Skip to main content

Pulang ke Kampung | Pengalaman

Pantai Penarik Yang Cantik Di Terengganu

Pantai Penarik antara pantai yang cantik terletak di kampung penarik, permaisuri, Terengganu. Setiap mata yang memandang pantai yang putih beserta laut yang membiru ini pasti akan jatuh cinta. Sekiranya anda ingin ke Kuala Terengganu dari arah Kelantan, sila pilih lalui persisir pantai untuk melihat kecantikan pantai penarik ini. Ianya juga salah satu tempat menarik di Malaysia. Sekitar pantai ini terdapat banyak kedai yang menyediakan hidangan Ikan Celup Tepung dan juga Sotong Celup Tepung.

pantai penarik terengganu, pantai penarik, Pantai, Penarik, Terengganu, arzmohdhaniffa, gambar cantik, gambar pantai cantik, gambar pantai penarik cantik,
| arzmohdhaniffa photography | Pantai Penarik B&W

Salam, minggu lalu pulang ke kampung halaman isteri di terengganu dan terpaksa bersabar dengan keadaan line Umobile disana yang hanya 'gprs', mungkin ia masih baru disana. Rasa macam terputus hubungan sementara. Tetapi apapun dah kembali dan bolehlah 'update' skit blog. Seperti sebelum ini saya terangkan perjalanan dari utara ke Terengganu (Kuala Terengganu) memakan masa 8 jam.
Sebenarnya di Terengganu sekarang ini cuaca agak panas, kemarau agak teruk sehingga menyebabkan berlaku kebakaran di beberapa tempat sehingga berbau asap. Tetapi waktu sebegini agak memuaskan bila ambil gambar. Kalau tengok gambar di atas tu adalah Pantai Penarik, mmg cantik kan?
Entry kali ni nak share sedikit sebanyak gambar di Terengganu. Semoga anda semua berpuas hati :)

p/s: dibenarkan untuk 'copy' gambar ini untuk diguna pakai di blog anda tanpa membuang 'watermark'. Berilah kredit untuk saya sikit :)

Bersambung.... ada lagi update

Penarik, Terengganu, gambar cantik, arzmohdhaniffa, pantai penarik kuala terengganu, pantai penarik, arzmoha, Malaysia travel blogger,
| arzmohdhaniffa photography | Pantai Penarik memang menarik

Pantai, penarik, terengganu, arzmohdhaniffa, gambar cantik, pantai penarik, pantai penarik kuala terengganu, gambar pantai cantik, pantai cantik di malaysia,
| arzmohdhaniffa photography | Pantai Penarik, Terengganu

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Pulang ke Kampung Halaman Isteri yang berkongsi gambar Pantai Penarik yang cantik di Terengganu.

Comments

  1. bestnya.. dulu duduk dungun. tepi pantai juga. layan angin pantai memang syokk. ambil gambar pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dungun dekatla dengan rantau abang...cantik pantainya...
      lepak tepi pantai kalau ada buaian tertidur rasanya :)

      Delete
  2. cantiknyee pemandangan... hilang stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik memang cantik...tapi suhu di terengganu sekarang ini terlalu panas.....

      Delete
  3. cantiknya,,, takpernah gi tenganu,, teringin nk kesana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau sampai disana singgah terus ke Pulau Perhentian...

      Delete
  4. bestnyeee... klau la satu hari nanti dpt g sane..alahai.. bile ntah..huhu

    ReplyDelete
  5. salam ziarah dari blog kak mia...

    selamat berhujung minggu... :)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum... arazmoha,

    pemandangan tepi laut memang mendamaikan dan dapat menghilangkan hiruk pikuk kota . Memang cantik dan indah pemandangan tepi laut... tidak dapat dinafikan..nice sesangat.

    mselim3

    pls: terima kasih bebanyak visit mselim3..

    ReplyDelete
  7. waaahhhh cantinye pemandangan ,...

    #singgah sini ,,., done follow .. salam perkenalan .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...nanti saya update lagi permandangan yang boleh dilihat di terengganu

      Delete
    2. waaaaahhhh bestnyeeee ...

      Delete
  8. Cantiknya pemandangan..

    btw, CN follow sini 64, meh la join GA : http://www.cekgunorazimah.com/2014/05/saya-nak-lipstik-marykay.html

    ReplyDelete
  9. Memang cantik pemandangan di tepian pantai. Kena pulak jika pandai ambil shot menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kekadang sedih...gambar sendiri lupa untuk dimasukkan :)

      Delete
  10. baru dapat ziarah ke blog ni..cantik gambar dan pemandangan tepian pantai..sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  11. cantikkkk sgt pic nih.....bila la dpt gi terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah bercuti cuti-cuti Malaysia 2014

      Delete
  12. cantiknya view.. teringin nk duduk kampung2 tepi laut camni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada chalet sekitar kawasan ini. Bolehlah mula tempah untuk cuti sekolah bakal tiba.

      Delete
  13. i follow u ,btw gmbr semua ohsemm . jom follow sy semula ?
    http://reinirazak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. Salam aRz ..Tq sudi komen dan singgah kat blog Lya ..
    Nice pic & suka lepak sini tgk gambar2 menarik ..
    Laa Pantai Penarik tu dkt dgn umah mertua saya la ..
    selalu kalau blk mmg lepak kat situ sebab reramai makan2 kat situ makan ikan celup tepung minum coconut shake sotong grg udang grg keropok abc dan mcm2 lg...
    Hehehe tak sangka la pulak org umah aRz org teganu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jugak lya sudi komen di blog yang tak seberapa lengkap ini.
      Sebenarnya masa mula-mula kahwin tak pernah lalu kawasan ini. Tapi sejak satu hari tu mula discover jalan baru dan terjumpa pantai penarik ni dan tertarik di sepanjang perjalanan tapi tak pernah berhenti. Sejak dua menjak ni ja berhenti dan nak ada koleksi pantai ini. Untunglah Lya berkawasan di sini.

      Delete
  15. indah sungguh pemandangan pantai penarik nie..tetarik nur dibuatnya...belum pernah sampai ke terengganu lagi...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nur sudi singgah. Sesuai dengan nama pantainya Nur. Pergilah cuti-cuti Malaysia ianya pasti percutian yang murah :)

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Kami g kuala abang. Cantik gila. Nak g lagi. Eh tahun ni raya di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala terengganu akan berada pada hari raya kedua

      Delete
  18. Seronok laa...kami raya kat kelantan saja tahun ni...kedah raya haji :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh saling tukar turn ka?
      arz tiap-tiap tahun raya dua-dua tempat

      Delete
  19. Yup! Begini lah nasib hamba...menunggu raya tuk pulak berjumpa bonda...tahun ini raya haji...aidilfitri tahun depan pula...hihihi sedih sekali bunyi nya..apa kan daya...bila hidup di perantauan...tidak makan gaji pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau selalu dikampung yang sama tak best jugak kan.

      Delete
  20. thats why sy suka balik kampung sbb sy suka lepak kat pantai pasir lanun

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh...tapi jarang ambil gambar dengan family di situ?

      Delete
    2. bukan jarang ambik gambar tapi sy tak sempat nak update entry hahaha...

      Delete
    3. huhu. kena update hehe kat pahang kan?

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...