Skip to main content

Wordless Wednesday #8 : Ingat Orang Tersayang

Wordless Wednesday, Jambatan Kedua dalam pembinaan, arzmoha.com, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | wordless wednesday

Salam. Sihat Semuanya?. Wordless Wednesday #8.
Hari ini kita dibanjiri dengan segala kemudahan teknologi yang ada. Memberikan kita tiada lagi alasan untuk bertanya khabar orang yang tersayang. Terutamanya ibubapa kita. Syawal masih berbaki. Semuanya dah kembali ke destinasi masing-masing ada yang jauh dari kampung. Tapi jangan hilangkan mood raya yang ada. Terus bertanya khabar ibubapa kita, buat yang dah berkahwin berjauhan dari anak dan isteri juga boleh berbuat demikian. Ingat semula kenangan ketika pulang ke kampung halaman masing-masing gelak tawa bersama ibubapa kita. Indah bukan?
Lihat seperti didalam gambar ini pekerja untuk Projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang atau di kenali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Wordless Wednesday : Sudahkah anda hubungi orang yang tersayang?

Sudah baca mengenai Wordless Wednesday #7?
http://www.arzmoha.com/2014/07/wordless-wednesday-7-hargai-masa.html

Comments

  1. betul. jangan bila dah tak ada, baru nak menyesal. hmmm...

    hargai apa yang kita ada sebelum ALLAH ambil balik selama-lamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amy J...akak setuju dgn statement ni...100% TRUE :-)

      Delete
    2. Bila dh ada suami, lain jadinya. Kena ikut suami. Tahan jela klu rindu teramat sgt kat mak abah. Klu bujang2, rindu je boleh balik kg.

      Delete
  2. selalu tanya adik2 je kalau parent sihat... sebab bila nak call je terus rasa nak tanya apa...?? bila dengar suara mama tersayang sebak pulak... maklumlah... anak paling durhaka dalam adik beradik :(

    Sayangi mereka selama mereka masih ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pon jenis sebak klu cakap dlm tepon. Geng!

      Delete
    2. zaman sekarang dah canggih. boleh berkomunikasi tengok muka lagi. gunakan sebaiknya

      Delete
  3. selalu dan hari-hari ingat mereka yang di sayangi :D

    ReplyDelete
  4. Org tu sedang bercakap dalam telefon ke..agak-agak dia call siapa eh..cara duduk mcm call awek je hahahah...ye setuju..tak kira di mana kita berada sentiasa lah ingat pada org tersayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... aah..santai aje ek..huhu...

      Delete
    2. Telefon minachi di Karachi agaknya hehe

      Delete
    3. amboi ayat abang arz.. bukan main lagi. hahahaha.

      Delete
  5. betul.. kalau teringat tu terus je call...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul KM. Tapi kalau jenis teringat setahun sekali macam mana :)

      Delete
    2. kalau buat setahun sekali je, nanti dah ada anak cucu, they'll do the same thing.

      Delete
    3. betul tu. Apa yang kita buat kat mak ayah kita. Anak-anak kita akan buat balik pada kita

      Delete
  6. selagi mereka masih ada, sentiasa call, x perlu tunggu event besar sahaja kan...

    done follow here ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. ingatilah orang tersayang setiap saat

      Delete
  7. hargai orang yg kita sayang.. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, sering kak ana lakukan, bila seminggu tak telefon, abah akan buat miss call..sayang kredit katanya, walaupun kak ana yang top up kan untuk dia.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan Kak Ana. Ibubapa perlukan perhatian kita. Bukan wang kita, bukan rumah, bukan kereta...tapi perhatian sepertimana kita ketika kecil perlukan perhatian mereka

      Delete
  9. Teringat masa duduk jauh dulu, memang hari-hari nak call parents.
    Selagi mereka ada ni, memang eloklah bertanya khabar selalu.

    ReplyDelete
  10. singgah malam, blogwalking dari blog kak mialiana...

    ReplyDelete
  11. Hargai orang di sekeliling kita sementara masih berpeluang :')

    ReplyDelete
  12. Hargai mereka kan. Jangan bagi mereka sedih :(

    ReplyDelete
  13. Sekarang ni masih beraya bersama insan2 tersayang :)

    ReplyDelete
  14. Xsure la kenapa tak boleh nak msg..ramai org ckp cmtu..camna nak buat ek ??huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tertanya-tanya jugak "kenapa tak boleh message". Fikir apa kena mengena dengan entry ini. Rupanya mengenai blog Alyani kan?

      Delete
  15. Hubungilah serta dekatkan silaturrahim dgn kemudahan teknologi yg dianugerahkan dlm dunia sekarang... peringatan yg baik buat semua.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita menggunakan apa teknologi yang ada untuk sama-sama ingat mengingati

      Delete
  16. Sentiasa dihati ..walau tak telefon hari2 tp dihati sentiasa dekat..dalam setiap sujud sentiasa doakan ibubapa tersayang...dalam tadahan doa sentiasa nama mak ayah terukir di bibir..sayang mak juga ayah dunia akhirat..aamin aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Doa jangan dilupakan setiap hari. Itu antara tips murah rezeki

      Delete
  17. salam. sudah..da call mak kat kampung :))

    ReplyDelete
  18. rindu mak ayah kat kampung, apakan daya setelah berkahwin mengikut suami, kami terpisah jauh,. tapo sekarang zaman moden, whatsapp ada, video call ada.. nak tak nak je kita gunakan..

    ReplyDelete
  19. Betul tu bro.... sentiasa ingat pada orang yg tersayang.. :D

    ReplyDelete
  20. Orang tersayang adalah mak, ayah & anak-anak.
    Memang tggl serumah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...