Skip to main content

Gerhana Bulan 8 Oktober 2014

Gerhana bulan, Malaysia, permandangan dari jauh
| arzmohdhaniffa photography | Gerhana Bulan Di Pulau Pinang

Salam. Semua tahu mengenai Fenomena Gerhana Bulan kali kedua dalam tahun ini?
Cuma kali pertama tidak kelihatan di langit Malaysia.
Semua dapat lihat baru-baru ini?
Kalau tak dapat berkesempatan ada dua keping gambar sempat saya rakam untuk anda semua
Tetapi sebelum itu, saya pun tak tahu bahawa fenomena gerhana bulan ini telah berlaku sebelum ini. Apapun selepas membaca di Falak Online baru saya tahu. Bagi anda yang meminati bidang ini boleh merujuk laman Falak Online.

Seperti yang saya kongsikan gambar waktu gerhana bulan ini terjadi lihat Disini.
Sebenarnya saya sendiri pun terlepas waktu kemuncak Gerhana Bulan. Agak terleka. Gambar diatas adalah sekitar permandangan tempat saya mengambil gambar dari aras 21 flat berdekatan. Sebaiknya untuk mengambil gambar yang jauh perlu menggunakan tripod supaya hasil gambar lebih sharp dan cantik.

Walaupun dah terlepas, tetap ambil beberapa keping untuk simpanan peribadi.
Saya sendiri pun tidak mahir dengan fenomena ini. Di Falak Online semuanya di ceritakan panjang lebar. Anda boleh membacanya disana.

gerhana bulan, bulan sakit, falak online, Hebatnya ciptaan Allah
| arzmohdhaniffa photography | Gerhana bulan 8 Okt 2014

Gerhana Bulan, Eclipse, 8 oktober, 2014, arzmohdhaniffa photography
| arzmohdhaniffa photography | Gerhana bulan 8 okt 2014 hampir tamat
Ada negeri yang boleh melihat dengan jelas dan ada negeri yang tidak dapat melihat semuanya atas faktor cuaca. Apa yang paling penting Fenomena ini membuktikan kebenaran ayat-ayat al Quran dimana semua bintang beredar pada garisannya. Siang tidak dapat mendahului malam dan malam tidak akan mendahalui siang.

Fenomena Gerhana Bulan ini terjadi apa bila Matahari, bumi dan bulan berada pada garisan yang lurus.
Hebatnya alam ciptaan Allah S.W.T

Disamping bercerita tentang kejadian alam, teringat saya akan kata-kata seorang ustaz. Jika ingin mendidik anak-anak didiklah untuk menghayati kejadian alam. Bila mana kita menghayati kejadian alam ini sudah pasti kita akan meyakini bahawa bumi ini dan makhluk yang lain tidak tercipta dengan sendirinya.
Semoga perkongsian saya memberi manfaat buat semua

Jumpa Lagi


Comments

  1. Subhanaallah beruntung siapa yang dapat melihat kebesaran Allah. Terima kasih Arz sebab share gambar. CP tak dapat lihat malam tu. Keadaan berawan dan berjerebu kat SP.

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. cantik sangat... pandai abang Arz amek gambar.

    tapi saya x sempat nak tengok depan mata. sebab haritu ada program and balik rumah je terus zzzzzzzzzzzz...

    ReplyDelete
  3. subhanallah.. indahnya.. anis xberpeluang tengok pon..xde rezeki..huhu

    ReplyDelete
  4. dapat tengok dengan clear sekali dari johor..tapi tak tangkap gambar, tengok je :)

    ReplyDelete
  5. Asalam..subahanallah..cantik hebat tul panorama alam yang semulajadi..teruja sejenak

    ReplyDelete
  6. kat sabah di area keningau tak nampak..mendung dah tiga hari asyik hujan ni aRz

    ReplyDelete
  7. Maha Suci Allah :) Sha memang suka tengok bulan dan bintang, gerhana ataupun tidak..

    ReplyDelete
  8. rugi x dapat lihat kerana tido awal keletihan, sakit tekak dan batuk huhhu

    ReplyDelete
  9. SubahanAllah... sangat cantik dan indah ciptaan DIA yang maha Esa...

    ReplyDelete
  10. Subhanallah. Indah benar! Bukti kekuasaan Pemilik Alam :)

    ReplyDelete
  11. Fenomena yang jarang berlaku, memang menakjubkan..

    ReplyDelete
  12. SEREMBAN JEREBU. TAK NAMPAK BULAN LANGSUNGGG! AAAA

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...