Skip to main content

Masa dan Kenangan

Gambar cantik, Rakam, Cetak, Simpan, arzmohdhaniffa photography, kids, bath time
| arzmohdhaniffa photography | Rakam. Cetak. Simpan
Salam. Semoga pembaca blog saya sihat selalu. Amin.

Saya teringat kata-kata beracun dari seorang jurufoto yang berpengalaman. Berpengalaman dalam mengambil gambar yang bakal menjadi sejarah untuk negara. Tidak jemu mendendangkan ayat yang sama. Beliau juga seorang yang antara jurufoto yang terlibat ke Ukraine selepas tragedi MH17. 
Siapa? Biarlah rahsia dulu. Ada masa saya ceritakan kelak. Mungkin juga ada yang sudah mengenalinya.

Saya juga banyak dapat tips dan ilmu dari blog dan facebook beliau.
Ayat yang tidak jemu disebut. adalah rakam cetak dan simpan untuk hari akan datang.
Mungkin sehari, setahun tidak menjadi istimewa. Tetapi selepas 10 tahun ia bakal menjadi sesuatu yang istimewa. Seperti gambar saya di dalam entry  Wordless Wednesday #5 -detik indah dan Wordless Wednesday #4 - pentingkah merakam gambar? 

Tahun 80-90an


Teringat lagi saya ketika membelek album lama yang hampir hilang dek dimakan album sendiri. Suatu masa dulu pasti ada gambar anak-anak sedang mandi dalam keadaan bogel. Gambar saya sendiri tidak terkecuali. Sehingga hari ini saya pun masih belum faham kenapa gambar bogel ketika mandi?. Tetapi dapat rasakan sesuatu yang manis bila tengok semula gambar tersebut.

Pembaca blog saya masih ada gambar seperti yang saya maksudkan?

Kalau masih ada bagus. Ambil jalan terbaik dengan scan dan simpan elok-elok didalam external hardisk atau di tempat yang lain yang lebih selamat. Ianya sangat indah bila tengok bersama-sama keluarga. Ini juga antara cara menghasilkan kebahagiaan dalam keluarga.

Almira Faqihah


Jika suatu masa dulu sebelum ada berbagai teknologi dan kemudahan, banyak gambar saya dirakam oleh Arwah Abah saya. Apakah setelah hari ini dengan kebanjiran teknologi saya biarkan waktu yang berlalu begitu saja? Sudah tentu tidak. Almira Faqihah, Cahaya mata pertama saya ketika ini, Saya cuba sehabis baik dan sebanyak mungkin menyimpan gambar dari kecil sehingga hari ini. Ianya pasti menjadi sesuatu yang berharga buatnya bila dewasa kelak.

Almira, Faqihah, Kids, Bath Time, Gambar Cantik, arzmohdhaniffa photography, arzmoha.com
| arzmohdhaniffa photography | Senyuman ketika mandi
Senyum lebar bila dapat main air. Dari kecil saya dididik supaya tidak takut air, ari sejuk, air panas, air sungai mahupun air laut. Jadi saya juga cuba mendidik supaya suka akan air bukan takut air. Ada masa saya biarkan Almira berendam, ada masa saya mandikan saja (jika ada hal tertentu). Walaubagaimanapun jangan biarkan anak-anak yang berendam ini terlepas dari pandangan mata. Sudah bermacam-macam berita yang kita dengar. Sentiasa alert. Kalau boleh temani mereka. :)

Masa & Kenangan


Masa dan kenangan memang berkait rapat. Macam persamaan matematik. cth 2x = y. bila ada perubahan di X maka akan ada perubahan di Y. Kesimpulannya. Semakin masa berlalu semakin tinggi nilai gambar itu. "Trust me i'm photographer"


Setakat ini saja dulu entry ini. Insyaallah ada masa saya kongsikan lagi.
Jumpa Lagi

Comments

  1. jika ada masa terluang cuba bawak almira pegi mandi kolam..ajar dia berenang..mula2 guna pelampung dulu..pastu lama2 pandai lah...baik utk kesihatan :-)

    ye betul..sesuatu kejadian itu perlu di rakam sebg kenangan..nanti Almira dh besar mesti dia suka bila aga gambar kenangan time kecik2 dulu..akan buat beliau tersenyum dan bersyukur mempunyai ayah seorang photographer

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmm baru ni ada bawak gi mandi laut. tapi letak atas pelampung dulu. bagi biasa dengan ombak

      Delete
  2. cantiknye gambar.. gambar mase kecik2 xbanyak tapi gambar yang arz maksud tu ade jugak..hihi... setiap gambar ade cerita.. macam arz tulis dlm entry2 lepas.. :)

    ReplyDelete
  3. betul sangat aRz: gambar2 lama sangat berharga apabila semakin dimamah masa,zaman kak ana dahulu memang payah nak bergambar sebab tak ramai yg ada kamera,lepas tu kena pi hantar cuci kat kedai,ada yang jadi ada yang tak sempurna..paling kak ana sayang gambar kenangan di zaman persekolahan,masih simpan hingga hari ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak ana. saya juga sempat rasa zaman filem. Beli kodak penuh tapi hanya berapa keping gambar ja jadi huhu. Itu cabaran dulu

      Delete
  4. Saya still simpan gamba lama2 sebab ayah dulu zaman muda kaki photography. Bila tengok gambar lama2 senyum sorang - sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Seronok bila tengok semula gambar gambar lama

      Delete
  5. mak abah orang susah. tak ada kamera. kalau nak ada pon terselit2 bersama sepupu2 dalam album pakcik. tapi tak pernah lagi jumpa gambar masa baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa...Kita cuba buat yang terbaik pula untuk anak-anak kita :)

      Delete
  6. Cantik sangat gambar. Yeapp. Klik selagi boleh. Kenangan 20 tahun akan dtg :)

    ReplyDelete
  7. yes,sokong sngt . sebab gambar je kite boleh simpan sbg kenangan boleh trowback . sebb mase tak mungkin berpatah balik

    ReplyDelete
  8. bila belek gambar lama je, baru teringat kenangan lama. boleh bawa sembang2 dengan family.

    sedap nama anak abang arz moha, almira. ^^,

    fasi saya pernah cakap. jadikan tanah sebagai teman dan jadikan laut sebagai sahabat. kalau kita tak takut dengan air, air takkan apa-apakan kita. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Saya pernah lemas dipukul ombak masa 6 tahun. Lepas dari tu baru tahu berenang. Sejak tu tak takut air dah.

      Delete
  9. Gambar Arol masa kecik tak banyak rasanya. Start sekolah rendah baru banyak gambar Arol dengan macam2 pose ala model. Sampai sekarang kakak2 Arol selalu cerita pasal gambar2 Arol. Memang gelak besar bila teringat! Kenangan masa kecik gila bergambar. :D

    Sejak dah ada kamera digital, rakam dan simpan jek. Dah jarang cetak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar masa kecik ni banyakkenangan. Time tu boleh tengok masa gigi tak ada hahaa
      Ada masa nak review gambar lama.

      Simpan saja bahaya. boleh hilang boleh dimakan virus. Alat penyimpan rosak dan sebagainya.

      Delete
  10. CP banyak simpan gambar-gambar lama..kalau free suka layan sambil senyum sorang-sorang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh betul. saya pun. terima pula zaman kanak-kanak yang sungguh bermacam ragam

      Delete
  11. Betul kata Arz..tiap gambar ada cerita ..Kak Lya punya gambar masa kecik dulu dah takder dahh sebab musnah kerana banjir masa kecik2 dulu..Tapi gambar anak2 Kak Lya simpan hingga ke hari ini ..Alhamdulillah tiap kali tengok gambar terutama masa kelahiran diaoarang ..tersa alangkah indahnya saat itu ....Tiap gambar ada cerita tiap gambar ada kenangannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh. tak apa kak apa nak buat.
      Tetapi ketika saya dilahirkan beberapa hari rumah tok saya dilanda banjir. Abah sempat selamatkan semua barang yg penting

      Delete
  12. salam. kenangan sememangnya terlalu indah untuk dilupakan.. :)

    ReplyDelete
  13. Kalau tangan cameraman yang snap gambar, lepas tu edit..mesti cantik n mengancam.
    Tangan seni..

    ReplyDelete
  14. Rakam. Cetak. Simpan.
    Best jadi photographer!
    Teringin! Tapi takde bakat.

    ReplyDelete
  15. photographer is someone who froze the moment into photos..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...