Skip to main content

Tergamakkah Wahai Anak

Salam. Wahai yang bergelar anak. Semoga sihat senantiasa.
Perkongsian kali ini adalah mengenai pengorbanan seorang Ibu. Ibu adalah insan yang paling gembira saat kelahiran anaknya. Walaupun terpaksa bertarung nyawa. Kesakitan seakan hilang tatkala melihat wajah anaknya setelah mengandungkan 9 bulan 10 hari. Adakalanya ada kes kes tertentu ibu yang melahirkan anak masih merasa sakit selepas kelahiran.



Dari pengalaman saya yang lepas, isteri saya ditahan selama dua bulan lebih di wad sebelum 'due date' kerana Placenta Previa stage 4. Saya berpeluang mengetahui ada kes kes seperti uri masih tertinggal didalam rahim sehingga menyebabkan kesakitan. Meraung seorang ibu kerana teramat perit. Sejauh mana kes ini berlaku itu saya tidak pasti. Begitu juga selama hampir dua bulan setengah bermacam-macam cerita boleh didengari. Ada ibu tersangat risau apabila selepas kelahiran susu tidak keluar hanya untuk menyusukan anaknya. Ibu mana yang tidak sayang anaknya?

almira, faqihah, cik puteri, cahaya mata, zurait, baby, kids, girl
| arzmohdhaniffa photography | Nur Almira Faqihah
Sesudah cerita kelahiran, mulalah tugas yang sangat sibuk buat ibunya membesarkan anak. Mungkin dalam proses ini, ada anak yang kena jaundice. Berulanglah ke klinik, sedangkan diri belum cukup sihat. Kemudian setelah selesai perkara ini sibuk pula dengan urusan harian memandikan anak, membasuh kencing dan berak, menyusu dan seterusnya memberi makan dari makanan yang terbaik sehingalah ke peringkat persekolahan.

baby, almira, faqihah, kelahiran, jari bayi, kids, girl,
| arzmohdhaniffa photography | Cik Puteri hari ke 3
Cuba kita renung sejenak. Sebagai contoh, sekurang-kurangnya 3 kali sehari ibu memandikan kita tatkala kita dilahirkan sehinggalah sekurang-kurangnya 4 tahun. Ini bermakna

3 x 365 hari x 4 tahun = 4380 kali ibu memandikan dan membersihkan kita
(inilah adalah pengiraan minima tidak termasuk membuang najis ditengah malam dan sebagainya)

jika ada 3 orang anak bermaksud ibu membersihkan anaknya sebanyak 13140 kali.
Berjasanya tangan ibu. Sekiranya ibu ada 5, 8 , 11 orang anak berapa kali memandikan anak-anaknya?
Tangan manakah yang menyuapkan makan sebelum seorang anak mampu untuk makan sendiri?

Kata orang tua, Ibu mampu menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

update : tonton sini https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=RGg02m52ZBI

Tergamakkah kita wahai anak, ibu yang meminjamkan dan mengorbankan rahim serta kecantikan badannya diabaikan dan dilupakan saat mereka sudah semakin berumur?

Tergamakkah kita, tangan ibu yang sangat berjasa membesarkanmu, membasuh berak dan kencingmu, menyuapkan makan supaya kamu membesar dilupakan saat dirimu sudah berjaya?
Saat namamu wahai anak semakin mahsyur, saat pangkatmu semakin tinggi, saat kekayaanmu semakin berlonggok longgok?

Tergamakkah kita berkira-kira menjaga nya saat kesihatannya semakin uzur?
Sedangkan kita tahu, ibu sanggup tidak tidur malam ketika kita demam. Kerisauannya sehingga tidak tidur, sedangkan esoknya banyak lagi kerja lain hendak diuruskan. Ada ibu sampai makan pun tidak ada selera kerana memikirkan anaknya.

Tergamakkah kita, meninggikan suara pada seorang ibu yang mana saat kita kecil tidak bermaya ibu menjaga bagai menatang minyak yang penuh.

Tergamakkah kita hendak pulang ke kampung pun berkira-kira tentang wang, sedang ibumu membekanjakan seluruh wang nya untuk anak-anaknya. Adakala dirinya pun tidak terurus hanya keranumu anak.

update : tonton sini https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hk6CRzHuc8o

Wahai anak yang masih mempunyai ibu dan bapa. Apa jua jawatanmu sekarang, apa jua status kekayaanmu sekarang, setinggi mana status kemahsyuran namamu, sehebat mana dirimu sekarang jangan lupa disebalik kejayaanmu hari ini adalah kerana seorang insan bergelar ibu. Semasa dirimu sakit, tangan ibumu mengurut perutmu, semasa kamu lapar ibumu menyuapkanmu, semasa kamu belum berjaya berjalan ibumu berada disisimu menyokongmu. Apabila kamu jatuh tatkala sedang belajar berjalan ibu berbisik "cuba lagi cuba lagi, anak ibu kuat".

"tangan ibumu yang pertama sekali menyuapkan makanan"

Pejamkan mata dan bayang wajah ibu kita. Tanya diri kita apakah ibumu mahu menumpang hartamu, jawatanmu atau kemahsyuran namamu?

Tidak ibumu hanya perlukan kasih sayang seorang anak. Tertunggu-tunggu seorang ibu bila agaknya anak akan telefon bertanyakan khabar. Walaupun dah besar panjang ibu tetap risau makan atau tidak anaknya. Cukup sayang seorang ibu pada anaknya.

Luangkanlah sedikit masa untuk ibu dan bapa jika masih ada. Apa guna nama, jawatan, kekayaan tanpa redha seorang ibu. Bahagiakanlah hari-harinya yang masih berbaki. Kita tidak tahu lama mana dipinjamkan seorang ibu (bapa). Jangan sampai saat nyawanya sudah terpisah dari badan baru kita nak nangis, masa itu, menangis air mata darah sekalipun waktu tidak akan berputar lagi.

"jika kita abaikan ibu kita dihari tuanya, 
tidak mustahil anak kita juga akan abaikan kita disaat kita tua"

Hargai nikmat seorang Ibu ( Bapa) Jangan menyesal setelah ia tiada lagi.
Hargai ibumu. Hargai ibumu. Hargai ibumu.

Saya memohon maaf seandainya ada kesilapan dalam kata-kata didalam entri ini. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Tetapi hanya sekadar ingat mengingati. Semoga entri ini mampu mampu menyedarkan anak akan jasa dan pengorbanan seorang ibu. Hanya Allah mampu membalas jasa seorang ibu. Buat yang telah tiada seorang ibu perbanyakkan berdoa untuk insan yang paling berjasa dalam hidup kita.

Comments

  1. Entry yang sungguh bermakna! Teringat ibu kat kampung. Lama dah tak berjumpa. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga memanfaatkan untuk semua. Syukur masih ada ibu. Dapat melihat wajahnya, doa seorang ibu tiada hijab

      Delete
  2. sahdu rasa hati teringat tentang pengorbanan emak dan ayah kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi terasa saat kita sendiri bergelar ibu @ bapa

      Delete
  3. betul cakap Mak saya, bila kita dah jadi ibu/bapa, baru kita lebih memahami apa yang mak ayah kita pernah rasa.mesti Arz macam tu kan..comelnya anak!semoga membesar jadi anak yang solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugilah saat dikurniakan anak pun masih abaikan ibu kita...

      Delete
    2. betul kak sal.. bila kita merasai perasaan tu baru kita tahu..

      Delete
  4. tanpa ibu bapa siapalah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anies.
      Takkan tiba-tiba keluar sedebuk tanpa ibu...

      Delete
  5. Berbaktilah kepada ibu sementara mereka masih hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul CP....bila dah tiada menangis sampai keluar darah pun tak akan kembali lagi

      Delete
  6. Memang kesakitan saat nak bersalin tu terus hilang bila tengok baby yang dilahirkan.
    * Nanti saya singgah BW lagi tau, arz.
    Banyak sangat hutang ngan sumeorang ni xD

    ReplyDelete
  7. Alfatihah untuk ibu saya yg telah tiada dan juga Al-fatihah juga untuk bapa saya yg masih hidup, semoga mereka selama2nya beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  8. kasih ibu sepanjang hayat cinta ibu membawa ke syurga,In shaa Allah :)

    ReplyDelete
  9. tanpa ibu bapa siapalah kita. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,HSB.
      Betapa payahnya menjadi seorang ibu..
      Semoga Allah sentiasa beri kekuatan kepada para ibu.

      Delete
  10. ya allah... serious sedih baca...
    thanks berkongsi...

    ReplyDelete
  11. Sesungguhnay anak2 takan faham kepayahan dan penat jerih pengotbanan ibu dan ayah sehingga mereka sendiri menjadi ibu dan ayah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju bunda. cumanya saya tak sempat ada zuriat semasa ibu saya masih ada. mungkin ada hikmah di sebaliknya.

      lagi sedih saat dikurniakan anak pun masih abaikan ibubapa penting kejarkan dunia...

      Delete
  12. besar pengorbanan seorang ibu tetapi ramai anak yg tak sedar diri bila dah besar dan boleh berfikir sendiri lalu tidak menghiraukan org tua. Sis JM ada pengalaman menziarahi rumah kebajikan yg menempatkan orang2 tua yg di tinggalkan anak..menitis air mata apabila mendengar perkongsian cerita mereka. Ya..kita yg ada kedua2 org tua atau salah dariapda mereka..sedarlah..tiada mereka tiada lah kita

    ReplyDelete
  13. anak pertama cik akak. Tapi sekarang dah dua tahun. gambar lama

    ReplyDelete
  14. Bila jadi mak. Baru rasa apa yg mak rasa. Mak boleh jaga 6 orang anak. Irra baru 2.

    ReplyDelete
  15. mata masuk habuk.. :(
    tak boleh baca pasal parents nie, cepat tersentuh.. rase macam banyak salah kita kat parents..urmm.. dah ternangis depan lappy dah nie.. huhu.. ibu bapa sanggup berkorban untuk kita dalam ape2 hal sekalipun.. mesti dahulukan anak2 walaupun diri sendiri banyak perlukan sesuatu.. Allah.. banyak jasa dan pengorbanan ibu bapa.. tak terbalas dengan waktu dan tak ternilai dengan wang ringgit..

    ReplyDelete
  16. Kita tak akan mampu bayar setiap satu pengorbanan ibu.
    Ibu tak ada galang ganti.

    ReplyDelete
  17. Lagu UNGU tu best. Sedih je dengar. Touching!

    ReplyDelete
  18. Sedih kan? bila dah ada anak ni baru tahu perasaan kasih sayang ibu pada kita.. rasa berdosa sgt melawan dorg..Semoga kita lebih berhemah kepada kedua ibu bapa

    ReplyDelete
  19. terasa nak balik kampung lak...

    ReplyDelete
  20. terasa nak balik kampung lak...

    ReplyDelete
  21. tersentuh pulak naluri bila baca n3 ni..
    betapa besar pengorbanan seorang ibu..
    akak baru jer balik kg hari tu sebab rindu sangat kat mak..:)

    ReplyDelete
  22. Dan dan ni terus nak call mak ar....
    Okje beruntung diberi peluang untuk menjadi ibu Arz...tapi ibu jugak manusia biasa, anak jugak manusia biasa kekadang tersasar dari landasan....moga ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia sentiasa diuji dan diuji. Allah sentiasa memaafkan hambanya walaupun dosa sebanyak air di lautan.

      Delete
  23. Allahu. Sayang mak saya. mana mungkin saya mmpu terbalas jasa2 emak saya :(

    ReplyDelete
  24. Mesti lagu ni tinggi nilainya buat aRz.
    Al - Fatihah buat arwah bonda.

    ReplyDelete
  25. begitu besarnya pengorbanan seorang ibu.. sebagai anak ada masanya kita terlupa asal usul kita.. terima kasih kerana mengingatkan saya..

    ReplyDelete
  26. tersentuh saya baca entri ni... saya setuju dengan quote tu.. belum tentu 10 anak boleh jaga seorang mak/ayah.. moga bila saya dah berjaya nnti, saya xkan lupakan keluarga.. merekalah yang saya ada bila saya xde apa2.

    ReplyDelete
  27. jatuh bangun kita, mak ayah kita akan pergi mengadu

    ReplyDelete
  28. sayangi la ibu bapa selagi mereka masih ada.. 10 org anak belum tentu mahu menjaga ibu bapa. realiti

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...