Skip to main content

Kufur Nikmat

Google Images

Salam Jumaat. Semoga sihat sentiasa. Pejam celik Pejam celik dah sampai hujung minggu.
Masa berlalu dengan pantas. Jadi sebelum pergi ke tajuk entri hari ini ada sedikit perkongsian soalan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya. Saya ringkaskan.

Pertama, Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Kedua, apakah yang paling jauh dari diri kita?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah MASA LALU. Tidak kita kita menggunakan apa jenis kenderaan pun kita tidak mampu kembali ke masa lalu. Oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Ketiga, Apakah yang paling besar di dunia ini?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah NAFSU. Nafsu yang menguasai diri, menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk hidup berlandaskan kebenaran. Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus kedalam api neraka. Maka perlu berhati-hati dengan nafsu supaya tidak terjerumus ke dalam neraka.

Keempat, Apakah yang paling berat di dunia?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanah.

Kelima, Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Jawab imam Al-Ghazali adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara mengejar dunia kita meninggalkan solat.

Keenam, Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah LIDAH. Kerana malalui lidah, manusia begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Dengan lidah juga maka tersebar fitnah. Dengan lidah juga manusia mungkin terhumban ke dalam neraka.

Soalan ini sebenarnya ada bersangkut paut dengan tajuk entri ini yang mana merupakan tajuk Khutbah Jumaat di tempat saya pada hari ini. Khatib juga meminta supaya kita sama-sama bermuhasabah diri tanya apakah nikmat Allah yang telah kita kufur akannya.

Bercerita tentang nikmat Allah S.W.T ternyata terlalu banyak, terlalu besar. Jika diambil dari sudut yang kecil seperti nikmat mata, hidung, telinga, mulut (lidah) apakah kita telah menggunakan sebaiknya dijalan Allah? Atau setidaknya tidak digunakan untuk tujuan yang tidak baik?

Begitu juga dengan nikmat sebagai seorang PEMIMPIN. Pemimpin keluarga, Organisasi setempat, tempat kerja, Pemimpin rakyat dan sebagainya. Jika kita takut tidak mampu memegang amanah yang besar sebagai seorang pemimpin terutama pemimpin yang melibatkan organisasi yang besar maka lebih baik janganlah kita sanggup untuk memegang amanah tersebut. Tugas sebagai seorang pemimpin adalah amanah yang amat berat.

Selain daripada itu, antaranya adalah nikmat anak. Ramai yang inginkan anak. Ramai yang berdoakan untuk cepat mendapat zuriat atau anak. Tidak salah sebenarnya. Anak itu penyeri rumahtangga. Tetapi perlu ingat anak itu adalah satu AMANAH. Sebelum kita mendapat zuriat maka kita perlu bersiap sedia untuk memegang amanah yang amat berat dan besar itu. Didiklah agar menjadi manusia yang taat pada perintah Allah S.W.T. Ada juga yang dikurniakan anak tetapi tidak mensyukuri nikmat tersebut. Dengan mendera anak, memukul bukan untuk tujuan mendidik, dan banyak lagi.

Setakat ini saja yang ampu saya kongsikan untuk hari ini. Seandainya ada kesilapan di dalam entri ini mohon jasa baik semua untuk menegur saya. Marilah kita sama-sama menyukuri nikmat yang Allah S.W.T. berikan pada kita dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Jumpa Lagi



Comments

  1. Alhamdulillah perkongsian yang baik.. Kene banyak muhasabah kan diri.. Manusia mmg selalu lalai.. moga kita selamat dari mnjadi hamba Nya yg rugi...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...terima kasih mengingatkan....

    ReplyDelete
  3. peringatan buat semua.. alhamdulillah. manusia memang selalu alpa dan lalai

    ReplyDelete
  4. Terima kasih diatas peringatan ini.. Sentiasa bermanfaat untuk direnungi.

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah. Suka dgn nasihat yg abg arz share kan ni.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas ingatan ini :)

    ReplyDelete
  7. Perkongsian ilmu yang sngt bermanfaat utk sy..semoga kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa mensyukuri nikmat2Nya...

    ReplyDelete
  8. Menjadi pemimpin pun adalah suatu nikmat...fikirkan nikmat, InsyaAllah tak atau kurang stress..

    ReplyDelete
  9. Apa-apa pun semua di dunia ni datang dari Allah...sebab tu baik atau sebaliknye hendaklah kita sentiasa berserah diri kepadaNya setelah berusaha...

    ReplyDelete
  10. Yang penting sentiasa insafi diri..dengan melihat semua kejadian di sekeliling kita sebagai suatu pengajaran atau kebaikan utk kita lebih berusaha untuk berjaya lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  11. Sukar nak jadi pemimpin yang sempurna tapi yang baik tu ramailah...

    ReplyDelete
  12. setuju, ank memang tanggungjawab yang besar sangat... ibu bapa patot rasa malu pada Allah bila nak pukul anak tuh... kalau anak tuh teruk, sebenarnya itu reflek ibubapa nya...allahu alam

    ReplyDelete
  13. Betul tu. Sebelum ada anak, bukan main nak ada anak. Bila anak dah ramai, tak tahan pula..didera macam-macam sampai mati pun ada. Harap jangan pandai buat je tapi tak pandai jaga.
    Silalah didik.anak menjadi insan mulia.
    Reminder to my ownself.

    ReplyDelete
  14. perkongsian yg baik.. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  15. betul tu.. anak tu satu tanggungjawab.. kena didik dengan baik.. akan ingat kata2 tu :)

    ReplyDelete
  16. Asalam semoga kita terhindar dari keadaan yang menyeksakan zahir dan batin...

    ReplyDelete
  17. sudah baca info hal anugerah..jemput join ya

    ReplyDelete
  18. aha..kufur nikmat? ada yg tidak bersyukur dgn nikmat yg Allah kurniakan..ya Allah ampunilah dosa-dosa ku yg kekadang leka dgn suruhan mu

    ReplyDelete
  19. betul. sedangkan masa jadi anak pun dah ada amanah masing-masing. kalau jadi anak pun tanggungjawab x terbuat, apatah lagi nak ada anak sendiri

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini...

    ReplyDelete
  21. Pengkongsian yang cukup berguna bro... bersyukurlah dgn nikmat yg diberi... :D

    ReplyDelete
  22. Alhamdullilah
    satu perkongsian yang baik arz...

    ReplyDelete
  23. Satu perkongsian menarik dan bermanfaat untuk kita semua ..Thanks Arz....

    ReplyDelete
  24. setuju dengan setiap kata2 nya. moga kita sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan baik. semua milik Dia :)

    ReplyDelete
  25. perkongsian yang baik dan bermanfaat
    terima kasih Arz

    ReplyDelete
  26. Allahuakbar...peringatan untuk semua...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...