Skip to main content

Aku Benci....

Cik Puteri, almira faqihah, shoes, girl, kids, kaki, foot, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | Kasut Cik Puteri 

Salam. Benci Bilang Cinta. Itu tajuk lagu kumpulan Radja.
Bukan nak cerita bab lagu kumpulan radja. BUKAN. Kali ini nak cerita pengalaman sempena tahun ini 2015 sudah selangkah ke alam 3 series. Kalau ikut bulan belum masuk lagi. hehe


Benci. Biasanya ini adalah ungkapan buat mereka yang bercinta. Betul tak? Tapi entri ini bukan nak cerita bab cinta. Benci ini lebih jauh lagi. Pernah tak kita dengar dulu-dulu orang kata "Jangan dok benci sangat nanti yang tu hang cinta sangat"

Saya juga ada terbaca mengenai ayat ini 

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - Surah Al Baqarah

Terlintas semula di fikiran teringat di zaman persekolahan. Dari sekolah rendah benci sangat subjek Pendidikan Seni. Bila tengok kawan-kawan lukis dengan cantik, terlintas dalam hati ini bukan bidang saya. Benci.

Bila tiba di zaman sekolah menengah, mengadap bab Sejarah, Pendidikan Seni, Akaun dan juga Lukisan Bangunan. Ini subjek paling benci. 

Saya cerita sikit bab sejarah. Waktu subjek Sejarah, mata macam ada gam. Masa di sekolah teknik boleh kata satu kelas tidur, apa lagi bertambah kebencian pada subjek ini. Tapi hairan Cikgu Sejarah langsung tak marah, tiada paksaan katanya. " Saya tak rugi, Yang rugi awak semua" ingat lagi kata-kata Cikgu Sejarah.

Pendidikan Seni. Bila masuk sekolah menengah, dengan kena buat batik. Kena guna kemahiran tangan. Arghh benci.

Akaun. Baru masuk hampir 3 bulan, saya dah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik sebab tak mahu berhadapan dengan subjek akaun.

Bila masuk sekolah teknik, ada subjek Lukisan Kejuruteraan. Subjek ini paling saya minat. Tapi keputusan SPM dapat A2 hanya tidak kuasai bab Lukisan Bangunan. Benci bermula bila cikgu ganti mengajar. Cara pengajaran lain. Benci benci benci. Saya tinggal bab ini. Budjet boleh lulus cemerlang tanpa kuasai bab ini.

Sampai Bila Hendak Benci


Sampai bila nak benci? Kita hanya merancang Allah menentukan. Angkuhnya saya benci apa yang saya rasa tak boleh nak sehaluan. Tetapi Allah Maha Besar.

google images Lukisan Senibina (bangunan)
Lukisan Bangunan. Saya tinggal sebab benci. Hari ini merupakan kerjaya sepenuh masa saya dalam bidang senibina. Yang saya benci itu saya dah sebatikan hampir 10 tahun.

google images - Prinsip perakuanan

Akaun. Subjek yang saya benci yang saya kata matematik pelik itu. Saya dah lalui 2 kertas di IPTA. Saya berjaya lalui walaupun saya benci suatu masa lalu.

gambar cantik, family, potrait, kids, wedding, baby, kids, love,
| arzmohdhaniffa photography | 

Seni. Photography juga antara seni. Yang saya rasa benci sangat dengan seni hari ini saya minat dan menjadi kerjaya part time dan hobi saya. Kerjaya fulltime saya juga antara bidang seni.

Sejarah. Subjek yang dulunya saya benci. Hari ini banyak buku-buku sejarah yang saya baca. Walaupun bukan sejarah Malaysia tetapi sejarah Tamadun Islam. Paling membuatkan saya tersenyum. Saya perlu membaca semula sejarah Malaysia bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebab perlu berhadapan dengan subjek Malaysia Current Issue. Semoga dipermudahkan.

Semuanya ada hikmah disebaliknya. Boleh jadi apa yang saya benci bukan sebab benci tetapi tidak mahu berusaha. Jadi saya tetap perlu berhadapan dan berusaha bersunguh-sungguh.

Seringkali juga saya dipesan 
" Jangan lari dari masalah tetapi hadapinya dengan tenang "

Semoga perkongsian ini memberi kebaikan kepada mereka yang membaca entri ini. Mungkin alami perkara yang sama. Mudah-mudahan menjadi pendorong untuk mereka terus berjaya. Jangan terlalu membenci

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Paling benci addmath. paling suka english. --> masa sekolah dulu huhuhuh

    ReplyDelete
  2. onie paling benci modul elektrikal...tapi sekarang keje dalam bidang elektrikal...best dan dah sebati pun dalam diri...rasa syg nak tinggalkan..

    hai arz,salam 2015..lama tak kesini... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dari bidang elektrik dan elektronik

      Delete
    2. same field jugak la.. best mmg best.. tapi kalau ade masalah, stress jugak la.. rase macam nak lari opis (bukan lari rumah)! hahhaaa... huhu.. >.<

      Delete
  3. Dulu pokcik benci matematik... benci akaun tapi sekarang tiap-tiap hari kena buat kira-kira, hari-hari dok hadap lembaran buku tunai. Dah masuk puluhan tahun

    ReplyDelete
  4. dah masuk 3 sereis, nampaknya kenyataan di Pic Profail dari di ubah daripada berusia 28 tahun kepada 30 tahun heeee

    ohh..ingatkan BENCI apa lah tadi...itulah org cakap jgn terlalu benci dulu nanti jadi sayang

    psst : jgn BENCI sama sis JM sudah lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm tak mau ubah ja.....haha biar nampak 2 series lagi huhu

      Delete
  5. memang boring kalau dah benci tu aRz..ini pengalaman aRz kan..hebatnya kuasa Allah yang di benci menjadi sebati dalam diri aRz. Oleh itu kepada semua usah benci orang lah sesuka hati..tak elok.tak pasal2 menjadi sayang tu....selalu berlaku ni..dalam keluarga Etuza ada berlaku..tapi bukan Etuza berlaku pada kakak etuza...lucu ingat dia masa remaja dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu etuza apa yang lucu. jika sudi kongsikan

      Delete
  6. masih muda lagi...hihiii..
    betul tu, jgn terlalu membenci, suatu hari nanti takut terbalik, benci jadi sayang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nani biasanya orang dulu-dulu suka guna ayat ni.

      Delete
  7. benci tapi suka slalu org dok kata la

    ReplyDelete
  8. CP pun dulu benci subjek Sehjarah tapi masa SPM subjek tu yang dapat gred paling elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow hebat tu. Subjek yang saya rasa susah sangat

      Delete
  9. setuju sangat !! hehe sesuatu yang kita tak suka tu belum tentu ianya juga tak sesuai tuk kita

    ReplyDelete
  10. laa dah nak masuk 3 series rupenye.. ingatkan masih 20an..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... ikut bulan masih 2 series la anizz

      Delete
  11. Subhanallah, indahnya bila baca tulisan.
    Benar. 'boleh jadi aku tak suka sesuatu takdir itu tapi yang terbaik untukku tuhan maha tahu' albaqarah, 2:216

    :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. nies alhaq sambung master dalam bidang syariah kan?

      Delete
    2. Dalam bidang undang-undang in shaa Allah :)

      Delete
  12. Bila dah kerja, benci bos yang tak hormat pekerja pula..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa awal kerja. yup benci bos tapi sekrang bos bertukar ganti dah boleh paham perangai bos...

      Delete
  13. Dah Kena pada saya pun surah Al Baqarah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang kena Dr Shikin. Jika sudi kongsikanlah. jika rasa tidak sesuai tidak mengapa

      Delete
  14. bila benci tp itu la yg kita dapat..
    belajar dari kesilapan dan berhati-hati bila nak benci kan sesuatu.. :)

    ReplyDelete
  15. Masa sekolah dulu yang paling aku benci ialah menulis karangan tapi sekarang aku tulis menulis karangan di blog...ahahahahahahaha.... :D

    ReplyDelete
  16. hahaha.. kalo benci subject.. ponteng je... tapi sape rugi??? -kan cikgu dah ckp... hahhaha.. =p

    ReplyDelete
  17. dulu minat akaun....tapi skrg smbung stdy bahagian logistic..xda kaitan...

    ReplyDelete
  18. betul tu arz jgn dok benci sgt.. subjek yg xberapa nk suka jugak la kena study balik masa IPT. nasib baik semua lulus. hehe. akaun mmg xboleh la berpinar mata.

    ReplyDelete

  19. "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - Surah Al Baqarah

    tapi surah ni cerita pasal perang. so, boleh adapt dekat mana2 situasi juga eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam amy J. petang tadi sempat bertanya pada PU Shahul Hamid kebetulan ada tazkirah petang yang disampaikan. Ya boleh digunakan selain tujuan berperang. wallahua'lam

      Delete
  20. orang kata klu nak benci suka sayang semua tu kena berpada..betullah kan?

    ReplyDelete
  21. "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - Surah Al Baqarah

    Kena yakin , apa yg allah nyatakan dalam surah al Baqarah itu lah taktir hidup kita.. jangan benci zolat sudah... jahanam hidup :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...