Skip to main content

Latihan Jari | Beleter Malam Hari

Salam. Selamat Malam. Rileks-rileks malam.
Masa nak buat entry ini terfikir nak buat entry tanpa gambar. Tetapi sebelum ini saya pernah katakan nak pastikan ada jugak gambar pada setiap entry. Sebenarnya tiada apa nak diperkatakan sangat. Cuma berlatih sentiasa menaip supaya tak lenguh bila nak up entry baru nanti. Ada beberapa entry tertangguh di draft.
macam sambungan entry ini http://www.arzmoha.com/2014/05/taman-tema-carnival-sg-petani-part-1.html dan jugak entry ini http://www.arzmoha.com/2014/05/pulang-ke-kampung-halaman-isteri.html. Kenapa lambat sangat? Sebab ada banyak sangat gambar yang belum edit dan dah edit untuk dipilih dan mencari idea untuk susunan supaya kelihatan menarik. Selain itu nak buat sedikit penghargaan.

Penghargaan

Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini yang setia membaca dan mengikut dan jugak tak lupa blogger-blogger yang banyak membantu saya tak terucap dan tak tertaip. TERIMA KASIH semua atas sokongan dan tunjuk ajar. Dari saya menggunakan url Blogspot sehingga ke Dotcom. Sahabat maya yang tak pernah jumpa tapi sangat akrab, bantu membantu dan tak kedekut ilmu. Sejak bertukar ke Dotcom rank alexa hilang dan kelaut. Alhamdulilah sekarang kembali pulih. terima kasih yang tak terhingga harap terus menurun seperti blog otai-otai :p

Alexa, arzmoha.com, ranking blog, gambar cantik, jurugambar
Rank Alexa arzmoha.com

bounce, rank, alexa, arzmoha.com
Bounce rate arzmoha.com

Dengan support dari semua pihak ia kembali menurun dan harap terus menurun. Cuma nak tanya otai-otai, para expert bounce rate macam ni ok atau teruk. Belum sempat belajar mengenai bounce rate. Selain daripada rank dengan sokongan semua ianya juga memberi sedikit sumbangan pada nuffnang saya.
Terima kasih sekali lagi

NuffnangSebenarnya daftar dengan nuffnang dah lama cuma baru saja letak di blog saya. CPUV naik sekali saja selepas itu menghilang. Ini tengah pujuk harap kembali lagi. hehe. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melihat dan memanjakan nuffnang saya.

nuffnang, iklan nuffnang, ads, nuffnang tips

Ok cukuplah setakat ini. Jumpa lagi dalam entry akan datang. Terima kasih semua.
Salam.




Comments

  1. banyak lagi nak kena belajar pasal blog ni. tapi xsempat. mujur ada abam gomes. tgu dia la register semula nuffnang. dulu penah dah register. (nak komen gak tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. register la tak rugi pun.

      Delete
    2. better pakai account lama dari register kali ke-2

      Delete
  2. Entri yang ada gambar nampak menarik sikit. :D Takpe, pelan-pelan kayuh. Insyallah, akan berjaya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Arol Mubin atas sokongan. Saya cuba yang terbaik

      Delete
  3. bounce rate rendah la bagus... kalau lebih 60% memang tak bagus... rasenya kot ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sebelum ni 8.8 tapi sekarang dah naik

      Delete
  4. all the best bro..baik alexia or nuffnang..
    biasalh klau dah ambik banyak gambar memng
    pening bila edit and nak uplode..tapi puas hati hasil dia
    nampak cantik kat
    blog :P

    ReplyDelete
  5. ok,,,done komen2x di blog ini.... --->> sila tengok "PENGOMEN TERBANYAK DI BLOG INI" -->> so far saya pemenangnya haha

    terlebih rajin hari ni...cawwww :)

    ReplyDelete
  6. tahniah & all the best .tak lama lagi tuh singgah lh neh. hohoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nanti saya singgah ke blog cik misi kerap-kerap

      Delete
  7. Mama pun perlu banyak lagi belajar sama juga seperti anda... Hihi. All the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog mama jauh lebih hebat dari saya...

      Delete
  8. naniey pun tak daftar pon lagi alexa..tak tau ranking ke berapa puluh gribu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. daftar la. boleh tahu perkembangan blog kita mcam mana

      Delete
  9. Wahhh. bounce rate rendah. memang bagus sangat laaaaa. maknanya, pembaca stay lama2 kat blog, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Nor Hidayah. jangan lupa stay lama disini ya :p

      Delete
  10. tahniah.. rajin2 blogwalking n join contest atau segmen.. :) anis pon msih belajar jugak nie..hihi.. gud luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih anizz atas sokongan. insyaallah berkesempatan semua contest dan segmen saya nak join

      Delete
  11. suka tengok gambar-gambar kat blog ni..cantik..

    ReplyDelete
  12. tahniah bro. rajin explore ni. hehe. kalo sy redha jela alexa kat ranking mana sbb maleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanlah saya rajin sgt. tapi alang-alang menyeluk perkasam biar sampai betul-betul. Ini semua motivasi yang saya dapat dari http://www.hasrulhassan.com

      Delete
  13. hee...bounce rate rendah tu...tahniah bro...sy punya da ke laut da rank alexa, bounce rate tu sebab lama sangat "bertapa"...hee

    ReplyDelete
  14. ha'a, saya pun banyak post yang ada dalam draft. puncanya sebab gambar tak diedit lagi. adeh.

    nak try juga nuffnang tapi hmm..tak tahulah. macam malas lak. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita masih byak dalam draft, tak rugi mencuba nuffnang

      Delete
  15. Kenapa tukar dari blgspot ke dotcom eh, dotcom tu adalah kelebihan dari blogspot ke. Atau akak Jm perlu refer otao HH :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya refer Otai. Dot com ada banyak kelebihan akak

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su