Skip to main content

Pulau Pinang Syurga Makanan

Makanan Rohani, Makanan untuk perut, Majlis Ilmu Pulau Pinang, Burger Astaka Bukit Gedong

Salam. Alhamdulillah. Semua sihat?
Semoga semua pembaca blog saya dan mereka yang sentiasa memberi sokongan pada saya untuk terus bersemangat untuk terus mengemaskini blog ini berada dalam keadaan sihat selalu. 

Pertama sekali ingat lagi dengan entri Kufur Nikmat? Jadi jangan lupa untuk ucapkan Alhamdulillah pada setiap nikmat yang kita rasai hari ini. Bersyukur dilahirkan di Malaysia yang aman dan damai dengan masyarakat yang saling bantu membantu penuh dengan adab yang cantik. Bersyukur juga kerana dilahirkan di negeri Pulau Pinang. Negeri dimana pusat pentadbirannya dikelilingi oleh lautan. Dikenali juga sebagai Pulau Mutiara.


Pulau Pinang hari ini lebih dikenali sebagai Syurga Makanan. Ramai pelancong yang datang ke sini kerana keunikan makanan disini. Pulau Pinang penuh dengan pelbagai makanan dari pelbagai kaum disini. Dalam blog ini juga ada saya ceritakan antara makanan yang menarik dalam ruangan Awesome Food. Insyaallah jika dipermudahkan saya akan terus berkongsi dan bercerita lagi tentang makanan yang menarik di Pulau Pinang. Mungkin selepas ini jika ada pengusaha kedai makanan yang rasakan menunya sangat menarik juga boleh hubungi saya untuk saya berkongsi di blog saya.

Tetapi ada sedikit kekurangan jika saya hanya berkongsi atau bercerita mengenai Syurga Makanan untuk perut sahaja. Pulau Pinang hari ini, dengan usaha beberapa pihak Alhamdulillah boleh juga dikatakan sebagai antara Syurga Makanan untuk ROHANI. Apa itu Syurga Makanan ROHANI ini? Sebenarnya ia adalah Majlis Ilmu. Boleh dikatakan hampir setiap masjid hampir setiap malam di Pulau Pinang dipenuhi majlis-majlis ilmu. Alhamdulillah syukur.

Begitu juga ada beberapa pihak yang sudi untuk menyebarkan majlis-majlis ilmu itu serta mengadakan majlis-majlis ilmu dari semasa dan semasa. Alhamdulillah. Pihak yang saya maksudkan itu adalah :

Majlis ilmu, tuntutlah ilmu
Majlis Ilmu Negeri Pulau Pinang

Majlis Ilmu Negeri Pulau Pinang, Majlis Ilmu, Ceramah Agama, Menuntut Ilmu
Majlis Ilmu Negeri Pulau Pinang

Majlis Ilmu Negeri Pulau Pinang (MINPP) menyebarkan jadual kuliah majlis ilmu di facebook rasmi mereka iaitu :


Pihak kedua yang saya maksudkan adalah :

Zon kuliah, rakaman, video majlis ilmu, Pulau Pinang
Zon Kuliah

Zon Kuliah ini pula menyediakan LIVE STREAMING dan rakaman kuliah yang terpilih. Buat anda diluar Pulau Pinang atau tidak sempat hadir boleh mendengar dan menonton secara live. Pihak zon kuliah juga berkongsi segala video yang dirakam dan segala jadual di facebook rasmi iaitu


atau ikuti rakaman video terpilih di

http://zonkuliah.my/

Di zaman serba canggih atau dikatakan dunia di hujung jari ini tiada lagi alasan untuk menyatakan kita tak tahu ada majlis ilmu. Pihak MINPP dan Zon Kuliah sedaya upaya membantu menyebarkan jadual kuliah majlis ilmu mudah-mudahan kita manfaatkannya sebelum terlambat.

Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid-masjid berdekatan dalam keadaan kita masih mampu memasukinya dalam keadaan TEGAK, sebelum kita memasukinya dalam keadaan MELINTANG.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua. Yang baik itu dari Allah S.W.T dan segala kekurangan itu datang dari diri saya. Mohon maaf jika ada kesilapan didalam entri ini.

“Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari)

Surah Al-Zalzala, Maksud Ayat 7:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

Comments

  1. pasemboqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq

    ReplyDelete
  2. Asalam terbaik ni sahabat blogger. Teruskan berblog dengan cara yang berhikmah. selitkan dakwah kesedaran dan pelbagai cara...

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat syurga makanan untuk hidup je...tp syurga mknn rohani jugak....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, makan, makan juga kan aRz, ilmu rohani perlu juga untuk santapan minda :)

    ReplyDelete
  5. info yang bermanfaat..thnks for sharing :))

    ReplyDelete
  6. Penang memang syurga makanan!... nasi kandaq of course yang terbaik... aduhhh... sejak tinggal kat Selatan ni dah lama tak makan nasi kandaq yang best... sedihhh

    ReplyDelete
  7. Lama tak jejak kaki ke Pulau Pinang....

    ReplyDelete
  8. makan untuk santapan rohani juga..good :) teringin nak pergi penang satu hari nanti :)

    ReplyDelete
  9. teghasa nak pi pulau pinang pulak ><

    ReplyDelete
  10. cakap pasal mknan mesti ingt perut shje kdng2 tetapi mknan untuk rohani tidak pula kita fikir.. tq atas perkongsian.. pasal seronok tntg perkongsian nie pasal livestreaming tu.. boleh lh ayie tgok sebb nak ke Penang mcm xjauh plkkan.. hehe moga memberi manfaat

    ReplyDelete
  11. Ni yg rs nk terjah PP skrg jg!!!

    ReplyDelete
  12. Memang terbaik PP banyak makanan sedap..Malaysia kaya degna sumber makanan ..

    ReplyDelete
  13. TERBAIK lah Pulau Pinang..syurga makan rohani dan jasmani. Rugi jika rakyat pulau pinang tidak ambil peluang menghadiri majlis ilmu yang di anjurkan tu

    ReplyDelete
  14. Terbaik! Makanan untuk perut dan rohani. Lengkap pakejnya :)

    ReplyDelete
  15. moga pulau pinang terus maju kedepan. teringin nak p syurga makanan dan makanan rohani :)

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi jejak ke PP..

    ReplyDelete
  17. CP baru balik dari kursus di Penang. Setiap malam pasti pergi cari nasi kandar, pasembur dan mee sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP datang dengan officemate. Kalau tak memang nak whatsapps Arz ajak lepak

      Delete
  18. Perghhh..thumbs up untuk Penang.
    Sempoiii...
    Nak kena pi bercuti kat sana ni.
    Nanti boleh tanya Arz, iola, Fathin ttg Penang. Rasenye Ct humairah pun penang mari, kan?

    ReplyDelete
  19. Perghhh..thumbs up untuk Penang.
    Sempoiii...
    Nak kena pi bercuti kat sana ni.
    Nanti boleh tanya Arz, iola, Fathin ttg Penang. Rasenye Ct humairah pun penang mari, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.....ramai juga lagi blogger penang cuma belum mengenali

      Delete
  20. terbaiklah pulau pinang.
    semoga terus maju

    ReplyDelete
  21. baru tau ada santapan rohani macam ni... =)

    Penang....

    ReplyDelete
  22. Wahh TERBAIK Penang ..Macam2 ada ..Nice sharing Arz..

    ReplyDelete
  23. thorbeakkk Penang !! macam2 ada. bangga kan? hehehe
    baru tau ad banyak majlis ilmu tahun ni

    ReplyDelete
  24. Aaaa, nak pergi penang nak makan je. hehe

    ReplyDelete
  25. Baca entri ni tetiba teringin nak makan jeruk. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang la penang makan jeruk

      Delete
    2. Kalau pi Penang, bukan setakat nak makan jeruk je...macam2 lagi akak nak pergi makan :)

      Delete
  26. saya dulu asrama kat penang. tapi nama pun asrama kan. x berpeluang nak makan2 kat sana.. hmmm

    ReplyDelete
  27. 2 3x dah jejak kaki ke pulau pinang.. tp blm smpt merasai syurga makannan tu lagi... alhmdullilah ade jugak rohaninye kt sane

    ReplyDelete
  28. ilmi rohani juga perlu ditambah

    ReplyDelete
  29. Setuju dengan pendapat bro... :D

    ReplyDelete
  30. Suka sangat entri ni walaupun kurang gambar makan ! hahaha... memang pulau pinang lubuk makanan ... cuma sha tak berkesempatan lagi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...