplyDelete
  14. lagunya saya familiar..tapi cerita ni tak pernah tgk lagi..innalillah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su