Skip to main content

Mini Holiday | Taiping Perak

Mini, Holiday, Flemington, hotel, swimming pool, gambar cantik, arzmoha, jurugambar perkahwinan, landscape, visit malaysia, visit perak

Salam. Semoga semua sihat selalu. Masih lagi di bulan November.
Baik sekadar ingin berkongsi pengalaman percutian budget, ringkas, tempoh yang pendek. Sebenarnya ini semua atas permintaan dari Puan Isteri. Rasanya lama juga tak bercuti. Sempena Puan Isteri bakal berhadapan dengan audit, special request untuk bercuti juga walaupun tempoh pendek iaitu satu malam sahaja.


Kalau ikutkan perancangan mula, nak bercuti ke Teluk Batik. Sebab belum pernah jejakkan kaki. Tetapi agak bersyarat. Nak Hotel yang agak selesa, ada breakfast, ada swimming pool dan kedai makan berdekatan. Fuh....bukan mudah nak penuhi permintaan ini. Setelah cari dan cari dan cari dan cari....
Sebenarnya di Teluk Batik boleh dikatakan tiada hotel, yang ada adalah apartment. Tetapi kesemua yang agak memenuhi permintaan dah penuh. Apartment yang masih kosong sebenarnya mendapat komen yang agak tidak berapa cantik di laman Agoda. Sebenarnya bagus juga jika nak dapatkan review tentang hotel atau tempat yang kita ingin tuju dengan merujuk kepada laman Agoda. Tetapi aRz tidak tempah melalui Agoda.
Kembali pada tajuk perbincangan kita tadi. aRz terpaksa mengubah lokasi percutian dan terjumpa dengan sebuah hotel yang rasanya memenuhi citarasa permintaan Puan Isteri.

FLEMINGTON HOTEL, TAMAN TASIK TAIPING, PERAK


Inilah hotel yang dapat memenuhi permintaan Puan Isteri. Ada Swimming pool, bilik yang agak baik, dekat dengan kedai makan, breakfast disediakan, dan extra berhadapan dengan Taman Tasik Taiping.

Memang menarik jika dapat bilik yang berhadapan taman tasik taiping, tentulah memberikan rasa tenang melihat kehijauan. Tapi bilik pada hari ditempah hampir habis. Fuh...nasib baik masih ada kekosongan. Sebelum tu, ok tak swimming pool hotel ini? Tengok gambar yang paling atas. Menarik kan?
Visit perak, Visit Malaysia, Flemington, Hotel, Taman Tasik Taiping, Taiping, holiday, gambar cantik, arzmohdhaniffa, photography, arzmoha, nice place
| arzmohdhaniffa photography | Flemington Hotel, Taiping, Perak
Flemington Hotel Room
Baik jika bercakap tentang hotel, tidak sah jika tak tunjuk bathroomnya. :) Nama pun tidur hotel tentu hendak bathroom yang bersih kan? Jom tengok gambar dibawah.
Bathroom, Flemington, taiping, visit perak, visit malaysia, arzmoha, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | antara kelengkapan yang disediakan
Flemington, bathroom, Hotel, gambar cantik, arzmoha, visit perak, beautiful bathroom
| arzmohdhaniffa photography | Flemington hotel bathroom
gambar cantik, jurugambar, flemington hotel, visit taiping, perak, malaysia,
| arzmohdhaniffa photography | Flemington Hotel
Bagaimana? Bersih? Cantik? Baik walaubagaimanapun. Semasa check-in, karpet di bilik ini agak berbau, tetapi tidaklah terlalu kuat, mungkin belum kering sepenuhnya. Kedua aircond agak lambat untuk sejuk. 
Tetapi bila dah sejuk menjadi agak selesa. SSebenarnya ada satu aktiviti biasa bila dah sampai hotel aRz biasanya berehat dulu. Ingatnya sebelah petang nak lepak di swimming pool saja tapi....
Visit taiping, Flemington Hotel, Visit Malaysia, gambar cantik, Swimming pool, raining
Swimming pool Flemington Hotel. Hujan
Sebab masa check in hujan lebat, jadi tak boleh kemana-mana. Kalau ada yang follow di instagram aRz boleh tahu aRz ada masukkan gambar. Bercadang sebelah malam baru keluar makan, sebelum sampai di Taiping aRz dah pun menjamu selera di RnR berdekatan Bukit Merah. Jadi Nak Pi Mana malam ni?

DOLI KUEY TEOW GORENG


Doli kuey teow goreng, kedai atau restoran yang di cadangkan oleh rakan facebook aRz semasa bercuti kesini juga pada tahun lepas. Bila dah sampai sinim rasa macam kedai makan wajib untuk singgah. Pertama sekali aRz kongsikan dulu lokasi Doli restoren ini. Bagi memudahkan pembaca blog aRz boleh tengok maps dibawah.



Apa yang menarik sangat dengan Doli restoren ni? Doli ni paling famous adalah Kuey Teow Gorengnya. Pertama kali singgah kat sini, tengok ada yang bungkus lagi 2 3. Macam sedap. Bila dah rasa memang betul rasa sedap.
Doli, Kuey Teow Goreng, Sedap, gambar cantik, Menu, Taiping, Visit Malaysia
| arzmohdhaniffa photography | Doli Kuey Teow Goreng dan menu lain

Taiping, gambar cantik, Kuey Teow Goreng, awesome food, Sedap, Taman Tasik Taiping, Malaysia
| arzmohdhaniffa photography | Kuey Teow Goreng Doli

Doli, Taiping, Nasi Ayam, Chicken Rice, Awesome food, Taiping, Malaysia
| arzmohdhaniffa photography | Nasi Ayam Doli

Doli, Nasi Ayam, Chicken Rice, gambar cantik, jurugambar produk, taiping, perak, malaysia, jalan-jalan cari makan
| arzmohdhaniffa photography | Nasi Ayam Doli

Doli, Taiping, Perak, Malaysa, Awesome Food, Jalan-jalan cari makan, gambar cantik
Hadapan Kedai/Restoren Doli
Sebenarnya dua hari di Taiping, Sabtu dan ahad Cik Puteri asyik time makan. Bila bangun saja terus cakap "abah nak nasik" Kalau minta kul 2 3 pagi pening juga nak cari. Petang sebelum ke Doli memang suruh tidur dulu, tapi Cik Puteri excited sangat. Jadi sebelah malam terus tidur.

Rasa macam dah panjang entry ini. Macam biasa :) sambung part 2 kalau rajin. Sebelum tu, percutian kali ini langsung tak masuk zoo. Rasa macam dah kerap sangat masuk zoo. Cuti kali ini nak rehat-rehat saja.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. musim hujan ni pi bercuti mmg byk dok dalam je la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. penang sekarang hujan disebelah malam

      Delete
  2. Wahh bestnyerr jalan2 ..Seronok lerr ..Kak Lya lum sempat lagi bawak anak2 g jalan2 jauh..Jalan2 dekat jer dulu ..Kampung pon tak sempat balik lagi Arz huhuhu..Abah diaorg cibuk manjang kalau ujung tahu huhuhu...Apapon bercuti memang seronok ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lama tak bercuti. Sebab tu gi juga. Kampung tak balik lagi lagipun musim tengkujuh

      Delete
  3. kuey teow dia nampak menyelerakan lah abg arz. wuuu. suka swimming pool diaa! aaaa,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuey teow nampak biasa tiada hiasan tp sedap

      swimming pool nanti saya cerita lebih lanjut part2

      bila part2? tunggu jela hehehe

      Delete
  4. Seronoknya bercuti, rehatkan minda! Food kat Doli tu nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali kedua saya ke sini. Nampak memang begitulah

      Delete
    2. Oohhh. Gambar Cik Puteri xde ke menyelit sekelping dua? :)

      Delete
  5. asalam ..aRz alamat dah salin..entry ni malam ni nak baca ya..terbaik Etuza di Pekan Kenigau biz penghantaran hadiah ya...

    ReplyDelete
  6. wah, lawa lah gambar abang Arz amek. jelesnya. sobs. menarik juga ada hotel dekat dengan Taman Tasik Taiping... nnti kalau p perak, nak try la ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera yang main peranan....

      memang menarik sebelum inigatkan mahal rupanya tak mahal sangat

      Delete
  7. Banyak betul syarat-syaratnye tu.
    Bersyukur dapat suami yang buat everything.
    Kalau saya, sayalah decision maker.
    Kalau bukan saya, semua benda x jalan.
    Sabau je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri kan pasangannya kenalah membantu

      Syarat yang susah nak penuhi

      Delete
    2. Semoga Arz & wife bahagia hingga ke Jannah.

      Delete
  8. Ayu pon nak berjalan jugak arz.. tp blm ade kesmptan lg nie.. hehehhe amboii bersyarat2 lak ye.. tula kalu g telok batik nmg xde hotel rasenye.m kbykknye chalet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercutilah rehatkan minda. Walaupun tempat yang dekat-dekat saja

      Delete
    2. Ayu, best tak chalet kat sana.
      Walaupun kg kat Perak, saya x pernah sampai T.Batik ni.

      Delete
    3. saya pun belum sampai lagi. Dengar kahbar teluk batik memang havoc hehehe

      Delete
    4. Waahhh..betul ke havoc.
      Ok, next on list.
      Feeling excited to go :)

      Delete
  9. Kalau datang ke Taiping perlukan masa sabtu dan ahad sepenuhnya.. Dengan makanan yang sedap2, mandi air sungai dan air terjun.. naik bukit larut dan tempat yg bersejarah lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul taiping banyak tempat yang boleh dilawati.

      Delete
    2. Taiping tu tempat lahir saya.
      HB Taiping.

      Delete
    3. owhhhh tempat lahir rupanya

      Delete
  10. anis pantang nampak kuey tiow nie.. rase nak makan n makan lagi..hahah... sejak bile tah berhantu makan nie..huhu.. tengok gambar nie pon dah terliur..hahahah..

    ReplyDelete
  11. cantik jugak kawasan hotel nie.. boleh search lagi tempat2 menarik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik juga kawasan ni. tapi kalau boleh tempat bilik menghadap taman tasik....

      Delete
  12. musim hujan ni, nak ke mana2 pun tak best..duk umah jela, awal thn dpn baru bercuti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. ramai yang lebih suka lepak di rumah musim hujan

      Delete
  13. Bestkan pergi bercuti..Selalu gak singgah Doli Kueteow kalau ke Taiping..

    ReplyDelete
  14. hujan plak..
    nnt ke Taiping nk try lah kedai Doli tue..
    xpergi makan yong tai fu ka kt taiping

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkali sampai tapi tak sempat cuba lagi yong tai fu sebelah balai bomba kan?

      Delete
  15. lama tak pi taiping.. selalu tidoq umah sedara ja. bestnya hotel. nampak kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah sedara pun ada di taiping juga, tapi duk umah sedara alamat tak kuar jalan la hehe

      Delete
  16. Bestnya dapat bercuti begini walaupun sehari. Memang dapat release tension.

    ReplyDelete
  17. Resto doli tu, sy tgk kt jjcm.kt nyer ada buka caw kt TTDI. then sy g ke sn. Rupanya fa ttp.penat je g sn smpi sesat barat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi di taiping dah lama.
      Di TTDI tak pasti pula

      Delete
  18. Bagus gak dapat short vacation camni...dapat rest dan rilekkan minda dari kerja harian.... swimming pool yg cam best tuuu...ekekekekeke... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro eshamz, yang penting rehatkan minda.
      dapat rehat di Hatyai macam bro eshamz lagi best hehe

      Delete
  19. rindunya nak ke Taiping... taiping memang best... makan pun best2 jugak ! seronok kan sekali sekala berholiday dengan family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup taiping memang best. berapa kali saya dah ke sana tapi tak pernah jemu

      Delete
  20. Selamat datang ke Taiping...Taiping memang best...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...