Skip to main content

Indahnya Bulan Malam Ini

Bulan mengambang, bulan penuh, full moon, arzmoha.com, gambar cantik, arzmohdhaniffa photography, indahnya bulan
| arzmohdhaniffa photography | Bulan mengambang

Salam. Selamat Malam. Malam tersingkap seribu keindahan.
Malam tidak asing dengan kehadiran bulan dan bintang serta hidupan yang aktif pada waktu ini.
Kenapa tiba-tiba cerita tentang bulan pula.

Malam ini kalau pandang ke langit bulan terang benderang. Tetapi mengikut keadaan cuaca ditempat anda. Seandainya langit cerah anda berpeluang melihat bulan yang terang benderang atau bulan penuh. Cantik seperti gambar di atas.

Indahnya bulan di malam ini.
Khas buat pembaca blog saya, saya kongsikan gambar dan sedikit tentang setting yang saya gunakan untuk mengambil gambar bulan.

Seperti gambar di atas, itu kalau mngambil gambar guna henpon atau gadget lain yang ada. Tetapi malam ini saya menggunakan kamera DSLR nikon D3000. Kalau ikutkan harga dan spec kamera ini agak lama dan terlalu rendah specnya. Siapa sahaja boleh miliki sekarang.

Gambar dibawah adalah hasil gambar bulan penuh yang saya baru sahaja ambil. Masih lagi panas hehe.
Dengan menggunakan Nikon D3000 serta lensa Sigma 18-200mm, pada jarak 200mm, kelajuan shutter pada 1/125, f18 serta ISO 100.

Bulan penuh, full moon, indahnya bulan, jangan jadi seperti bulan, arzmoha.com, gambar cantik, arzmohdhaniffa photography
| arzmohdhaniffa photography | Bulan mengambang @ bulan penuh

Bagaimana cantik tak? Tetapi sekiranya ada lensa yang lebih baik lagi mungkin hasilnya jauh lebih cantik.
Persoalannya kenapa saya menggunakan kelajuan shutter speed 1/125? 
Ia sebenarnya adalah untuk mengelakkan dari gambar yang diambil menjadi kabur disebabkan pergerakan tangan. Seandainya anda memiliki kamera yang lebih baik anda boleh menggunakan kelajuan shutter yang lebih tinggi lagi.

Sebenarnya boleh saja saya mengurangkan F18 dan tambahkan kelajuan shutter. Tetapi ketika mengambil gambar Puteri saya ada disisi. Jadi saya setting secepat mungkin dan mengurangkan masa yang terlalu lama untuk mengambil gambar ini. Macam biasa kanak-kanak sekarang sangat aktif. Jika saya terlepas pandang terlalu lama ada saja perkara lain yang dibuat.

Itu bulan jika dipandang dari jauh. Bagaimana jika dari dekat.
Dari gambar yang saya rakamkan, kemudian di crop menggunakan perisian photoshop.
Dibawah adalah hasilnya.

Full moon, bulan penuh, bulan mengambang, indahnya bulan, malam ini, kejadian malam, gambar cantik, arzmoha.com, arzmohdhaniffa photography
| arzmohdhaniffa photography | Bulan pada jarak lebih dekat

Kejadian alam semesta jika diperhatikan ada maksud yang tersirat. Seperti bulan. Dari jauh nampak cantik tetapi yang sebenarnya permukaannya berkawah tidak secantik yang kita pandang dari bumi.

Ini saja yang mampu saya kongsikan untuk anda semua
Selamat Malam.
Jumpa Lagi.

Comments

  1. Cantiknya gambar bulan, tp mana bintangnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bintang balik kampung malam ni. hihi. Nak menagkap bulan dah lama tak menjadi2

      Delete
  2. Cantiknyerr gambar bulan ... Pandai shoot gambar lagi la cantik hehehhee ........

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Subhanallah terima kasih Cik Mun sudi singgah sini

      Delete
  4. cantikk.. pandai si yg menangkap gambar.. hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada lah pandai sangat. sekadar boleh guna kamera ja

      Delete
  5. Maha Suci Allah, cantiknya bulan mengambang ditambah dgn kepakaran aRz mengambil fotonya, wah smlm kita merenung bulan yg sama lah ye hehe.. :)

    ReplyDelete
  6. No wonderlah gambar cantik perlu ada skill. Bila sebut bulan teringat lagu allahyarham p ramlee mlm bulan d pagar bintang. .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah wah Akak JM siap lagu Malam bulan dipagar bintang

      Delete
  7. Salam 1Malaysia..and telah ditag untuk VBA's,tahniah...http://kenny977.blogspot.com/2014/09/versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  8. Indahnyaa. SubhanaAllah :)
    Selamat malam tuan blog

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Hai Kawan baik....hehehe Alexa rank dah 2k tahniah

      Delete
    2. haha...hari tu turun naik...alhamdulillah..kena usaha kuat nak maju jaya

      Delete
    3. berjaya juga potong akhirnya

      Delete
  10. salam. subhanallah..cantik bulan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tu sebab pungguk rindukan bulan hehee

      Delete
  11. pagi tadi masa nak pegi kerja pun bulan terang sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua tiga hari ini masih boleh kelihatan bulan ini. Jka nak rakam masih sempat

      Delete
  12. Replies
    1. cantik tambah pula lagit cerah malam tersebut

      Delete
  13. lawa sangat! saya duduk tingkat 8. so, nampak lagi obvious. unfortunately, camera saya camera hp je. so, x lawa. sobs..

    ReplyDelete
  14. Anak saya ingat bulan ada 2.
    Satu dia namakan moon, satu lagi crescent.
    Pastu tanya..matahari napa x 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka? huhu.... dulu masa kecik saya ingat bulan ikut saya

      Delete
  15. Begitu rupanya nak amek gambar bulan. Cantikk!

    ReplyDelete
  16. tgk entry sebelumnya, ingatkan zoom, crop rupenye huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah abih zoom. tu. nak zoom lagi kena beli lensa baru la

      Delete
  17. Wahh cantik lah. teringin sgt nak ada dslr :(
    Apa kan daya, penganggur, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. DSLR ada kebaikan dan keburukan. Kalau tak betul-betul minat beli saja Go Pro

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su