Skip to main content

Melangkah dan Persaingan | Motivasi

Motivasi, Melangkah, Persaingan, arzmoha.com, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Jangan berhenti MELANGKAH
Salam Ramadhan Al-Mubarak1435H (2014).
Saya harap semua pembaca dan pengikut blog saya sihat sejahtera dalam menjalani ibadah puasa. Kita tak mungkin dapat lari dari persaingan. Dalam apa jua keadaan, apa jua bidang, dan dimana saja tetap akan ada persaingan. Begitu juga dalam berblogging, belajar, bekerja, semuanya ada persaingan. Perlukah takut dengan persaingan? Jangan mengalah tetapi teruskan melangkah ke hadapan.
Teringat pengalaman saya bermain badminton untuk satu kejohanan baru-baru ini. Ditakdirkan layak ke semi final dan final serta menjadi Johan dalam pertandingan tersebut. Bukan saya nak cerita tentang kemenangan saya. Lagipun saya bermain 'double', ia adalah hasil kerjasama berdua serta kumpulan. Apa yang saya ingin ketengahkan adalah mengenai persaingan dan keyakinan diri. Kesimpulannya daripada kemenangan, pertama adalah usah yang bersungguh-sungguh, kedua tawakkal, ketiga keyakinan diri bukan over confidence dan keempat sokongan dari kawan-kawan didalam dan luar gelanggang. Bila melihat persaingan yang hebat terasa bagai ingin mengalah. Tetapi dalam hati berkata 
"saya sudah sampai ke tahap ini, saya tidak akan berundur"
Dalam berblogging pula memang banyak persaingan tetapi saya langsung tidak nampak blogger yang pentingkan diri. Tetapi saling bantu membantu satu sama lain, berkongsi tips dan nasihat, dan tak pula menjatuhkan yang lain. Alangkah indahnya jikalau persaingan sihat seperti ini di amalkan oleh orang-orang kita yang berniaga diluar sana. 

 pstt: TUTORIAL sepertimana yang saya katakan dalam Tips dan Tutorial  akan saya publishkan secepat mungkin. Ada sedikit kejutan buat 3 pengomen terbanyak di blog saya pada hari RABU 9 Julai 2014.Jumpa Lagi.

GAMBAR : (gambar kaki lagi :p) gambar ini adalah gambar kaki saya dan saya berikan kredit kepada kawan saya Zaini pemilik kepada gambar ini dan di edit oleh saya sendiri.


Comments

  1. ctk gmbr tu

    singgah dr blog kak mia
    www.opzzpinky.my

    ReplyDelete
  2. Arz Moha .. Dah TRADE MARK gambar mesti kaki ..sinonim sudahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. nak kena buat logo kaki lah sebagai trademark :p

      Delete
  3. usaha tangga kejayaan dik... abe kie dulu pun pernah mengalami saat2 begini dlm permainan petanque di sek. semasa final tu trio kami ketinggalan 1-8. tp atas kesungguhan kami bermain akhirnya kami menang 11-10.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg kie saya baru baru ini pun masuk pertandingan petanque. ini juga sukan pertama kali saya join. tetapi berjaya di tempat kedua sahaja

      Delete
  4. BW sini sejak bangun sahur tadi tak mengantuk la mata ni ..Tu yang BW sana sini sementara azan tadi .. Dah selesai solat subuh siapkan anak2 untuk ke sekolah kejap ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Lya penang sememangnya cuti hari ini dan esok juga cuti sempena Heritage day

      Delete
  5. Apa sahaja yang terjadi kita mesti terus melangkah. Dah trademark kaki tu. Langkah demi langkah. Macam kita berblog kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. ingat kena buat logo cap kaki la CP ok tak.? minat sangat dengan kaki.

      Delete
  6. salam singgah. terima kasih. sangat memberikan motivasi kepada saya :)

    ReplyDelete
  7. Nice entry...

    Salam ziarah dari blog kak mialiana...
    Selamat menunaikan ibadah puasa buat anda sekeluarga... Moga diberkati Allah selalu... (^_^)

    ReplyDelete
  8. nice entry, as for me persaingan tu perlu ada tetapi jalannya kena betul..bukan bersaing melalui jalan pintas untuk mengecap sesuatu kejayaan...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Bukan mudah untuk bersaing juga

      Delete
  9. Motivasi pagi... entry yang bagus... bg saya pun sama, persaingan perlu ada tapi perlu persaingan yg sihatlah...
    p/s: nasib baik gambar kasut tu cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik ka gambar kasut :p

      ya persaingan yang sihat. bantu membantu satu sama lain.

      Delete
  10. persaingan itu biasa dan kdng2 menyeronokkan.. begitu juga dalam belajar.. kronolginya... tapi manusia skrng, dlm dunia perniagaan, tidk boleh nampak maju sedikit pasal HD tu tinggi sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. kalau dalam perniagaan kita amalkan persaingan sihat. Insyaallah kita boleh berjaya

      Delete
  11. betul3, persaingan yang sihat sebnarnya yang boleh mewujudkan keharmonian, tanpa persaingan hidup ni tak mencabar dan tak ada perubahan tak gituu :) thanks follow and done follow sini :)

    ReplyDelete
  12. tu la kann..kalau semua bersaing secara sihat macam berblog,rasanya okeyy je.gambar kaki pon cantikk.hehehe

    ReplyDelete
  13. Biar beribu kali kaki tersadung namun mengalah jgn sesekali. Langkah mesti diteruskan selagi belum sampai ke destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Nor Salmi jangan berhenti melangkah.

      Delete
  14. Bagi sya pula kan, kalau give up tetengah jalan, memang mcm sia2 je usaha nak sampai ke tahap tu. Bazir karan je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rugi dah dah usaha tapi tak buat sampai habis

      Delete
  15. Terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan dan nasihat serta sokongan kepada saya. tidak mampu untuk membalas satu persatu. Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  16. Suka sangat tengok gambar tu... cantik sangat2....
    Salah satu perjalanan blogger, sentiasa berkongsi ^^

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum, kasut dalam gambar tu mesti mahal tu..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut tu agak mahal tapi saya beli masa tahun 2006-2007 tak silap tapi sampai hari ini masih boleh digunakan

      Delete
  18. terima kasih akan kunjung semula

    ReplyDelete
  19. Saya ni masih baru dlm blogging. Tapi, sampai hari ni.. Saya rasa semua bloggers mmg baik2 belaka. Entri2 semuanya banyak memberi ilmu & info yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr shikin macam daha lama berblogging. saya kot la masih baru

      Delete
  20. Persaingan mmg penting dalam kehidupan kita.. klau tak hidup akan jadi malas dan take for granted jer... usaha tangga kejayaan melalui persaingan yang positif..... :D

    ReplyDelete
  21. jgn mudah berundur.....:D dan ap yg pnting percaya pd diri sendiri...

    ReplyDelete
  22. Kejayaan akan datang bial kita tidak putus asa. Terima kasih perkongsian ini.

    ReplyDelete
  23. perlu sentiasa positif. terus dan terus melangkah.

    ReplyDelete
  24. laa arz ade ckp kat sini ke??hihi.. entry nie anis xsempat bace..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saja selit2 nak tgk ada yang perasan tak

      Delete
  25. Bila ada persaingan baru seronok! Kita mesti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing dan buat yang terbaik. Kalau takde persaingan, kita akan jadi selesa dan mungkin tak mahu majukan diri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul arol. kalau takda persaingan pasti kita jadi malas

      Delete
  26. lawa gila gambar! (sorry cakap gila). tapi betul apa yang bro arz moha cakap tu. bila kita nak bersaing secara sihat, ada pula yang tak puas hati dengan kita. manusia ni memang macam tu sikapnya.

    sebab tu kadang-kadang saya rasa blogging lagi best sebab manusia dalam blog tak kenal pun kita. so diorang tak mudah judge kita dengan kisah silam. eh, macam dah terpesong je cerita.

    anyways, teamwork is the best among the best. kerja sendiri pun tak seronok juga. kalau ada kawan-kawan yang saling membantu ni buat kita jadi lebih proaktif kan. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul teamwork itu terbaik. kita kongsi idea dan berfikir dengan menggunakan banyak otak yang ada

      Delete
  27. wsalam. terima kasih dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  28. Komen lagi sekali la hehehehe ..Sedihh lak lama tak dtg sini ..Kali ni datang singgah komen komen komen dan komen lagi biar tuan blog naik menyampah hahhahaha ......

    ReplyDelete
  29. Cantik gambar kaki tu :-) nampak klasik gitu..

    ReplyDelete
  30. teruskan melangkah arz :-)

    ReplyDelete
  31. Ye x perlu nk jatuh kan org lain kepentingan diri sendiri klau ada sikap mcm tu mmg x kan kemana. Kita sbg blogger must support each other. Chaiyokkk arz moha akak Jm sentiasa menyokong mue :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak JM. Atas sokongan dan dorongan

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...