Skip to main content

Budget 2015

Salam. Budget 2015. Apa harapan anda semua?
Tatkala ini saya pasti ramai yang mendengar Budget 2015 secara live melalui live streaming, radio mahupun televisyen. Rasanya penjawat awam yang paling mendengar budget sebab ada satu bab yang paling disukai iaitu bonus dan kenaikan gaji. Itupun kalau ada.

APA HARAPAN SAYA PADA BUDGET 2015


Banyak sebenarnya harapan saya dalam budget 2015. Tapi kalau nak cerita semua  harapan mungkin kena karang 720 patah perkataan lagi. Tetapi apa yang paling penting adalah budget yang tidak menekan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Jangan sampai yang kaya semakin kaya, Yang miskin semakin miskin. 
Benar rezeki datang dari Allah S.W.T. bukan dari kerajaan, pemimpin mahupun majikan. Tetapi sebagai Khalifah di bumi Malaysia sepatutnya mencontohi Rasulullah dalam setiap apa saja yang kita lakukan. Janganlah pembangunan semakin rancang tetapi akhlak masyarakat semakin rosak akibat dari terlalu mengejar kemodenan.

Sama-sama kita mendengar Budget 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak.

Jumpa Lagi.
Harap ada berita baik buat golongan berpendapatan rendah.
#budget2015


Comments

  1. so true..kemajuan dan pembangunan akhlak kenalah seiring..

    semoga bajet2015 ni banyak berita baik

    ReplyDelete
  2. SETUJU !!!!!!!!!!!!!!
    Semoga Banyak Yang Baik2 Untuk Bajet 2015 Ini

    ReplyDelete
  3. gelak je tengok Bajet 2015 tadi :) hurm...

    ReplyDelete
  4. Asalam ..etuza menunggu juga buget ni, tapi tak dapat lah pula anak kurang sihat ke Hospital, petang ini. Harap baca di internet dengar berita lah malam ini. Baca blog aRz pun dah ok..

    ReplyDelete
  5. Betul kata awak...jangan kaya semakin kaya...jadi apa yang dibentangkan tadi menepati apa yang diharapkan?

    ReplyDelete
  6. harapan saya samalah jgn lupa nasib di golongan bawahan.. jgn kaya trus kaya...
    biar sekata dua2 pihak bermanfaat

    ReplyDelete
  7. uhhh tak mengharap pape pade bajet pon...

    ReplyDelete
  8. asalam..dah dengar PM umukan..hummmm!!! nampak ramai yang tak puas hati, entahlah bab kutuk2 ni Etuza bukan jenisnya tu.Biasanya Etuza berserah pada Allah rezeki besar kecil ke semua dari Allah kita pinjam ja sementara masih hidup.

    ReplyDelete
  9. alhmadulillah selesai sudah dgr budget semalam..its better than last year...syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Semoga rakyat daif akan mendapat lebih kebaikan kali ini..

    ReplyDelete
  11. no komen pasal bajet 2015

    T__T

    ReplyDelete
  12. bajet 2015 selalunya sama ke dengan apa yang diorang bincangkan? saya x pernah dengar. malas

    ReplyDelete
  13. oh, saya tolong klik Proton juga

    ReplyDelete
  14. Semoga ekonomi negara kita semakin maju dan stabil... aku rasa BR1M tu kena dihentikan sebab membuatkan rakyat semakin mengharap setiap tahun....

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...