Skip to main content

Hobi | Kenangan Memancing

memancing, hobi, criticalseachild, ketenangan
Gear memancing pertama.

Salam. Memancing. Hobi yang bermula 2009.
Hasil sebulat suara ofismate yang belum kenal erti memancing sebenar. Sebelum bersama ofismate, hobi ini sudah pun saya mula dengan abang ipar. Dari langsung tak reti pancing sampailah ada sedikit ilmu untuk dicurahkan. Kebanyakan dari ofismate pun belum ada pengalaman yang banyak dalam dunia memancing.
"Mimpi apa tetiba cerita bab pancing ni? Buang tebiat?" mungkin itu ayat yang bakal keluar dari mulut ofismate yang dah lama mengajak kembali ke hobi ini. Lama dah tinggalkan. Panjang juga kalau nak diceritakan dari mula. Cumanya saya cerita bab pancing atau memancing ini disebabkan dua entry sebelum ini.



Dalam entry diatas ini ada saya ceritakan mengenai Ikan Semilang dan Jeti Nelayan Jelutong. Kedua entri ini ada sedikit berkait satu sama lain. Berhampiran Jeti Nelayan Jelutong ada satu lokasi antara favourite saya dan ofismate mula memancing. Ya... Lokasi ini dah pun, pupus ditelan pembangunan. Ditelan ketamakan manusia yang membunuh alam semulajadi. Rasa sayu pun ada bila ingat semula memori ini. Lokasi dimana tertawannya ikan semilang yang terbesar dalam sejarah diri sendiri. Lokasi dimana berjaya melukakan tangan dan kaki yang gila memancing. Sebab batu-batu disini sangat licin dan tajam.



Kisah ini masih tersimpan rapi. Disebabkan oleh usaha seorang rakan yang update dalam sebuah blog. Blog tersebut bukan saja tidak lagi aktif, mungkin juga sudah berhantu dan usang. Tetapi masih boleh dilawati. 2009 boleh dikatakan semua masih 'single' belum berkahwin memang bebas nak kemana. Kemudian tercipta nama group "CriticalSeaChild" @ anak laut kritikal. Ya, memang kritikal sehingga hari ini belum dapat kembali meneruskan hobi yang mengajar erti sabar, rezeki itu hak milik Allah, dan mengajar erti ketenangan.

Kalau di dalam entri Wordless Wednesday #18 | Ikan Semilang memang kelihatan ikan semilang macam terlalu besar hasil kamera trick. Yang sebenarnya saiznya tidaklah terlalu besar. Tengok gambar di bawah.

Saiz sebenar Ikan Semilang 2009 pertama terbesar

Ya masih teringat lagi pengalaman pertama menaikkan ikan yang agak besar dan berat dengan gear yang murah 3 ball bearing. Pada awal rasa seperti mata kail sangkut di celah batu. Tapi tak putus asa berusaha dan usaha, rupanya ikan semilang yang dulunya saya pernah melihat seorang Apek menaikkan sama besar ditempat yang sama. Alhamdulillah rezeki saya berjaya naikkan pula selepas beberapa bulan. Kalau tengok bagaimana bengkoknya rod pancing boleh agak tak berapa beratnya? Saya sendiri pun tak pasti berat sebenar tapi yang pasti rasa isinya memang sedap. 

Semoga tahun 2015 akan kembali memanggil semula Critical SeaChild untuk turun menawan ikan-ikan gelama, senangin, duri, semilang dan pari. Memancing tepi laut ini tak perlukan belanja yang besar. Mungkin dalam RM 100 boleh cukup untuk lengkap turun memancing. Hobi yang telah lama ditinggal mati. Masing-masing ada komitmen tersendiri. Harap bertemu kembali.

Jumpa Lagi.

p/s: saja nak rungkaikan sikit mengenai entri sebelum-sebelum ini. Tetiba cerita bab jeti dan ikan. Tapi dalam hati rindu hobi lama :)




Comments

  1. ada luka di tapak tangan, ganas ya ikan besar tu...semua tu tak kisah bagi yang minat memancing ikan..tak apa asal dapat ikan ..senang hati. kenangan yang abai kan aRz. Hadiah akan di hantar ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu etuza. tangan dan kaki luka sebab jatuh dari batu yang licin. Tetapi ikan ini memang berduri dan berbisa

      Delete
  2. Aiyoooo siap luka2 tu... Apa2 pon memancing masih d hati kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memancing tetap di hati. walaupun pernah luka, jatuh dari batu, tetap terbaik

      Delete
  3. abadi bukan abai..alamak ejaan tu ...maaf ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak mengapa cikgu etuza. saya pun kekadang salah ejaan

      Delete
  4. Wah best nye grup ni.. Mesti happening.. Tgk name jew pun dh gempaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "critical" memang happening...sampai hari ni masih pening...bila nak mancing semula

      Delete
  5. Arz memst penyabar orangnya. CP tak boleh memancing sebab kurang sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata seorang yang penyabar tu tak juga CP. Tapi memancing memang perlu sabar. Adakala rasa seperti ikan menarik tapi belum tentu melekat di mata kail. Ada kala pulang dengan tangan kosong.

      Delete
  6. Seronoknya tengok bila memancing dapat ikan besar2. For sure puas hati kan. Saya xpernah cuba pon hobi tu. Tapi duk tengok kawan2 duk updates dekat fb pasal hobi diorang tu. Memacam jenis ikan yang diorang dapat tangkap. Seronok gila muka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepuasan dapat ikan tu sukar digambarkan....memang tersenyum satu hari. Bai yang memancing atas bot lagilah puas bila dapat ikan yang memang besar. Bagaimana pun bergantung pada rezeki masing-masing

      Delete
  7. bestnya memancing ni...saya ni p'puan tapi minat sgt memancing...seronok sgt masa memancing kat Kg Geliga kat Kemaman masa muda2 dulu...tapi tu lah, bila dah berkeluarga ni tak dpt dah nak berhobi2 mcm dulu..huhuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah pernah memancing juga.... memancing kat sungai pun best jugak.

      Delete
  8. uishhh darah... seriau tengok...
    memancing mngajat kita erti kesabaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula belajar nak memancing memang kena biasa berdarah. Berdarah sebab terkena mata kail, jatuh, dan lain lain

      Delete
  9. wah minat memancing....mesti terror bab ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terror tu take LA bro khairuddin..sikit sikit saja

      Delete
  10. ngerinya tgk luka / darah tu...tp dek kerana minat...alah bisa tegal biasa,kan..

    ReplyDelete
  11. oh..nilah cerita di sebalik ikan besar tu ye..hehe, pergilah memancing di tasik dulu ke, bagi lepas gian

    ReplyDelete
  12. Erkkk...awat tunjuk gambar berdarah2 tu?
    Teruknya akibat memancing...
    Datang klinik kena sental ngan ubat ni.
    Nak avoid infection.

    ReplyDelete
  13. pitam jap tengok darah banyak..huhu.. ikan kena bisa ikan.. gerun..huhu.. comel je ikannya.. name group unik la..sape yg beri name? :)

    ReplyDelete
  14. ohh..kiranya ini kenangan tahun 2009..ingatkan baru semalam pegi memancing :-)

    bila sebut kenangan ..ye sis JM pun ada kenangan dalam bab memancing ni..itu pun waktu sekolah rendah dulu memancing di sawah padi..x de lah guna joran yg canggih seperti skrg..guna batang bemban, tali tangsi, mata kail, umpan kekatu or pepatung..siap!..pagi2 lagi waktu cuti sekolah dh turun ke sawah...jika ada rezeki lebih dapatlah ikan puyu, haruan dan keli...

    ReplyDelete
  15. Hobi yang telah lama ditinggal mati? bila nak hidupkan kembali...biasanya ada juga si isteri yg tidak gemar suami mereka ni terjebak dengan kaki pancing sbb lama tiada di rumah..

    ReplyDelete
  16. kalau join sekali dengan ayah and pak cik saya, kompem asyik menghilang je abang Arz nanti... hahaha. ayah saya pantang ada geng pancing

    ReplyDelete
  17. SP pula tak suka memancing dilaut. Kolam boleh la..

    ReplyDelete
  18. ohh kt area jelutong.. nina xeti pancing kalau tak dh try pancing kt mana2. besaq2 ikan arz tangkap smpai luka2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...