Skip to main content

Hobi | Memancing Perlukan Kesabaran

Hobi | Memancing Perlukan Kesabaran 


Habuan Memancing

Salam. Sabar itu separuh daripada iman. Hobi memancing itu pula memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tidak semua hari matahari memancar dengan indahnya kadangkala disulami mendung.
Bila bercerita bab pancing semua akan fikirkan tentang ikan besar. Tetapi bukan semua hari anda akan dihampari senyuman disebabkan tertawannya ikan-ikan besar.
Ehhh....tiba tiba cerita bab memancing ni pasaipa?

baca sini dulu.


Kalau ada niat dihati nak join geng pancing dan mengharapkan ikan-ikan besar. Ambil joran simpan. Lupakan niat murni itu. Pasaipa cakap macam tu aRz MoHa? Dari pengalaman saya dan geng Critical Seachild yang semakin hari semakin critical. Ada kala membeli umpan bagai nak buat Char Koey Teow. Tapi pulang dengan tangan yang kosong. Kenapa? Tak Percaya?

Baik sebelum saya panjangkan lagi cerita bab kesabaran memancing ini. Kebiasaan perkara yang perlu dititikberatkan sebelum keluar memancing adalah paras air pasang surut, Kalendar bulan Islam, umpan dan peralatan.

Untuk mengetahui jadual air laut pasang/surut web yang menjadi rujukan utama adalah


Memang agak tepat. Walaubagaimanapun Kalendar Islam juga perlu dilihat. Dalam kalendar ada hari-hari yang mana air laut mati. Perkara ini amat penting bagi yang memanding di tepi laut. Tetapi saya lupa tarikh-tarikh tersebut. Insyaallah bila saya dapat saya akan update semula. Dari pengalaman saya dan geng memang bila air laut mati memang kurang hasil tangkapan. Paling teruk seekor atau dua ekor saja dapat itu pun sangat kecil.
**UPDATE Mengikut kalendar bulan Islam (HIJRAH) 5-9hb, 19-23hb adalah waktu dimana air laut mati. Yang mana perbezaan pasang dan surut hanya sedikit. Sebagai contoh pasang 2.5m surut pula 1.5m. Dari pengalaman saya jika memancing di pantai pada tarikh ini memang kurang hasil memancing
Hasil tangkapan paling besar :)

Memancing di tepi laut ini perlu tahu juga umpan. Kebiasaan saya dan geng guna umpan udang, kerang atau umpun-umpun (jarang). Umpan udang paling mudah tercabut dari mata kail. Umpan hidup belum pernah cuba. Mungkin dari segi kos agak mahal.

Peralatan bila memancing di tepi laut perlu bawa banyak sebab kemungkinan tersangkut pada batu atau terputus adalah tinggi. Jadi perlu persiapan yang banyak atau pulang lebih awal.

Baik itu dari segi persediaan fizikal. Mental juga perlu bersedia. Kesabaran perlu tinggi. Mana tidaknya ada hari terlalu panas. Ada hari hujan. Ada hari hasil banyak. Ada hari seekor pun tak singgah di mata kail. Ada hari terlupa bawa joran. Ini pun pernah terjadi. Excited sangat. Kalau orang cerita bab mancing dapat ikan besar-besar tapi sebenarnya ada hari langsung tiada ikan. Mungkin perkara ini tidak diceritakan.

Apa yang terjadi kalau boleh dikatakan sehari tiada langsung ikan ditawan? Apa akan jadi kalau tersilap dalam membaca jadual air pasang surut?

Menunggu. Gambar Hak Milik Critical Seachild

aRz MoHa Sedang Membuat Perambut Ditengah Panas. Gambar Hak Milik Critical Seachild
Mancing Sambil Tidur. Gambar Hak Milik Critical Seachild

Baru tukar Port Tidur Lagi. Gambar Hak Milik Critical Seachild

Baca Doa atau Jampi?. Gambar Hak Milik Critical Seachild

Ikan Tak Mahu Makan Umpan Baik Tidur. Gambar Hak Milik Critical Seachild

Tidur Buka Mata. Gambar Hak Milik Creatical Seachild

Adakala Menjadi Komando Di Pesisir Pantai. Gambar Hak Milik Critical Seachild.

Memang tidak dinafikan bila umpan tidak disentuh atau erti kata lain tiada tangkapan, memang menguji KESABARAN. Tekanan lain macam. Pening juga satu hari, saya memancing dari pagi sampai lewat petang seekor ikan pun langsung tak dapat. Tapi bertemu dengan pemancing lain yang hasil tangkapan mereka agak memuaskan. Itulah dinamakan Rezeki. Ianya Milik Allah.

"Jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga."

"Kalau mental belum bersedia jangan jadi pemancing tegar"

Setakat inilah cerita hobi memancing yang masih belum ada tanda-tanda untuk kembali semula. Insyaallah jika dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, saya berkongsi lagi mengenai Hobi ini.

Jumpa Lagi.






Comments

  1. Hehehehe. Saya antara mereka yang tak boleh memancing. Pernah ikut kawan mancing, sudahnya mereka mancing, saya g mandi laut. Hahahahahaha. Pasal air laut mati tu. Ada eh? Baru harini dengar. Ilmu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi dia mandi laut. kena mata kail satgi haha. Haffizul Iskandar. Memang ada bagi yang memancing di pantai atau kawasan pesisir pantai perlu tahu air laut mati sebab pada tarikh ini hasil pancing sangat kurang kerana perbezaan air pasang dan surut sangat sedikit

      Delete
  2. Betul tu..tp kan Abah SA x sabar bila bab memancing ngan adik ipar...dah dibelinya jala..dia sekarang pi Sungai je menjala...huh..pueh hati dapek banyak katanya..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana aci menjala kak Suria hahaha. memang dapat banyak la

      Delete
  3. macam-macam ilmu kena belajar kalau nak jadi kaki pancing tegar ni ye..saya memang tak boleh la, sebab saya restless bila kena duduk sesaja.bukan orang penyabar macam ayah saya..hehe.besar ikan dalam gambar atas sekali tu, memang puas kalau dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap bidang hobi memang banyak ilmu kena tuntut. Kalau tiada ilmu susah juga kan?
      Sama juga macam Salbiah melancong ke Australia mesti kena ada ilmu.

      Delete
  4. hehehe mak kalo tengok ni mesti teruja..
    dia ske mancing.. slalu ayah teman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mak suka memancing rupanya. Mancing haruan ka?

      Delete
  5. Replies
    1. tetapi kekadang boleh hilang sabar..kalau sis JM yg jenis kurang sabar nih

      Delete
  6. tak apalah aRz..kan dah berusaha..agaknya ..saja Allah nak lihat kesabaran aRz..di laut Etuza tak pernag memancing tapi di anak sungai banyak kali dan tak hampa lah ada ja..ikan paling besar tu pun ada Etuza dapat ..goring semua hummm! rangup woooi...

    ReplyDelete
  7. hehehe..alooo tidur pula lah ..syok tul kan..tak terik kah...

    ReplyDelete
  8. kak ana langsunglah tak boleh nak memancing aRz, tak sabar dalam bab menunggu ni hehe..kalau boleh nak cepat je,tu yang pi pasar je pancing dgn RM hehe :)

    ReplyDelete
  9. Kalau dah minat tu, ralit jer menunggu joran mengena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul umi alya, kadang tak sedar waktu berjalan

      Delete
  10. Besaq sungguh no..
    Besaq jari kelingking...
    Yang atas tu lebih besar dari lengan manusia.

    ReplyDelete
  11. amboiii besaq ikan..hihi... memancing perlukan kesabaran.. xpernah lagi cuba pengalaman memancing..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sabar menunggu ikan saja. Tapi kena sabar selepas memancing, kulit akan terbakar mengelupas dan bertukar gelap huhu

      Delete
  12. rupanya bukan mudah nk pegi menancing ni perlu buat kajian juga ye perlu ambil kira "paras air pasang surut, Kalendar bulan Islam, umpan dan peralatan."

    Kalau jenis x sabar like sis JM ni mmg x sesuai..sgt x sesuai kalau di ajak pegi memancing..kalau nak pancing ikan di pasar mmg boleh

    sampai ada yg tertidur menunggu..mereka memang seorang yg penyabar..minat punya pasal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tido bukan tunggu ikan tapi tunggu kawan-kawan yang takmau balik sebab geram tak dapat ikan lagi hahaha

      Delete
  13. "Penang juga satu hari saya " ke Pening?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah...statement yg di tulis tu...salah ejaan rasanya :-)

      Delete
    2. fuh alert juga sis JM. Saja nak tengok siapa yang baca sampai habis :P

      Delete
  14. ....dan akak tidak miliki kesabaran itu. Huhuhu
    Pernah ikut abah gi mancing, rasa seksa sangat tunggu ikan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. menunggu orang pancing memang seksa. tapi kalau mancing sekali seronok.

      Delete
    2. Betulla,..akak rasa kalau time tu akak memancing sama mungkin feel dia lain kot. In a way, hobi ni boleh didik sabar hehehe

      Delete
  15. ha'a betul. menguji sangat kesabaran.. ayah saya dengan pak cik saya suka sangat memancing. kadang2 tu on the spot je g berdua. hahaha. kadang2 dapat tangkapan besar, kadang2 xde pape... kalau ada passion tu xpela. adik saya pun macam dah berminat.

    ReplyDelete
  16. mcm2 gaya nak memancing ada.. memancing smbil tdo pon boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bukan gaya memancing. Tapi gaya bosan sebab tiada ikan. Masa ni kami masih belum faham "air laut mati"

      Delete
  17. panas tu memang tak boleh lari. tak semua tempat ada pohon untuk berteduh. Walau ada tempat berteduh bahang panas laut tetap terasa

    ReplyDelete
  18. macam-macam gaya rupanya si pemancing ni ya. siap lentok bagai hikhik..

    ReplyDelete
  19. Kalau kolam pancing SP dah siap sepenuhnya, mungkin Arzmoha dan rakan-rakan blogger boleh travel ke tempat SP suatu masa nanti..:)

    ReplyDelete
  20. xpernah pi mancing.. hehhe.. memancing kt mana tu arz? mcm kt area taman negara ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni area hadapan tesco jelutong. Tapi dah pupus ditelan pembangunan

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...