Skip to main content

Kamera Yang Paling Sesuai

Kamera, DSLR, Menarik, gambar cantik, canggih, murah,
Cik Puteri dan Nikon DSLR

Salam. Dunia hari ini sudah berubah. Pantas.
Teknologi hari ini pun sudah murah untuk dimiliki jika nak dibandingkan dengan masa lalu. Teknologi, terutama kamera boleh dikatakan banyak pilihan dan banyak jenis. Boleh dimiliki kerana kehebatannya, kesesuaian dengan jiwa seseorang dari segi warna, dan juga kerana saiznya serta kegunaannya.


Hari ini saya nak kongsi sedikit teknologi kamera yang semakin berlambak di pasaran untuk BLOGGER secara khasnya tetapi boleh juga dibaca oleh mereka di luar sana yang suka merakam gambar khas untuk simpanan, koleksi dan untuk kegunaan yang menjana pendapatan serta mereka yang menyukai media sosial.

Seperti saya, saya lebih suka berkunjung ke blog yang dipenuhi gambar berbanding fakta yang panjang. Susah nak disiplin untuk baca, tetapi tetap kena baca. Membaca itu kan pelita ilmu. Walaubagaimanapun gambar yang cantik dan menarik mampu menarik pembaca ke blog kita.

JENIS KAMERA

Teknologi yg makin hari, makin murah, makin banyak pilihan sehingga susah untuk membuat pilihan. Apa Jenis kamera yang ada hari ini?

DSLR

Credit to Google Images

Digital Single Lens Reflex atau mudahnya seperti gambar diatas. Dahulunya pernah menjadi trend, dimana saja kita boleh lihat rata-rata ianya digalas dan dibawa kemana saja. Kamera ini sudah tentu mampu menghasilkan gambar yang begitu berkualiti dan cantik. Tiada tandingan. Ianya boleh ditukar pelbagai jenis lensa. Harganya juga sudah mampu dimiliki.

Jika kamera jenis ini sedang difikiran anda. Anda harus memikirkan masak-masak supaya anda tidak menyesal membelinya. Antara KELEBIHAN DSLR (sebenarnya banyak tapi saya bagitau mana yang mampu sahaja)

1. Mampu menghasilkan gambar yang cantik.
2. Mampu merakam dan menghasilkan gambar dalam apa jua waktu dan cuaca. (siang, malam, panas, sejuk, mendung)
3. Mampu merakam gambar yang terlalu kecil mahupun terlalu jauh (diluar kemampuan mata biasa)
4. Merakam gambar pada kelajuan yang tinggi. Mengambil gambar yang bergerak tanpa ada kesan blur.

Macro | Google images (webneel.com)
 Credit to : https://www.flickr.com/photos/peacezxp/8560790221/in/photostream/

KEKURANGAN DSLR


1. Saiz dan Berat. Saiznya agak besar dan agak berat berbanding kamera lain. Mungkin jika anda berseorangan tidak ada masalah. Tetapi setelah berkeluarga, anda perlu mendukung anak, membawa beg anak, beg kamera, itu baru anak seorang jika dua atau tiga orang? Melainkan minat yang mendalam. Anda mampu menggalasnya dengan penuh senyuman.
2. Penjagaan yang rapi. Kamera DSLR bukanlah seperti kamera lain. Ianya perlukan penjagaan rapi. Tidak boleh terlalu panas dan terlalu dingin. Ianya mampu membuatkan anda menjadi penternak fungus yang berjaya ( rujuk gambar di bawah)
google images
3. Kos yang tinggi. Hari ini boleh dikatakan harganya semakin menurun disebabkan ianya bukan lagi trend pada hari ini. Walaubagaimanapun, jika anda membelinya, anda hanya dapat beserta lensa standard yang tidak mampu untuk fokus lebih jauh dan tidak juga berkeupayaan merakan gambar macro. Anda perlu laburkan lagi wang untuk membeli beberapa kelengkapan lain. Itu belum termasuk kos servis dan membaiki jika ada kerosakan.


KELEBIHAN HARI INI


Di pasaran hari ini, Kamera jenis DSLR sudah dilengkapi dengan keupayaan memuat naik gambar terus ke media sosial menerusi bulit in wifi. Usah risau jika tidak ada masa untuk membuka menerusi laptop atau komputer.

GO PRO HERO

Kamera yang dilengkapi keupayaan merakam gambar dan video dengan kualiti yang agak tinggi. Anda boleh mencari di youtube kualiti video yang dihasilkan oleh kamera ini. Memang menarik dan cantik. Antara blogger yang menggunakan adalah Bro Eshamz Halim boleh juga bertanya pengalaman menggunakan Go Pro di blognya. Cuma apa yang saya boleh kongsikan. Kamera ini bersaiz kecil, ringan, mudah di bawa dan mampu menghasilkan kualiti gambar dan video yang cantik. Sekiranya saya tidak silap Go Pro 3+ mempunyai kelebihan built in wifi yang membolehkan anda transfer gambar ke smartphone anda dan dimuat naik ke media sosial dan sebagainya. Harga sekitar RM 1000++. Kelebihan dan keistimewaan yang paling utama boleh merakam gambar dan video di dalam air. Menarik sangat. Masih dalam wishlist saya. Ada nak sponsor tak? haha.

KAMERA SMARTPHONE


credit to www.gsmarena.com

Baik, ini adalah yang terakhir. Hari ini kecanggihan teknologi kamera ini sehinggakan smartphone hari ini dilengkapi kamera yang sangat hebat dan berkualiti. Dengan Nilai RM 500 ke atas anda mungkin mampu memiliki Telefon + internet + kamera + editor dalam satu alat. Saya rasa inilah kamera yang paling sesuai buat blogger yang memerlukan kepantasan dalam mengupload gambar, entry di blog atau media sosial lain. Hari ini kamera dari smartphone serendah kurang dari RM 1000 mampu mengambil gambar dengan kemudahan autofocus. Autofocus kebiasaannya mampu menghasilkan gambar yang 'blur' atau 'bokeh' di bahagian background. Agak-agak faham tak? Dengan harga dari RM 550 - RM 1300 anda mampu memiliki smartphone yang dilengkapi kamera megapixel tinggi 8MP 13MP 5MP. Sudah tentu mampu menghasilkan gambar yang cantik. Selain dari mampu mengambil gambar yang cantik didalamnya tersedia pelbagai aplikasi untuk mengedit gambar supaya lebih cantik dan menarik. Ianya bergantung kepada kreativiti individu.

KESIMPULAN


Tidak kira apa yang saya tulis ianya adalah pendapat peribadi saya. Pemilihan adalah di tangan anda. Jangan kata saya tidak ingatkan pada anda. Walaubagaimanapun jika anda ingin kamera yang terbaik yang mampu melakukan semua perkara mungkin anda perlu memilih kamera yang ada di Smartphone yang harganya semakin hari semakin murah. Pemilihan kamera ini penting agar anda tidak menyesal dalam melaburkan wang anda untuk membeli kamera tetapi tidak menepati jiwa anda. Sehingga berlaku pembaziran. Pernah ada mereka yang melaburkan wang membeli sejenis kamera yang agak mahal tetapi akhirnya menjual semula pada harga yang lebih rendah kerana tidak menggunakannya. Ini saja yang mampu saya coretkan, harap memberi manfaat buat anda semua. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. anis xde lagi nak pikir beli henpon canggih2.. mungkin dh ade kerja nanti baru pikir..sekarang main tangkap je gambar gune ape2 kamera..huhu.. pernah belajar sikit2 pasal ilmu fotografi tapi setakat gitu je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni handphone canggih pun dah terlalu murah

      Delete
  2. Uhh dulu ade impian jugak nk beli dslr and seangktnye ni..
    Tp mcm tak pandai je...
    Adee samsung camera pon jadi hiasan..
    Payah btl otak nk masuk belajar balik bile dah tak minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada minat mendalam. perlu lupakan. takut guna sebulan dua pastu jual dengan harga yang terlalu rendah. rugi.

      Delete
  3. Iphone memang ramai akui the best smartphone tetapi dengan kebanjiran produk dari china seperti lenovo, harganya kurang 3-4 kali ganda memberikan keistimewaan yang sama

    ReplyDelete
  4. sis mmg ada impian nak belajar DSLR ni . klu beli dgn harga mahal tapi guna utk sekadar minat , kena tunggu rm jatuh ke riba lah . lately ada lak smartphone oppo dan nikon digital camera coolpix yg blh dptkan gambar cantik selain lenovo... jadinya , kena beli sekadar keperluan utk memenuhi minat dgn kemampuan RM yg ada ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smartphone Klau yang lebih baik atau lebih mahal dari lenovo lebih cantik la gambar....
      tak perlu DSLR pun

      Delete
  5. Saya pakai cam smartphone je.
    Alhamdulillah bolehlah walaupun gambar x secantik cam Arz.
    Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smartphone pun dah cantik Dr Shikin.. lainlah BB :(

      Delete
  6. DSLR ...
    perghh rindu sangat dengan camera ni... sha punya dah jadi hak milik famili...
    sadis plak rasa...

    ReplyDelete
  7. Jemput semua singgah sini
    - http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/11/versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  8. saya pun teringin nak dslr. tapi saya x kreatif.. sobs.

    sekarang ni pakai hp pnya kamera je. so far orang kata gambar cantik. so, biarlah stick dengan hp je. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smartphone senang nak bawa kemana-mana.

      Delete
  9. Sebelum ni terpikir gak nak beli DSLR ni tapi bila pikir balik beli GoPro je la sebab bukan nak guna selalu pun..camera yang ada sekarang ni pun jadi tukun je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik dah tu niat dan impian CP tu.
      saya bukan apa. Sekadar berkongsi pengalaman kawan-kawan yang beli DSLR tapi akhirnya jual semula sebab tak digunakan. Membazir

      Delete
  10. Kamera DSLR memang famous...ramai kelab fotographer gune kamera ini...saya minat pada gambarnya yang jelas dan menarik..jauh beza dengan kamera digital yang lain di zaman sekarang ni..

    ReplyDelete
  11. Pernah juge beli kamera ni tapi yang tiruan dari Taiwan..rasa kecewa pun ada ingat original dari Japan..

    ReplyDelete
  12. Yang paling menarik utk DSLR camera terkini, ia dapat memuat turunkan gambar yang ditangkap terus ke FB, Twitter dan sebagainya...memang canggih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ia mengikuti perkembangan terkini. ramai yang beralih ke smartphone, go pro yang mana teknologi built in wifi memudahkan untuk transfer gambar

      Delete
  13. Salam bro, sorry sebab dah lama tak blogwalking ke blog ni disebabkan kekangan masa dan kesibukkan di opis. Maklumlah hujung tahun ni biasanya masa yg paling sibuk. Terima kasih juga kerana sudi menyelitkan blog saya dalam entri ini.

    GoPro sememangnya memudahkan dan menyenangkan saya apabila mengambil gambar bila melakukan aktiviti outdoor berbandingkan DSLR tetapi kedua-duanya mempunyai Pro and Con.
    Ada kalanya saya bwk gopro jer kalau travel dan adakala saya masih membawa DSLR ketika travel. Tapi kebiasaannya , saya akan tetap bawa kedua2nya supaya senang digunakan mengambil gambar apabila diperlukan. Tidak dinafikan bahawa Gopro mmg cukup berguna bagi aktiviti2 air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya pengguna dan pemilik go pro dah komen....
      Tapi DSLR kalau bawak anak rasanya tak sempat dah nak amik gambar. Berbanding ada minat yang tinggi

      Delete
  14. ahaahhaah....nak ketawa bila lihat komen dari JAWATAN KOSONG TERBARU

    ReplyDelete
  15. sis JM pun dh lama mencari kamera..kaki jln ni wajib ada kamera utk semadikan kenangan destinasi pelancongan tu...dulu mmg ain nk dptkan DSLR..tetapi masih tertangguh kerana harga. Kemudian dpt feedback dari kwan2..x perlu lah nko beli DSLR Tu dh le ribu riban, berat dan susah nko nk jaga nanti. Better nko cari je smartphone gambar pun x kurang cantiknya...so skgr ni tgh survey Xiaomi...pernah dgr tak?

    Gambar dalam blog sis tu guna Tab 7 plus ye so gambar kurang SHARP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik Akak JM dah balik???

      Xiomi pernah dengar tapi susah nak dapat.
      Stok limited sangat.
      Harga murah, kamera power, processor sampai Octa-core

      Delete
  16. Mirrorless kamera satu alternatif yang jauh lagi bagus dari DSLR sebenarnya zaman sekarang, saiz sensor sama tapi dengan body yang kecik.

    Fuji, Sony, Olympus, Panasonic - semua ada kamera mirrorless yang bagus-bagus, saya sendiri pakai mirrorless dari Fuji.

    ReplyDelete
  17. mampa pakai smartphone jer...
    itulah untuk berhubung, kat situlah online, kat situ jugaklah kamera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang terbaik All-in-one.
      Mudah dibawa kemana-mana

      Delete
  18. Huhuhu takde kamera yang canggih sebab tak biasa guna pon hehehe ..Kita guna kamera hengpung jer NOTE 3 hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...