Skip to main content

Seperti Yang Dijanjikan

Comment, Follower, arzmoha.com, Gambar cantik
Follower ke 200 dan 3 Pengomen Terbanyak arzmoha.com
Salam Ramadhan. Seperti yang dijanjikan dalam Melangkah dan Persaingan boleh baca dulu. Tetapi sebelum tu nak ucapkan Terima Kasih kepada follower yang ke-200 saya iaitu

Farrah MF

3 Pengomen Terbanyak

Baik saya teruskan dengan apa yang saya janjikan tempohari ada sedikit kejutan buat 3 Pengomen terbanyak di blog saya. Setinggi-tinggi TERIMA KASIH diucapkan. Sokongan dan dorongan yang diberikan membuatkan saya masih terus berblogging. Jadi apa salahnya saya menghargai jasa baik rakan blogger yang support saya secara langsung mahupun tidak. Inilah ketiga-tiga yang rajin komen terbanyak :

1. Akif Imtiyaz
http://akifimtiyaz3.blogspot.com

2. Nor Ariffin Hamzah
http://realiticikpin.blogspot.com

3. Anizz Annisa
http://adnan-daughter.blogspot.com

Siapa ketiga-tiga blogger ini? Anda sendiri perlu terjah dan pastinya tidak rugi untuk berkenalan dengan ketiga-tiga ini yang akan menyerang blog anda. Fuh. Jangan lepaskan peluang.
Saya mohon agar ketiga-tiga nama yang disenaraikan dapat memberikan pada saya Alamat untuk penghantaran sedikit perhargaan. Terpulang sama ada di ruang komen ataupun boleh emailkan ke azrilmohdhaniffa@gmail.com. 
 Jumpa Lagi.

Comments

  1. terima kasih arz.. :) nanti anis anta detail ye.. :) kak lya pon ade..hihi..

    ReplyDelete
  2. wahh...tahniah untuk semua. ^^, lepas ni kena rajinkan lagi komen. hehe.

    ReplyDelete
  3. Tahniah! :) Nak jadi pengomen terbanyak jugak tapi masih jauh lagi perjalanan nak bersaing. Hehe! Takpe, boleh usaha. :D

    ReplyDelete
  4. tahniah!:D Salam Ramadan ya Arz..:D

    ReplyDelete
  5. wooohoooo tahniah kepada yang bertuah !

    ReplyDelete
  6. huwaaaaa...no 7 takde nasib..

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada yang bertuah..... :D

    ReplyDelete
  8. tahniah kepada yang tersenarai :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih arz..nanti CP email alamat..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah TAHNIAH untuk semua yang terpilih hehehe ..Jap Kak Lya antar detail ya Arz

    ReplyDelete
  11. Tak sangka ada hadiah penghargaan ,... Lama tak TERJAH sini bukan apa kak lya sibuk sikit campur ngan nak terjah semua tak sempat huhuhu ...Tengah terjah mana yang komen dulu hehehe,,

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat tuan punya blog dan semua yang tersenarai yer ;)

    ReplyDelete
  13. Kenapalah akak lambat tahu berkenaan blog arz moha ni klau x akak mesti tersenarai dlm 3 list teratas pengkonen tegar tu heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh jadi. akak Jm memang tegar terkejut tgk dashboard

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...