Skip to main content

Awesome Food | Jeruk Asam Boi Pulau Pinang

Fenomena, Jeruk Asam Boi, Jeruk, Asam, Boi, arzmoha, Gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Jeruk Asam Boi

Salam. Jeruk Asam Boi. Fenomena dah berlalu. Baru Nak Update.
Sebenarnya baru berpeluang mengambil gambar guna DSLR dan sedikit sentuhan Photoshop untuk warna untuk mencantikkan gambar. Sebenarnya saya sendiri pada mula langsung tidak memahami Fenomena Jeruk Asam Boi. Berasal dari mana. Siapa pencetus idea ini.

Semuanya bermula daripada mesej di group Whatsapp. Kakak saya masukkan gambar dengan tagline "Jeruk Asam Boi Sebekas RM 5". Nampak tak permainan disitu. Biar yang lain terliur, jika rasa nak rasa kena beli. Jadi saya pun kata "ok, nak satu". Bila dah rasa, rupanya nak lagi. Sedap betul, rasa masamnya, manis, masin sikit dan pedas. Wowww....

Jadi secara tidak sengaja, saya pun upload ke facebook "Jeruk Asam Boi Pulau Pinang". Tak sampai beberapa jam ada yang mesej bertanya dan sebagainya. Jadi saya pun cerita dari A-Z. Alhamdulillah sehingga hari ini berjaya membantu kakak saya jadikan Jeruk Asam Boi ini sebagai pendapatan sampingan.

Jeruk Asam Boi Sedap, Jeruk Asam Boi Pulau Pinang, Jeruk, Asamboi, Fenomena, food review
| arzmohdhaniffa photography | Jeruk Asam Boi Pulau Pinang

Sebenarnya di Pulau Pinang, ada juga beberapa orang yang pandai mengambil peluang untuk menjadikan fenomena Jeruk Asam boi ini sebagai pendapatan sampingan. Tahniah diucapkan. Bermacam harga yang ada. Pilih yang mana suka.

Jeruk Asam Boi ini pula, Kakak saya buat 3 jenis iaitu Mempelam, Jambu Batu dan Buah Ambra. Di negeri lain saya tak pasti buah Ambra dipanggil apa. Jambu batu saya sendiri dah rasa, rasanya itu yang paling saya suka. Memang menarik. Teringin pula rasa nak tahu siapa pencets idea ini.

jeruk, jeruk asam boi, pelam, jambu, ambra, sedap, jeruk asam boi sedap
| arzmohdhaniffa photography | Jeruk Asam Boi Mesti Mari

Setakat beli dua bekas rasanya sehari dah habis. Tambahan pula makan bersama keluarga memang asyik tak terkata. Sedap, lazat....Tak tahu nak kata apa.

Jika anda berminat untuk merasainya, hubungi 011-27130797. Pulau Pinang sahaja. Untuk kawasan town insyaallah boleh dihantar terus, tetapi jika kawasan lain sebaiknya mesej terlebih dahulu.

Itu saja yang mampu saya kongsikan.

Jumpa Lagi





Comments

  1. asalam..banyak juga blog buat entry asam boy..hehehe Etuza ja belum berkesempatan..jerus asam bambangan ada juga, cuma adik yang buatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam bambangan tu macam mana CIkgu Etuza cerita skit di blog

      Delete
    2. Aha..batul cakap Arz tu Cikgu Etuza..JM pun dl lama tuggu entri buah bambangan tu..kongsi lah nanti untuk org semenanjung nih :-)

      Delete
  2. Memang sedap kan. Kecur air liur..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Kecur air liur, kalau di utara sebut "meleleh air liur"

      Delete
  3. Replies
    1. Saya pun tak tahu nak terangkan mengenai asam boi. Mungkin boleh buat sedikit carian di google. Kebiasaan asam boi untuk dimakan begitu saja

      Delete
  4. Kalau dari Penang akak suka jeruk buah pala...sedap..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeruk Pak Ali ka? Sebenarnya saya kurang sikit jeruk buah pala. Tapi kalau Jeruk Buah Salak suka sangat la

      Delete
  5. asalam..apa apa saja asal buah asam jadi nama asam boy ka broaRz..hehehe ada jambu merah dekat rumah ni..lebat buah ..boleh ka tu jadi buah jambu asam boy hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Etuza,rasanya boleh saja. Sebab ada yang menggunakan epal hijau...nampak sedap huhu

      Delete
  6. aduhhh terliur... anis pon ade buat jugak nie tapi jeruk biase.. tu pon sedap jugak..hihi

    ReplyDelete
  7. hari ni saja kak ana singgah 4-5 blog pasal asam boi dengan mangga ni, tu belum IG lagi tu hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat kak ana. Memang sedap kena share jugaklah

      Delete
  8. Klu jeruk betul2 letak ibu gula memang kami xboleh makan.,boleh lelah lepas makan..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh memang takleh makan ibu gula ka apa?

      Delete
  9. buah ambra tu buah kedondong ke?

    saya xpernah pun try.. family x minat sangat dengan jeruk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Amy j buah kedondong. jeruk biasa sy tak brapa Sgt. tapi jeruk asam boi saya tergugat

      Delete
    2. uhh jeruk kedondong pun sedap! lagi satu akak suka jeruk buah salak...

      Delete
    3. jeruk asam boi buah salak tak pernah cuba, jeruk salak pernah makan

      Delete
  10. BETUL...jeruk asam boi mmg meniti di bibir kwn2 di opis ni..ada yg beli buah mempelam dan cuba buat sendiri beri kwan2 makan..bak kata Arz..SEDAAPP hingga teragnkat montot (tapi yg terangkat montot tu akak yg cakap hihhi)

    akak pun nk tahu sgt siapalah pencetus idea tu kan..

    buah amra?..yg kulit hijau bila buah tu dh agak matang ada seperti jaringan dalam isinya tu ke..BUAH KENDONDONG rasanya

    ReplyDelete
  11. Jeruk ni memang tengah cipta fenomena! Mana-mana nampak heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak farrah. Sampai saya sendiri pun ketagih ni hahaha

      Delete
    2. Memang kalau makan ni tak ingat! Sedar2 dah licin!

      Delete
  12. Tiba2 up jeruk ni.. mmg terliur tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Berkongsi pada mereka yang sama-sama mencari Jeruk asam boi

      Delete
  13. terliur menengoknya. hehe. rezeki jeruk asam boi :)

    ReplyDelete
  14. Tak pernah try jugak..
    Tak minat asam sangat.
    Sikit2 bolehlahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah masam sangat tapi sedap layan ja

      Delete
  15. memang sedap. dah buat dah masa balik kampung last month. buat pelam dan jambu batu.. sedapppppp!
    buah ambra tu kedondong :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. saya yang tak minat jeruk pun tersangkut dengan jeruk asam boi ni

      Delete
  16. efek gambar tu membuatkan nampak makin sedap.
    kecur air liur dah

    ReplyDelete
  17. Rasa macam nak melilih air liur tengok nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah makan lebih melelehnya eraz fadli

      Delete
  18. saya kurang sikit makan jeruk. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang. Tapi jeruk asam boi ini lain skit

      Delete
  19. kecur liur.. kawasan mana tu arz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area pulau amanina tapikalau seberang kena order banyak baru berbaloi skit nak hantar

      Delete
  20. Datang intai jeruk lagi. Tetiba teringin nak gi borong jeruk kat Chowrasta ;)

    ReplyDelete
  21. Saya syorkan beli Jeruk Pak Ali di Sungai Nibong...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...