Skip to main content

Ada Apa Dengan Oktober

Salam. Maal Hijrah 1436H
Selamat Tahun Baru Islam

Semoga membawa perubahan dalam diri kita. Perubahan yang lebih baik ke depan dan jangan mengalah. Tahun Hijrah mempunyai sejarahnya tersendiri. Hijrah itu mudah dikatakan sebagai pengorbanan. Setiap tahun cerita itulah yang diceritakan kepada kita tetapi apakah ianya membawa pengertian buat kita?
Tepuk dada tanya diri kita.

ADA APA DENGAN OKTOBER?


Kalau dulu semua mesti teringat lagu nyanyian Awie Tragedi Oktober. Betul tak? Sebenarnya bukan itu. Bulan oktober banyak tarikh ulangtahun kelahiran yang perlu saya ingat dan ada peristiwa yang kebetulan jatuh pada bulan oktober. Antaranya : 

17 Oktober
Pertamanya adalah Ulangtahun kelahiran kakak saya yang sulung. Kakak saya yang sulung ini sama tempat kelahiran dengan saya.

Black and White, Mak long, almira, cik puteri, daughter, girl, family day
| arzmohdhaniffa photography | Mak Long dan Cik Puteri

22 Oktober
Kedua : Hari Ulangtahun Kelahiran Anak Buah/Saudara (anak Kakak yang kedua)

Afiq, Fikry, Almira, Faqihah, Kids, Boy, Girl, Cousin, Black and White
| arzmohdhaniffa photography | Afiq Fikry dan Almira Faqihah
23 Oktober 2012
Ketiga : Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri yang ke 2

Almira, Faqihah, Nur, Cik Puteri, Koleksi, Collection, kids, a daughter
| arzmohdhaniffa photography | Koleksi gambar Cik Puteri ( Nur Almira Faqihah )

Masa yang ditunggu sudahpun tiba. Ulangtahun kelahiran Cik Puteri yang kedua ini memang saya fikir untuk ceritakan serba sedikit pengalaman cahaya mata yang pertama. Insyaallah.

24 Oktober
Keempat : Ulangtahun Kelahiran Isteri saya

mother, daughter, kids, ulangtahun, taman rama-rama
| arzmohdhaniffa photography | Cik Puteri dan Mama (Black and White)

dan terakhir

25 Oktober 2014 / 1 Muharram 1436H
Kelima : Tahun baru Kalendar Islam dan juga ulangtahun yang ke 4 Stesen Televisyen Al-Hijrah ( Malaysian Islamic Broadcast)
Semoga stesen TV Alhijrah terus maju dalam menyampaikan ilmu serta nasihat yang baik untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia.


Inilah yang ada dengan oktober saya. Anda pula bagaimana? Oktober pun semakin mendung menunggu sinar November bakal tiba tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, sebagai Umat Islam yang sudah memasuki tahun Baru Hijrah perlu berhijrah antaranya hijrah menacari ilmu. Tanpa ilmu kita sering bergaduh, keliru dengan isu-isu semasa, sedangkan perkara itu telah disimpulkan oleh ulama, ilmuwan terdahulu.

Jumpa Lagi.

Sudahkah anda membaca mengenai :
Sungai Sedim
Awesome Food


Comments

  1. senang sambut birthday sekali kan..hehehe

    ReplyDelete
  2. Asalam..wow!!! lawa lah gambar oktober aRz ni..tahnia,,sangat kreatif

    ReplyDelete
  3. ada apa dengan oktober? birthday saya juga!!! hahahaha....

    wah, jatuh sama bulan erk.. sennag...

    comelnya cik Puteri. banyak ikut muka siapa abang Arz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tahu ikut muka sapa.

      tapi bila tanya apek kedai handphone, katanya photostat muka saya.

      bila tengok dia pakai topi ada iras muka mak isteri saya

      hari-hari tengok ada iras muka arwah mak saya
      dari fizikalnya lebih pada muka saya....kata orang la

      Delete
    2. ooo.. ye ke? haha... banyak ikut muka nenek-neneknya la ni....

      orang kata pun cuc kebiasaannya akan ikut muka nenek. saya pun sama. hahaha..

      Delete
  4. saya menabung maybank sekali ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....kekadang ke blog amy J tak ada iklan....stress menunggu iklan...hehe

      Delete
    2. hahaha.... kadang-kadang memang macam tu. saya perasan gak. blog orang lain pun sama. saya pun x tahu kenapa -.-

      Delete
    3. Ada iras wajah arwah mak sy kadang kadang menjadi pengubat buat arwah mak

      Delete
  5. 1 Oktober, birthday adik sha... hahaha... tu je laa kot... oh ye... bulan oktober 2000, sha dapat buah pinggang dan rejected pada tahun 2009 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap sha tabah dan sabar ya...insyaallah ada hikmah di sebalik ujian itu

      Delete
  6. birthday puteri dengan mama dia selang sehari je. senang nak ingat tarikh :)

    bulan oktober saya, 8&28 oktober birthday kakak dan abang saya. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya mengharapkan pada hari yang sama. tetapi manusia hanya mampu merancang

      Delete
  7. Salam maal Hijrah..semoga Arz lebih berjaya dalam berblog..teruskan kongsi gambar-gambar yang menarik..nanti boleh CP tempah untuk portfolio CP..

    ReplyDelete
  8. happy birthday utk semua...
    oktober sy penuh kebizian ;-)

    ReplyDelete
  9. salam maal hijrah dan hapy bday buat smua d atas..ctk sungguh gmbr2 tu..

    ReplyDelete
  10. Ada lagi Arz ada lagi ... Oktober 1 hari lahir Kak Lya hehehhee ..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hepi belated birthday kak lya.. selang sehari lepas saya hehe

      Delete
  11. wahh.. satu family sambut bfday sama bulan.. macam abg sepupu anis je..hihi... happy bfday..hihi.. cantik gambar yg di ambil.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam bestkan satu bulan yang sama...hihi

      Delete
  12. Tak satu family la anizz saya bulan september..tp dlm bulan september pun ramai jugak yg tarikh dekat2

    ReplyDelete
  13. Insyaallah nanti sy follow

    ReplyDelete
  14. Untung birthday dekat2.. boleh celebrate sekali hehee. Salam Maal Hijrah.. semoga hijrah kita membawa lebih kebahagiaan & keberkatan... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal HIjrah. betul la tu tapi belum berkesempatan celebrate bersama hehe.
      amin

      Delete
  15. Birthday anak-anak saya xde yang bulan oktober.
    Semua jauh-jauh jaraknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaka kena sambut lain-lain la yer Dr Shikin

      Delete
    2. Ye Arz. Bulan mei,aug, nov.
      Mama jan.
      Papa dis.

      Delete
    3. Pasal Lepto tu, boleh dapat dari air jeram & sungai yang tercemar. Air laut saya x pasti. Kemungkinan besar tak.

      Delete
  16. Kena buat kek bertingkat-tingkat ni. Oktober, bulan meraikan kelahiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...bertingkat ka...saya makan kek secret recipe ja....se'slice' ja

      Delete
  17. Lahhh snng la mak ng anak bulan yg same.. celebrate skli la tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak ingat. Kalau terlupa juga memang ada yang tarik muka la hahha

      Delete
  18. Jom sama2 tingkatkan diri! Kejap je dah nak habis 2015 kan bang. Cepat je masa berlalu.

    ReplyDelete
  19. Wahh banyak special day dalam october ni yee~ kita tak ada yang special pun T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka tak ada. cuba tengok balik mana tahu ada tarikh yang terlupa

      Delete
  20. Oktober yang bermakna buat aRz...banyak celebrations :)
    Oktober akak biasa-biasa aja,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. Setiap bulan juga bermakna sebab orang tersayang ada disisi kita :)

      Delete
  21. Selamat bulan Oktober bro walaupon skrg dah bulan November...ekekekekek

    ReplyDelete
  22. rupanya buln oktober begitu bermakna kerana orang2 kesayangan lahir bulan oktober

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya bukan bulan oktober saja, bulan septermber juga bermakna :)

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...