Skip to main content

Terperangkap Dalam Kesesakan Di Machang

Daerah machang, daerah tanah merah, kesesakan, jem, sesak, musim perayaan
Kesesakan Jalan Raya di Machang ketika musim perayaan

Salam. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kembali bekerja.
Macammana dengan raya korban tahu ini? ada sesiapa ingin berkongsi pengalaman melapah lembu?
Belum ada rezeki tahun ini untuk sama-sama turut serta dalam Korban tahun ini. 
Insyaallah pada tahun hadapan.
Kena niat awal, rancang ekonomi insyaallah dipermudahkan.

Baik berbalik pada tajuk entri.
Yaaaa....
Terperangkap dalam daerah Machang hingga Tanah Merah. Dari waktu Asar hingga masuk waktu Isyak.
Lama kan? sebenarnya nak lepasi kawasan ini lebih kurang 20minit dengan kelajuan 80km/j.

Inilah yang perlu dilalui bagi mereka yang dari Utara nak ke Pantai Timur semasa musim perayaan.
Semasa Hari Raya aidilfitri tempohari saya terselamat kerana cuti panjang. Tetapi untuk Hari Raya Aidil Adha terpaksa tempoh juga.

Adakalanya terdetik di hati saya. Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun, bermacam cukai yang dikenakan. Tetapi tidak mampu menaiktaraf jalan ini yang sudah menjadi jalan utama untuk ke Pantai Timur.

Bermacam persoalan bermain di fikiran saya ketika menghadapi jem/kesesakan ini.

Apakah sekiranya ada tol baru jalan ini hendak dinaiktaraf. Apakah yang akan bermain di fikiran pelancong yang melalui kawasan ini ketika musim perayaan? Atau pihak berwajib tunggu sehingga kadar kematian meningkat akibat dari kemalangan baru hendak menaiktaraf Jalan Utama Machang-Tanah Merah ini?
Atau kerana berlainan politik di negeri ini?
Saya tinggalkan persoalan ini buat anda menjawab didalam hati.

Sepanjang kesesakan ini Cik Puteri mood 'ok' tengok gambar dibawah.
p/s: maaf kamera blackberry kualiti agak teruk.

Cik Puteri mood masih ok
Sempadan Tanah Merah berakhir kesesakan.
sesak, jem, menaiktaraf, jalan utama, musim perayaan
Jambatan Tanah Merah satu lorong antara punca kesesakan.
Sampai sini saja. Mudah-mudahan ada perancangan yang baik bagi menaiktaraf jalan utama ini di dalam budget 2015 oleh Dato' Seri Najib Razak.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. kg abe di machang tp abe dok di tanah merah. kalu nak balik kg abe naik motor je...nak elak jam atas jambatan tu. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruk sangat jem ni abe kie. ini kali kedua saya sangkut

      Delete
  2. boleh pening tgk kereta byk sgt..huhu.. harap2 ade penyelesaian :)

    ReplyDelete
  3. saya yg balik Raub pon terasa tempiasnya! But happy jugak bila difikrkan. hahaha

    ReplyDelete
  4. org takde kg selamat tak kene jem..hehe..

    ReplyDelete
  5. Perjalanan dari teluk Intan ke Rawang yang selalunya dua jam, semalam sepupu kak ana ambil masa empat jam , itu pun keluar hiway masuk jalan lama..hehe..adatlah time perayaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. machang-tanah merah jalan perhubungan utama untuk ke terengganu. Sepatutnya perlu ada kerja-kerja manaiktaraf pelebaran jalan dari satu lorong ke dua lorong

      Delete
  6. jammed dan malaysia mana boleh berpisah... hihi.. salam aidiladha bro arz :)

    ReplyDelete
  7. tula kalau nk balik klate mesti kene balik awal..
    kalau tak mmg sakit pinggang la dlm kete tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak ke klate terengganu ketika musim perayaan perlu rancang masa sebaiknya

      Delete
  8. dah petang kan pic agak kabur ni aRz.selamat kembali bertugas, ini entry sepanjang perjalanan balik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya etuza. guna kamera henpon saja kali ini. tak sempat bawa pulang kamera DSLR

      Delete
  9. Alahai jammed teruk ..kdg2 bila duduk dalam jammed ni boleh buat entry tuk \blog jugak Arz hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memandu kak. kalau duduk di sebelah boleh la draft entry hehe

      Delete
  10. baca tajuk berulang kali...terperangkan dalam di machang?..dalam apa?
    rupanya JEm..jalan ke arah pantai timur x pernah x jem kalau waktu hari raya x kira korban or puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiseh saya pun tak perasan

      Delete
    2. terima kasih Akak JM atas teguran dah diubah

      Delete
  11. ehhhhh,abg arz ore mache?ke ore umoh? tu ada signboard sempadan daerah tanah merahkan,sebelah tu ada simpang,haaa..area tu la umoh tok onie,kekekekekekeke...rindu kelate...tahun ni family je balik kelantan,onie beraya kat kl sorang diri :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh situ lah selalu jem
      Ore umoh ore ganu
      Saya oghang utagha.....hehehe

      Delete
  12. alhamdulillah.. dptlah tumbang lembu sekoq haha.. tak sempat nak update lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semoga ibadah korban diterima oleh Allah SWT
      Jangan lupa update beri galakkan pada yang lain untuk menyertai ibdah korban

      Delete
  13. Mesti stress gila kan.... ermmmm... sabar jer lahhhh... :D

    ReplyDelete
  14. kat jambatan tu selalu jem ke? dari mana puncanya tu? Yang Acik selalu tempoh ni, jem di Ketereh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persimpangan sebelum dan selepas jambatan itu paling teruk

      Delete
  15. Mak oiii memang sesak sangat tu.
    Biasalah kalau kelik Klate.
    Kg asben kat Tanah Merah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mula tersangkut dekat E-rup sup machang sampailah Jambatan di Tanah Merah

      Delete
  16. yang ni time excident 7 buah keta tu ke?
    memang teruk sangat jem. jarak rumah ke tempat yg dituju 30 minit je sepatutnya, tapi makan masa sampai 2 jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya tak pasti...tapi ada terdengar mengenai excident tu. Sepanajng kesesakan ini tak nampak sebarang kemalangan

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...